Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 1)

Saya berkira-kira sama ada mahu berkongsi atau tidak. Namun, selepas dicongak-congak, saya rasa wajar jika pengalaman ini saya susun menjadi perkataan, dan seterusnya, menjadi sebuah naskah. Hampir semua suami isteri pernah mandi bersama-sama, tapi berapa ramai yang pernah memandikan mayat pasangannya. Begitu juga, hampir semua pasangan suami isteri pernah membelikan pasangan mereka baju atau pakaian … Continue reading Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 1)

Dua Perbezaan Orang Baik

Semakin saya dewasa, semakin saya sedar bahawa manusia yang baik itu ada dua kumpulan. Manusia yang baik kerana tidak diuji, dan manusia yang baik walaupun setelah diuji. Saya ingat lagi, semasa saya remaja dahulu, ada seorang ustaz pernah cakap kepada saya dan kawan-kawan, "Kita tengok adik-adik ni baik, rajin datang kuliah maghrib, rajin datang ke … Continue reading Dua Perbezaan Orang Baik

Dilema Budak Tahfiz

Saya tahu, besar cabarannya menjadi pentadbir, guru bahkan pelajar tahfiz. Terlalu banyak kekangan dan sekatan yang perlu dilalui antaranya beban kewangan, stigma masyarakat, infrastruktur yang uzur serta sumber yang terhad. Ini diburukkan pula dengan ragam segelintir pelajar-pelajar tahfiz yang mungkin nakal dan bermasalah. Masih ingatkah lagi kita akan peristiwa hitam yang telah meragut nyawa 21 … Continue reading Dilema Budak Tahfiz

Gejala Default Opinion dan Double Standard Yang Meruncing

Ada sebuah artikel berbahasa Inggeris yang saya baca beberapa hari lepas, dan isinya sentiasa melekat di dalam kepala hingga ke hari ini. https://stepfeed.com/double-standards-in-the-muslim-world-the-mo-salah-edition-0473 Apa yang ditulis itu sebenarnya agak kontroversi. Jadi sebelum saya ulas apa-apa, penting untuk saya tegaskan bahawa saya bukan seorang feminis, jauh sekali mempertikaikan hukum. Di dalam artikel tersebut, subjek yang dibincangkan … Continue reading Gejala Default Opinion dan Double Standard Yang Meruncing

Tiada Suatu Kehidupan Pun Yang Tidak Salah.

Di dalam buku 'Rich Dad Poor Dad', Robert Kiyosaki menyeru supaya pemuda-pemuda mula melibatkan diri di dalam dunia pelaburan dan hartanah pada usia muda kerana orang muda mempunyai tempoh 'recovery' yang lebih panjang dan berkesan berbanding dengan orang tua jika mereka melakukan kesilapan yang serupa. Hakikatnya, pelaburan yang merugikan bukan sahaja wujud di dalam kewangan … Continue reading Tiada Suatu Kehidupan Pun Yang Tidak Salah.

Bukan Agama Sahaja Candu

Walaupun sudah bertahun-tahun saya tidak 'keluar' Tabligh, namun banyak kenangan dan cerita tentang tabligh yang saya masih ingat. Saya ingat lagi, saya pernah 'keluar' di suatu tempat bersama-sama beberapa anggota jemaah tabligh yang lain. Salah seorang anggota jemaah kami ialah seorang pemuda di awal usia 30-an. Perwatakannya sangat lemah lembut, sentiasa tersenyum dan halus tutur … Continue reading Bukan Agama Sahaja Candu

Kisah orang-orang yang berubah hati.

Saya percaya yang hati manusia ini boleh berubah. Cinta dan benci, boleh bertukar tempat sepantas kilat. Orang yang kita cinta sepanjang tahun, boleh dibenci dalam satu malam. Akhirnya disangka menjaga jodoh sendiri, rupa-rupanya menjaga jodoh orang.Begitulah sifat hati. Di dalam kantung sejarah, kita mendengar banyak kisah-kisah manusia yang berpusing hati, berpaling wajah. Ada orang yang … Continue reading Kisah orang-orang yang berubah hati.

One size doesn’t fit all

Tiada satu pun ubat yang boleh menyembuhkan kesemua jenis penyakit. Dalam hadis "habbatus sauda penyembuh segala penyakit, kecuali mati" itu sekalipun, para ulama berbeza pandangan dan menyimpulkan akan adanya penyakit 'panas' dan penyakit 'sejuk', yang mana habbatus sauda' hanya berkesan untuk penyakit panas, tidak pada penyakit sejuk. Antara ulama yang berkomentar sedemikian adalah al-Hafiz Ibn … Continue reading One size doesn’t fit all

Nasihat Terbaik Adalah Tidak Menasihat.

Ada orang yang tak boleh ditegur. Bila ditegur, makin menjadi-jadi jahatnya. Seperti kanak-kanak yang masih berhingus walaupun rambutnya sudah berselang seli dengan uban. Sayang sekali, mereka ini bukannya calang-calang. Ada yang menjadi figur dan rujukan masyarakat. Setiap detail kehidupan, banyak mata yang memerhati. Bagi orang-orang begini, teguran dan nasihat terbaik untuk mereka ialah dengan tidak … Continue reading Nasihat Terbaik Adalah Tidak Menasihat.