How to lead a simple life

Semua orang mahukan kehidupan yang mudah. Tidak komplikated. Bebas melakukan apa yang dia mahu dan bebas pergi mana-mana saja yang mereka suka. Tapi tak ramai yang faham bagaimana kehidupan yang mudah itu sebenarnya. Kehidupan yang mudah bukanlah kehidupan tanpa usaha. Orang putih kata, born with silver spoon. Pada zaman dahulu, ada seorang alim bertemu dengan... Continue Reading →

Perutusan khas buat orang sakit.

Aidiliftri tahun ini adalah yang paling sibuk buat kami adik beradik. Tetamu datang tidak putus-putus dari pagi ke malam. Semua orang datang mahu menziarahi ayahanda kami yang terlantar sakit sejak hujung tahun lepas lagi. Serangan stroke yang mengejut telah meragut kewarasannya. Kawalannya keatas anggota badannya juga sudah tiada. Yang masih setia hanyalah jantung yang menyerap... Continue Reading →

Apa yang anda perlu lakukan jika pesawat anda berdepan dengan masalah teknikal?

Selasa lepas, sebuah pesawat Boeing 737-700 milik Southwest Airlines dari New York ke Dallas telah mengalami masalah teknikal semasa penerbangan. Mereka berjaya melakukan pendaratan kecemasan di Philadelphia International Airport. Namun begitu, seorang penumpang dilaporkan mengalami kecederaan yang parah sebelum meninggal dunia di hospital. Pesawat jet ini membawa seramai 143 penumpang dan 5 orang anak kapal.... Continue Reading →

Solat | Bagaimana menukar malas menjadi mudah?

Secara teknikal, solat itu mudah. Hanya beberapa gerakan badan yang ringkas dan juga bacaan yang pendek. Setiap sesi solat hanya mengambil masa 2 hingga 5 minit sahaja. Solat tidak penat seperti memanjat bukit, dan tidak lama seperti menunggu giliran berjumpa doktor di Klinik Kesihatan. Namun begitu, peratusan orang yang meninggalkan solat masih lagi tinggi. Dalam... Continue Reading →

Mahalnya buku itu.

Saya ada membeli sebuah buku setebal 240 halaman di ekspo buku Kipp Mall, Kota Warisan. Buku yang pada tajuknya ada 'catatan' dan 'diari', manakala isinya adalah tulis-semula daripada status Facebook seorang bekas imam rawatib di sebuah masjid di Pantai Timur. Saya belek-belek kandungannya. Ternyata tulisannya pendek-pendek sahaja. Satu tajuk tu cuma ada beberapa baris ayat... Continue Reading →

Perang melawan bosan

Saya pernah bersembang dengan seorang remaja lepasan SPM beberapa hari lepas. Kebetulan kami sama-sama sedang menunggu bas. Dapatlah saya tahu, yang dia sedang menunggu bas untuk pulang ke kampungnya. Dia datang ke kota kerana mahu menziarahi neneknya yang sudah tua. Katanya, dia seronok dapat keluar dari kampung walaupun sekejap. Selepas tamat persekolahan, rutinnya sama sahaja... Continue Reading →

Lelaki baik yang sedia dinikahi

Saya sebenarnya kasihan kerana masih ramai sahabat kita yang single. Bukannya tak mahu bernikah, tapi calonnya belum ada. Bila dah handsome, tak baik pula. Bila baik, tak handsome pula! Post ini khas buat perempuan-perempuan bujang (single ladies) di luar sana. Supaya mereka lebih faham bagaimana mahu memposisikan 'baik' kepada lelaki kerana baiknya lelaki tidak serupa... Continue Reading →

Isteri kedua cantik, isteri pertama cerai.

Sekarang ini sedang hangat cerita suami kepada seorang pelakon, menceraikan isteri pertamanya. Saya tak tahu nama dan tak kenal pun siapa mereka ni. Kebetulan sahaja kisah mereka dikongsi oleh rakan-rakan Facebook saya. Saya juga seorang suami dan bapa. Jadi mungkin jika saya tidak faham secara total, saya mungkin ada idea atau gambaran tentang 'musibah' ini.... Continue Reading →

Mengenal iblis dan syaitan

Salah satu teguran tokoh sufi, Ibrahim Bin Adham adalah, Kamu tahu syaitan itu musuh tetapi kamu masih memenuhi ajakannya. Di dalam sebuah majlis, ada seseorang telah melakukan dosa. Lalu bangkit seorang anak muda mahu bertanya kepada gurunya. "Wahai guruku, mengapa kamu tidak mengecam perbuatannya. Tidakkah perbuatannya berdosa dan akan memasukkannya ke dalam neraka?" Dijawab oleh... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑