LAE alien.

Puas saya berteka-teki, kenapa 'budak-budak' intern/latihan industri/ on job training (OJT) kurang ghairah dan tidak fokus untuk belajar. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai inisiatif sendiri untuk bertanya soalan dan menawarkan diri untuk melakukan kerja. Selepas berbual dengan beberapa orang pelatih, tahulah saya rupa-rupanya mereka takut untuk 'hands-on' kerana bimbang jika mereka akan melakukan kesilapan. 'Rome … Continue reading LAE alien.

Menjawab Mitos Juruterbang Tidur Di Sepanjang Penerbangan.

Ada orang tanya, kalau jerebu teruk, airport tak tutup ke? Pertama sekali, lapangan terbang boleh tutup jika ada ancaman keselamatan. Contoh seperti ancaman bom di Pulau Canary, Sepanyol dan letusan gunung berapi di Indonesia. Jerebu pun boleh menyebabkan lapangan terbang ditutup jika jarak penglihatan juruterbang terjejas. Di KLIA, ketika artikel ini sedang ditulis, jarak penglihatan … Continue reading Menjawab Mitos Juruterbang Tidur Di Sepanjang Penerbangan.

Cara penjagaan orang yang sakit terlantar (bedridden).

Saya ingat lagi, semasa arwah ayah saya terkena serangan strok secara mengejut pada penghujung Oktober tahun 2017 lalu, semua orang panik. Kesihatan arwah ayah memang telah lama merosot. Sejak bertahun-tahun, dia sudah tidak mampu berjalan sendiri. Bahkan, setahun sebelum serangan strok itu pun, beliau sudah tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Makan dan minumnya perlu … Continue reading Cara penjagaan orang yang sakit terlantar (bedridden).

Soalan remeh-temeh tentang puasa.

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan dan umur yang panjang untuk sekali lagi masuk ke dalam bulan Ramadhan. Berbeza dengan tahun-tahun lepas, sambutan Ramadhan tahun ini kurang 'sengat' dan kurang semangat. Faktor utama adalah kerana kita masih kekok, baru seminggu bertukar kerajaan baharu. Ramadhan kali ini, bagi yang mahu mencari pahala dengan cara 'berdiam diri', dia akan … Continue reading Soalan remeh-temeh tentang puasa.

Saya tak solat, saya kafir?

Solat ialah tiang agama. Ia juga salah satu rukun Islam dan merupakan kewajipan kepada setiap manusia yang baligh dan berakal. Kewajipan solat tidak terangkat selagi mana akal fikiran seseorang itu masih waras. Kewajipan solat tetap tidak terangkat sekalipun di dalam situasi kecemasan seperti bencana alam, sibuk menyelamatkan nyawa orang, peperangan, dan sakit. Caranya (kaifiat) sahaja … Continue reading Saya tak solat, saya kafir?

Moral vs Agama

Semalam, sebelum ke tempat kerja, saya singgah ke sebuah gerai di tepi jalan. Hajat di hati mahu membeli sebungkus nasi lemak paru tetapi ramai pula pelanggan yang sedang menunggu pesanan. Memandangkan saya masih awal, saya mengambil keputusan untuk menunggu dan beratur. Apabila tiba pada giliran saya, tiba-tiba sahaja kakak yang menjual itu mengambil pesanan seorang … Continue reading Moral vs Agama