Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Setiap ibubapa pasti risau jika anaknya menjengah usia 2 tahun, namun belum ada perkataan pertama (first word) lagi yang berjaya dituturkan.

Saya ingat lagi semasa Busyro berusia 2 tahun, Busyro juga didignosis mengalami masalah “speech delay”. Ketika itu, arwah uminya sangat risau. Sayalah yang terpaksa memujuknya untuk bertenang. Busyro terpaksa kami hantar untuk terapi, dan ada beberapa nota daripada pakar terapi kanak-kanak di Putrajaya itu, saya ingat.

Kata pakar terapi, masalah terbesar Busyro ketika itu adalah Busyro tak mampu untuk fokus. Tanda-tanadanya adalah, tiada hubungan mata atau eye contact dan semasa bermain atau beraktiviti, Busyro cepat resah dan beralih kepada permainan lain.

Tapi itu cerita dulu. Alhamdulillah, kini anak kami ini sangat petah bercakap. Bukan setakat bahasa melayu, bahasa inggeris Busyro juga sangat baik.

Jom kita lihat sedikit fakta dan statistik berkenaan dengan masalah ‘speech delay’.

Pada tahun 2018, sebanyak 128 kes ‘speech delay’ direkodkan, namun jumlah ini semakin kritikal pada tahun 2019, iaitu peningkatan kes baharu sebanyak 1,028 kes!

Menurut Puan Wawa Shauqi, seorang pakar kanak-kanak, setiap anak perlu memahami pertuturan orang lain (receptive language) sebelum mereka pandai bercakap (expressive language). Anak-anak juga perlu mendengar lebih kurang 11 juta patah perkataan untuk otak mereka merekod, memahami, dan barulah mereka boleh menggunakan 1000-2000 patah perkataan baharu. Fasa 2 tahun kebawah adalah fasa di mana anak-anak akan mencerap maklumat. Apa yang mereka selalu dengar, itulah yang mereka akan sebut dahulu.

Sebab itulah ibubapa wajib menjaga bahasa di depan anak. Jika baik yang dituturkan, baik jugalah yang ditiru. Dalam masa yang sama, ibubapa sangat perlu untuk banyak bercakap dengan anak kerana bercakap dengan anak adalah stimulus atau ransangan yang sangat penting kepada deria asas dan sensori anak-anak.

Mengapa kes Speech Delay melonjak, dan akan semakin meningkat saban tahun?

1- Kurangnya ransangan / stimulus

Tidak seperti zaman kanak-kanak kita dahulu yang penuh warna-warni, zaman sekarang, kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan skrin, tak kiralah telefon ataupun televisyen.

Jika dahulu, kita menghabiskan masa petang kita dengan aktiviti memanjat pokok, bermain di sawah bendang, mengail ikan laga, menangkap pepatung, dan sebagainya. Namun, zaman sekarang, kita pun tak berani nak lepaskan anak-anak kita bermain sendirian. Lagipun mana ada kawasan yang masih boleh anak-anak ini bermain dengan selamat. Jika di hutan, mungkin masih ada sungai. Di bandar, sungainya berwarna krim seperti teh tarik. Lebih baik tak bermain.

2. Terlalu banyak screen time

Masalah dengan gadget adalah, anak-anak akan terlalu fokus, jadi komunikasi atau interaksi dengan persekitaran, tidak berlaku. Kesan gadjet ini semakin signifikan sekiranya ibubapa telah mula memberikan mereka gadjet seawal bayi.

Keupayaan motor halus dan motor kasar anak-anak tidak dilatih, dan ini akan menyebabkan pembesaran mereka terbantut. Dari segi emosi pula, mereka berisiko untuk menjadi kanak-kanak yang kurang berkeyakinan, tidak pandai bergaul, tidak pandai mengawal emosi, dan paling kita risaukan, terdedah dengan bahan-bahan pornografi. Elemen ‘soft porn’ terlalu bermaharajalela di dalam jaringan internet. Tidak mustahil anak kita akan terjerat.

Jom semak anak anda.

Fasa Pertama: Usia 7-11 bulan.

  • Pandai menyebut perkataan yang ringkas seperti dada, bubu, papa, mama, atau susu.
  • Cuba meniru bunyi haiwan
  • Pandai menerima arahan mudah seperti bye-bye, salam, ambil barang, dan sebagainya.

Fasa Kedua: Usia 1 tahun

  • Tahu 10-25 perkataan yang bermakna, seperti nak, num (minum), kan (makan), do (tidur), dan sebagainya. Pelat, tak mengapa.
  • Tahu panggilan spesifik kepada individu khusus seperti umi, abi, kakak, adik, atuk, nenek, tok wan, dan sebagainya.

Fasa Ketiga: Usia 2 tahun

  • Pandai mengabungkan dua pekataan ringkas, cth: Nak air, ayah kerja, ibu masak, pergi bilik, dan lain-lain
  • Ikut arahan mudah seperti, pergi sana, ambilkan barang tu, tolong tutupkan pintu, dan lain-lain.

Fasa Keempat: Usia 3 tahun

  • Boleh menggabungkan 3-4 perkataan.
  • Pandai bercerita, cth: tadi adik nangis. Adik nak ikut mama. Mama tak bagi

Fasa Kelima: Usia 4 tahun

  • Sudah pandai menggunakan kata penghubung seperti sebab tu, lepas tu, tapi, dan sebagainya.

Speech delay berlaku kerana salah satu daripada sebab-sebab berikut:

  1. Kurang mendapat ransangan sensori/ kurang permainan fizikal
  2. Tidak cukup ransangan pertururan
  3. Terlalu banyak bermain gadjet dan menonton televisyen
  4. Masalah pendengaran
  5. Kanak-kanak down syndrom, celebral palsy, hydrocephalus dan microcephaly
  6. Kanak-kanak autistik, disleksia, dan ADHD
  7. Masalah fizikal seperti sumbing, toungue tie, atau lidah pendek

Bagaimana caranya untuk membantu mereka?

  1. Kurangkan telefon bimbit, gadjet, dan televisyen!
  2. Banyak bercakap dengan anak
  3. Banyak bermain dengan anak indoor mahupun outdoor.
  4. Ransang sensori anak-anak dengan cara bermain di atas rumput dan di atas pasir.

Jika anda tak tahu apa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda, anda boleh dapatkan buku Best Seller ini:

• Buku ini ditulis oleh pakar dan mengandungi pelbagai bentuk aktiviti yang mudah, ringkas, menjimatkan, dan menyeronokkan yang boleh dilakukan sendiri di rumah bersama anak-anak
• Berharga hanya RM49 sahaja.
• Sesuai untuk ibubapa dan juga guru taska/tadika

Bukan setakat itu, anda juga digalakkan untuk mendapatkan buku panduan TERAPI PERTUTURAN 👇👇👇

• Ditulis oleh dua orang pakar yang berpengalaman
• Sebuah KIT yang lengkap untuk ibubapa
• Mengandungi tips, latihan, panduan, senarai semak, dan bahan aktiviti dengan anak-anak di rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s