Buku-buku Yang Wajib Dibaca Sebelum Tua

Kita sering mendengar keluhan kononnya bangsa kita pemalas dan tidak suka membaca. Sebenarnya 'malas' hanyalah salah satu punca. Sebenarnya banyak lagi punca yang menyebabkan kadar membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian pada tahun 2014 daripada Perpustakaan Negara Malaysia mendapati secara purata, rakyat Malaysia membaca lebih kurang 15 buah buku setahun. Data ini seakan-akan … Continue reading Buku-buku Yang Wajib Dibaca Sebelum Tua

Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)

Antara alasan yang popular dan sering digunakan oleh pelaku-pelaku LGBT adalah, "Ini adalah fitrah kami". Mereka 'menyalahkan' fitrah seolah-olah Allah S.W.T 'sengaja' mencipta mereka sebegitu. Oleh kerana Allah 'menjadikan' mereka bernafsu kepada sesama jantina, cenderung untuk menukar orientasi seksual dan jantina, maka mereka 'berkewajipan' mengikut 'ketentuan' Allah S.W.T itu. Padahal terlalu banyak ketentuan-ketentuan Allah S.W.T … Continue reading Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)

Mata satu, ada ekor, atas tanah.

"Panjang sangatlah. Boleh lukis tak?" Itu adalah antara komen netizen bila disuruh membaca. Mereka ada semangat tapi tiada maklumat. Mereka mahu tahu tapi tak mahu membaca. Bahkan tidak sedikit daripada kita yang bersikap seperti seorang bayi, hanya mahu 'disuap' dengan maklumat. Sikap ini adalah sangat merbahaya, kerana apabila kita hanya tahu mengangakan mulut saja, maka … Continue reading Mata satu, ada ekor, atas tanah.

Mahalnya buku itu.

Saya ada membeli sebuah buku setebal 240 halaman di ekspo buku Kipp Mall, Kota Warisan. Buku yang pada tajuknya ada 'catatan' dan 'diari', manakala isinya adalah tulis-semula daripada status Facebook seorang bekas imam rawatib di sebuah masjid di Pantai Timur. Saya belek-belek kandungannya. Ternyata tulisannya pendek-pendek sahaja. Satu tajuk tu cuma ada beberapa baris ayat … Continue reading Mahalnya buku itu.