Orang Jahat Yang Bersolat Adalah Orang Baik Yang Seolah-olah Tidak Bersolat.

"Saya ni setakat tak solat je. Tapi saya baik. Saya tak mencuri. Saya tak tipu orang. Saya kerja ikut masa. Tak ada curi tulang, tak mencuri barang company, tak menipu claim dan OT. Kadang-kadang orang lain yang solat tu lagi teruk daripada saya. Rehat sampai pukul 2 petang, dia pukul 2.30 petang baru masuk semula. … Continue reading Orang Jahat Yang Bersolat Adalah Orang Baik Yang Seolah-olah Tidak Bersolat.

Tinggalkan Mengumpat

Mengumpat ni, semua orang tahu keharamannya. Semua orang juga tahu yang mengumpat itu umpama memakan mayat orang yang diumpat. Namun, meninggalkan mengumpat bukanlah suatu yang mudah. Kadang-kadang, sedang seronok berbual bersama kawan-kawan pun boleh 'ter' mengumpat. Ia macam kata-kata yang bila-bila masa sahaja boleh tergelincir daripada lidah. Perbuatan ini bukan hanya dilakukan oleh kita sahaja, … Continue reading Tinggalkan Mengumpat

Hukuman Kepada Penghina Nabi, Sebuah Tulisan Penuh Kontroversi

Pembohongan di atas nama Nabi S.A.W telah lama berlaku. Daripada sekecil-kecil pembohongan untuk melariskan jualan terung (hadis tentang khasiat terung) sehinggalah kepada membunuh dengan nama Nabi S.A.W. Nabi S.A.W adalah manusia yang paling banyak diejek dan dihina orang. Apa yang orang kafir quraish tak cakap? Semua mereka kata. Tukang sihir, orang gila, pemecah belah masyarakat, … Continue reading Hukuman Kepada Penghina Nabi, Sebuah Tulisan Penuh Kontroversi

Masalah Buli Di Asrama, Pejabat, dan Internet

Saya ada membaca sebuah tangkap layar (screenshot) seorang pengguna twitter yang berjenaka tentang suatu kes buli yang melibatkan adiknya. Saya rasa semua orang pun tahu ini kes yang mana. Sejujurnya, saya tidak merasakan yang isu buli adalah isu yang kecil. Lebih-lebih lagi hingga kita tergamak untuk berkata, "Saya ingatkan anak awak mati sebab kena iron!". … Continue reading Masalah Buli Di Asrama, Pejabat, dan Internet

Ikhtilat Orang Dewasa

Demi Allah, saya tidak berniat mahu menunding jari, jauh sekali menyindir siapa-siapa. Orang yang suka menyindir ni, pada saya adalah pondan, berlakon seakan-akan mahu menasihat, tetapi sebenarnya melunaskan nafsu serakah dan dendam kesumat. Tak banyak orang yang sanggup bercakap tentang ikhtilat, mungkin kerana bimbang dikatakan seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri. Betapa seriusnya masalah … Continue reading Ikhtilat Orang Dewasa

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Bekerja Syif Malam

Bayangkan jika hospital ditutup pada waktu malam atau tiada polis yang membuat rondaan selepas jam 9 malam. Sudah tentu banyak masalah akan timbul. Orang yang sakit akan meninggal dunia kerana tidak segera dirawat dan kegiatan jenayah pula akan berleluasa. Oleh itu kita seharusnya berterima kasih kepada wira-wira tidak didendang yang sanggup bersengkang mata bagi memastikan … Continue reading Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Bekerja Syif Malam

Perubatan Islam, alternatif atau scam?

Menghampiri wawasan 2020, tidak mustahil jika ramai antara kita yang skeptikal dan tidak percaya dengan perubatan Islam. Beberapa kali juga saya terbaca di Facebook, ada orang yang tidak teragak-agak menuduh perubatan Islam sebagai suatu bentuk 'scam' atau penipuan. Bahkan ada soalan-soalan nakal yang diajukan, sebagai contoh, jika kita bacakan surah Yassin pada kolah masjid, adakah … Continue reading Perubatan Islam, alternatif atau scam?

Benarkah jika membaca buku tanpa guru, kita sebenarnya bergurukan syaitan?

Polemik "tudung" di dalam masyarakat melayu bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukanlah aurat kerana tidak disebut secara khusus tentang rambut di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan "orang paling beriman di zaman ini" mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata. Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengakui bahawa agama Islam mempunyai hubungan … Continue reading Benarkah jika membaca buku tanpa guru, kita sebenarnya bergurukan syaitan?

Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?

Seperti kebanyakan orang, saya juga terkejut dengan kenyataan YB Mujahid tentang isu khalwat. Pada saya, kenyataan ini keluar pada masa yang tidak sesuai dan terlalu terburu-buru. Tidak salah jika saya katakan bahawa saya juga tidak bersetuju dengan ucapan beliau. Walau bagaimanapun keputusan dan pendirian beliau sentiasa boleh dicabar dengan hujah dan fakta. Namun begitu, saya … Continue reading Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?