Adakah Ambiga, Maria Chin, Siti Kasim, Marina Mahathir, Mariam Lee, COMANGO, G25, IFC, dan rakan-rakan, hanya ‘main-main’?

Islam adalah islam, liberal adalah liberal. Walaupun Islam sentiasa boleh memposisikan kedudukannya di setiap zaman dan tempat, Islam tidak mungkin boleh berasimilasi dengan idea-idea yang bertentangan dengannya. Biarlah Indonesia sahaja yang menanggung azab liberalisme melalui Jaringan Islam Liberal (JIL), kita di Malaysia perlu mencegah sebelum parah. Sister In Islam (SIS) sejak penghujung tahun 80-an lagi... Continue Reading →

Mata satu, ada ekor, atas tanah.

"Panjang sangatlah. Boleh lukis tak?" Itu adalah antara komen netizen bila disuruh membaca. Mereka ada semangat tapi tiada maklumat. Mereka mahu tahu tapi tak mahu membaca. Bahkan tidak sedikit daripada kita yang bersikap seperti seorang bayi, hanya mahu 'disuap' dengan maklumat. Sikap ini adalah sangat merbahaya, kerana apabila kita hanya tahu mengangakan mulut saja, maka... Continue Reading →

Pesan-pesan sayang kepada Cyber Troopers.

Bulan March lepas, saya ada menulis tentang trend Panama Dance. Seawal perenggan pertama lagi saya sudah tegaskan bahawa memberi nasihat adalah mudah, tetapi perlu berhikmah agar orang yang dinasihati tidak tersinggung, orang yang menasihat pula tidak menjadi semakin angkuh dan bongkak. Hari ini, kebimbangan saya semakin nyata. Fenomena munculnya seorang 'Azrul' adalah bukti kewujudan 'Azrul-Azrul'... Continue Reading →

Tidak bertudung, tidak kafir.

Agak menghairankan apabila kita menerima dan menolak seseorang, hanya dengan sebuah skrip penilaian sahaja. Umpama menyarung sebelah sahaja kasut, sebelah lagi dibiar berkaki ayam. Berjalan tak lama, kotor dan berdarah tapak kaki. Begitulah kita apabila menilai seseorang hanya dengan teks fiqh sahaja. Padahal fiqh boleh berubah mengikut zaman, masa, dan situasi. Contoh terdekat adalah apabila... Continue Reading →

Kamilah pewaris Firaun, Hamman dan Qorun.

Agak mengejutkan apabila diberitakan serbuan di rumah-rumah ahli politik pembangkang (yang kalah PRU lepas) menemukan dengan wang tunai yang 'terlalu' banyak. Saya berpendapat, wang tunai itu adalah 'lebihan'. Jumlah yang sebenar mesti lebih banyak daripada itu, yang disimpan dalam bentuk cek, emas, unit saham dan ekuiti, serta pemilikan aset-aset yang pelbagai. Seumur hidup saya, saya... Continue Reading →

Menjadi ahli PAS yang tajam akal

Akal yang sihat adalah anugerah yang sangat bernilai. Dengan akal, manusia menjadi bangsa yang berdikari, berdaya saing dan bertamadun. Menjaga akal adalah salah satu daripada maqasid syariat. Akal jugalah yang membezakan kanak-kanak dengan dewasa, waras dengan gila. Ia juga menjadi syarat kepada perlaksanaan sesebuah hukum dan syariat. Mendiang Stephen Hawkings pernah berkata, "Saya berpendapat, otak... Continue Reading →

Saya seorang suami dan saya berzina. Adakah saya perlu direjam?

Antara perkara yang merosakkan institusi kekeluargaan dan prinsip moral adalah zina. Zina adalah perbuatan jijik, keji dan hina. 'Sedapnya' mungkin seminit dua, tetapi kesannya adalah sampai bila-bila. Tag "penzina" tidak akan mampu dikopek dan ditanggalkan, melainkan dengan taubat. Setiap hubungan seks di luar pernikahan adalah zina, kecuali di dalam kes-kes terpencil seperti wat'i syubhah. Wat'i... Continue Reading →

Saya tak solat, saya kafir?

Solat ialah tiang agama. Ia juga salah satu rukun Islam dan merupakan kewajipan kepada setiap manusia yang baligh dan berakal. Kewajipan solat tidak terangkat selagi mana akal fikiran seseorang itu masih waras. Kewajipan solat tetap tidak terangkat sekalipun di dalam situasi kecemasan, ditimpa bencana alam, sibuk menyelamatkan nyawa orang, peperangan, dan juga sakit. Cuma caranya... Continue Reading →

Hudud pada pandangan seorang PENGHASUT.

Hudud adalah salah satu cabang fiqh jinayat di dalam Islam selain hukum takzir dan qisas. Hukuman hudud ada disebutkan di dalam al-Quran dan hadis. Jadi tidak benarlah dakwaan orientalis dan pseudo-nasionalis, bahawa hukuman hudud adalah ciptaan ahli fiqah semata-mata. Hudud dari segi bahasa bermaksud 'had' ataupun limit. Bentuk-bentuk jenayah yang dikenakan hudud, adalah jenayah yang... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑