Kritikan sosial kepada anti-PAS

Salah satu nikmat terbesar dalam hidup adalah nikmat keamanan. Ada sebuah kajian dibuat oleh dua orang penyelidik dari Universiti George Washington pada tahun 2010 tentang negara yang paling 'islamik' di dunia. Salah sebuah kayu ukur yang diguna pakai adalah penilaian melalui prinsip walayyah (masyarakat madani yang matang dan adil), karamah (kebebasan hak manusiawi), meethaq (prinsip... Continue Reading →

Pesan-pesan sayang kepada Cyber Troopers.

Bulan March lepas, saya ada menulis tentang trend Panama Dance. Seawal perenggan pertama lagi saya sudah tegaskan bahawa memberi nasihat adalah mudah, tetapi perlu berhikmah agar orang yang dinasihati tidak tersinggung, orang yang menasihat pula tidak menjadi semakin angkuh dan bongkak. Hari ini, kebimbangan saya semakin nyata. Fenomena munculnya seorang 'Azrul' adalah bukti kewujudan 'Azrul-Azrul'... Continue Reading →

Tidak bertudung, tidak kafir.

Agak menghairankan apabila kita menerima dan menolak seseorang, hanya dengan sebuah skrip penilaian sahaja. Umpama menyarung sebelah sahaja kasut, sebelah lagi dibiar berkaki ayam. Berjalan tak lama, kotor dan berdarah tapak kaki. Begitulah kita apabila menilai seseorang hanya dengan teks fiqh sahaja. Padahal fiqh boleh berubah mengikut zaman, masa, dan situasi. Contoh terdekat adalah apabila... Continue Reading →

Kamilah pewaris Firaun, Hamman dan Qorun.

Agak mengejutkan apabila diberitakan serbuan di rumah-rumah ahli politik pembangkang (yang kalah PRU lepas) menemukan dengan wang tunai yang 'terlalu' banyak. Saya berpendapat, wang tunai itu adalah 'lebihan'. Jumlah yang sebenar mesti lebih banyak daripada itu, yang disimpan dalam bentuk cek, emas, unit saham dan ekuiti, serta pemilikan aset-aset yang pelbagai. Seumur hidup saya, saya... Continue Reading →

Air yang dicincang tak akan putus

Adik-beradik adalah ahli keluarga kita yang paling rapat. Mereka membesar bersama kita, siang dan malam. Mereka berkongsi hampir segalanya. Perhatian, kasih sayang, wang saku, tempat tidur, makanan, bahkan berkongsi marah si ayah dan geram si ibu. Tidak dinafikan, sesama adik-beradik pasti akan bergeser, mendengki dan bergaduh. Tak kiralah siapa ibu dan bapanya. Begitulah juga yang... Continue Reading →

Menjadi ahli PAS yang tajam akal

Akal yang sihat adalah anugerah yang sangat bernilai. Dengan akal, manusia menjadi bangsa yang berdikari, berdaya saing dan bertamadun. Menjaga akal adalah salah satu daripada maqasid syariat. Akal jugalah yang membezakan kanak-kanak dengan dewasa, waras dengan gila. Ia juga menjadi syarat kepada perlaksanaan sesebuah hukum dan syariat. Mendiang Stephen Hawkings pernah berkata, "Saya berpendapat, otak... Continue Reading →

Kerana ukhuwwah, kerana setiakawan

Saya meramalkan, minggu pertama selepas PRU 14 ini akan menjadi sangat kecoh dan panas. Saat ini, emosi rakyat Malaysia berombak-ombak. Sekejap pasang, sekejap surut. Di pihak yang kalah, mereka hiba dan kecewa. Di pihak yang menang pula, mereka bergembira dan gah. Tidak mengira usia, darah kita semua sedang mendidih, sedang menggelegak. Namun dalam keseronokan dan... Continue Reading →

What is next?

Tahniah Pakatan Harapan (PH) kerana berjaya memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu. Sejujurnya saya tidak menyangka PH akan menang besar sebegitu. Lebih-lebih lagi, faktor "Tun M" dan penceraian dengan PAS daripada blok pembangkang. Namun begitu, rakyat telah membuat pilihan. Allah S.W.T juga telah menetapkan sebuah takdir. Semalam 9 Mei 2018, rakyat telah menang. Rakyat... Continue Reading →

Hudud pada pandangan seorang PENGHASUT.

Hudud adalah salah satu cabang fiqh jinayat di dalam Islam selain hukum takzir dan qisas. Hukuman hudud ada disebutkan di dalam al-Quran dan hadis. Jadi tidak benarlah dakwaan orientalis dan pseudo-nasionalis, bahawa hukuman hudud adalah ciptaan ahli fiqah semata-mata. Hudud dari segi bahasa bermaksud 'had' ataupun limit. Bentuk-bentuk jenayah yang dikenakan hudud, adalah jenayah yang... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑