Pengenalan kepada TCAS

Saya ada menonton sebuah klip pendek video yang berlegar di Facebook. Kononnya pesawat Neos 767 dari Verona ke Zanzibar hampir berlanggar di udara dengan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang menuju ke Addis dari Johannesburg. Walau bagaimanapun, kesahihan video ini boleh dipertikaikan dan sedang diperdebatkan oleh warga media sosial. Carian pada portal The Aviation... Continue Reading →

Pramugari juga manusia

Ustaz Azhar Idrus pernah memuji pramugari MAS di dalam sebuah kuliahnya. Begitu juga dengan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang. Cerita mereka serupa. Mereka pernah disantuni oleh pramugari-pramugari ini dan menjawab soalan-soalan agama daripada mereka. Bukan sedikit yang mengadu dan kesal kerana terpaksa mengenakan pakaian yang mendedahkan tubuh. Rata-rata mereka memberikan alasan 'terpaksa' tetapi dalam masa... Continue Reading →

Ilmu terbang.

Saya ada beramal dengan satu ilmu ni. Tak sampai seminggu, saya dah boleh terbang. Sungguh!" Saya pandang muka penceramah tu. Tak ada tanda-tanda yang dia bergurau! "Betul ni tuan-tuan. Saya boleh lompat dengan sangat tinggi. Macam terbanglah orang kata. Setakat tiang tu, memang senang je saya lepas", sambil tangannya menunding ke arah sebatang tiang di... Continue Reading →

Apa yang anda perlu lakukan jika pesawat anda berdepan dengan masalah teknikal?

Selasa lepas, sebuah pesawat Boeing 737-700 milik Southwest Airlines dari New York ke Dallas telah mengalami masalah teknikal semasa penerbangan. Mereka berjaya melakukan pendaratan kecemasan di Philadelphia International Airport. Namun begitu, seorang penumpang dilaporkan mengalami kecederaan yang parah sebelum meninggal dunia di hospital. Pesawat jet ini membawa seramai 143 penumpang dan 5 orang anak kapal.... Continue Reading →

Ustaz Ebit, jangan kecil hati

Setakat pagi ini, sudah lebih 4.6k orang berkongsi status Facebook Ustaz Ebit Lew berkenaan kekecewaan beliau atas layanan anak kapal pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu pagi tadi. Saya faham kekecewaan ustaz kerana tidak dibenarkan untuk bersolat secara berdiri di ruang belakang kabin pesawat. Pada pendapat saya, mereka ada alasan mereka sendiri, sebagaimana Ustaz Ebit pun... Continue Reading →

Teguran suci dan murni kepada semua pramugari

Sudah terlalu lama saya berfikir, patut atau tidak saya menulis topik ini kerana ini adalah isu yang sensitif dan melibatkan banyak jiwa. Sudah beberapa kali juga saya menulis, tapi kemudian memadamnya. Saya bimbang jika niat saya disalah ertikan hingga ada jiwa yang terluka. Sejujurnya saya bukanlah lelaki yang terbaik. Bukan juga suami dan anak yang... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑