Ikhtilat Orang Dewasa

Demi Allah, saya tidak berniat mahu menunding jari, jauh sekali menyindir siapa-siapa. Orang yang suka menyindir ni, pada saya adalah pondan, berlakon seakan-akan mahu menasihat, tetapi sebenarnya melunaskan nafsu serakah dan dendam kesumat. Tak banyak orang yang sanggup bercakap tentang ikhtilat, mungkin kerana bimbang dikatakan seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri. Betapa seriusnya masalah … Continue reading Ikhtilat Orang Dewasa

Memahami flight delay

Kelewatan penerbangan adalah suatu masalah yang perlu berikan perhatian. Banyak urusan yang terganggu jika jadual penerbangan sesebuah pesawat itu tertangguh. Walau bagaimanapun, penting bagi kita untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah penerbangan itu lewat dan tertangguh, supaya kita boleh bersikap rasional dan adil. Ada banyak faktor utama yang menentukan ketepatan waktu penerbangan. Ada yang … Continue reading Memahami flight delay

Hudud pada pandangan seorang PENGHASUT.

Hudud adalah salah satu cabang fiqh jinayat di dalam Islam selain hukum takzir dan qisas. Hukuman hudud ada disebutkan di dalam al-Quran dan hadis. Jadi tidak benarlah dakwaan orientalis dan pseudo-nasionalis, bahawa hukuman hudud adalah ciptaan ahli fiqah semata-mata. Hudud dari segi bahasa bermaksud 'had' ataupun limit. Bentuk-bentuk jenayah yang dikenakan hudud, adalah jenayah yang … Continue reading Hudud pada pandangan seorang PENGHASUT.

Ustaz Ebit, jangan kecil hati

Setakat pagi ini, sudah lebih 4.6k orang berkongsi status Facebook Ustaz Ebit Lew berkenaan kekecewaan beliau atas layanan anak kapal pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu pagi tadi. Saya faham kekecewaan ustaz kerana tidak dibenarkan untuk bersolat secara berdiri di ruang belakang kabin pesawat. Pada pendapat saya, mereka ada alasan mereka sendiri, sebagaimana Ustaz Ebit pun … Continue reading Ustaz Ebit, jangan kecil hati

Wajarkah ibubapa tinggalkan anak-anak untuk keluar bercuti?

Pada awalnya, saya berasa agak tersinggung apabila membayangkan ada ibubapa yang sanggup meninggalkan anak-anak mereka dibawah jagaan orang lain, semata-mata untuk pergi bercuti. Saya merasakan pasangan sebegitu sebagai mementingkan diri dan tidak sayangkan zuriat sendiri. Bahkan saya pernah menyuarakan concern saya tadi kepada isteri. Jawapannya membuatkan saya tersedar, "Biasalah bang. Lain orang, lain dia punya … Continue reading Wajarkah ibubapa tinggalkan anak-anak untuk keluar bercuti?

Pengajaran dari Provinsi Medan

Musafir kami tidak lama. Sekadar tiga hari dan dua malam sahaja. Tapi musafir kali ini bukan sekadar menyegarkan, tetapi juga sarat dengan debaran, cabaran, dan juga pengajaran. Benang-benang kenangan ini pasti akan kami anyam menjadi sehelai kain pengalaman. Agar pengajarannya, akan menjadi perhiasan kesyukuran. Perjalanan dari airport Kuala Namu ke pekan Parapat, di atas kertas … Continue reading Pengajaran dari Provinsi Medan