Tragedi Beita 1988

Zionisme mempunyai sejarah yang panjang tentang pertumpahan darah. Ideologi ini pada mulanya hanya tertumpu kepada misi kepulangan (aliyah) bangsa Yahudi ke Jerusalem, sebelum menjadi semakin ekstrem dan radikal dengan idea 'Negara Taurat' mereka. Parti Buruh yang memerintah sehingga tahun 1977, seringkali bersikap waras dan berhati-hati dalam menangani permusuhan di antara orang Arab, sebagai penduduk asal... Continue Reading →

Benarkah jika membaca buku tanpa guru, kita sebenarnya bergurukan syaitan?

Polemik "tudung" di dalam masyarakat melayu bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukanlah aurat kerana tidak disebut secara khusus tentang rambut di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan "orang paling beriman di zaman ini" mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata. Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengakui bahawa agama Islam mempunyai hubungan... Continue Reading →

Seronoknya troll orang

Ketika isteri Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah R.Anha difitnah kononnya beliau berzina (nauzubillah) dengan seorang sahabat mulia bernama Safwan Ibnul Muatthal R.A, ada segelintir orang beriman yang turut sama memarakkan lagi api fitnah. Mereka terikut-ikut dengan hasutan orang munafik. Mereka membawang dan bercakap-cakap berkenaan berita palsu tersebut. Kesalahan sebesar ini pun pernah berlaku kepada sahabat nabi.... Continue Reading →

Voyage to Palestine (1)

Palestin adalah sebuah negara yang sangat dekat dengan jiwa kita. Solidariti kita bersama rakyat Palestin bukan semata-mata kerana pertalian agama, tetapi kerana simpati kita ke atas nasib mereka yang tidak pernah sebaik kita. Palestin ibarat sebuah teater yang dilakonkan oleh watak-watak agama dan politik antarabangsa. Di dalam Islam, ada 25 orang rasul yang wajib kita... Continue Reading →

Masih wajarkan Himpunan 812 sabtu ini?

Saya tertarik untuk memberi respon terhadap sebuah keratan komik pendek yang tular di Facebook, tentang perbualan 3 sekawan di sebuah kedai kopi. Orang pertama memerli rakan-rakannya, "Mufti sudah keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan bantah ICERD sudah tidak perlu. Dengarlah cakap mufti", Rakannya memulangkan paku buah keras, "Eh, sejak bila kau dengar cakap mufti. Selama ini semua... Continue Reading →

Isteri anda tidak hamil? Usah risau, isteri Nabi pun begitu.

Saya mengambil ikhtibar wasiat Nabi Yaakub kepada anaknya, Nabi Yusuf. Kata Nabi Yaakub, "Rahsiakan mimpimu itu daripada pengetahuan saudara-saudaramu". Saya percaya bahawa bukan semua cerita, perlu kita ceritakan. Kadang-kala, menyembunyikannya adalah lebih baik. Bukankah menelan lebih mengenyangkan daripada meluah. Macam ujian Allah kepada kami suami isteri. Allah hadirkan penyakit kepada isteri saya, sebagai peringatan buat... Continue Reading →

Bolehkah CCTV camera dipasang di dalam kokpit?

Saya membaca banyak komen netizen berkenaan nahas udara pesawat Lion Air JT 610. Ramai yang menyatakan simpati dan mengirimkan titipan doa tetapi ramai juga yang berkata yang bukan-bukan. Tidak kurang, ada juga yang membawa teori dan prasangka yang tak berasas. Namun begitu, saya tertarik kepada salah sebuah komen iaitu berkenaan dengan pemasangan kamera litar tertutup... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑