Penipuan-Penipuan Terbesar Syaitan

Dalam epistimologi setiap agama, hampir kesemua agama mempunyai konsep iblis, syaitan atau “the devil”.

Jika dalam agama Islam dan Kristian, penganut kedua-dua agama paling dominan di dunia ini percaya bahawa iblis dahulu adalah seorang malaikat yang paling dekat dengan Tuhan, namun telah terlaknat dek kerana keegoan dan keengganannya untuk sujud hormat kepada Nabi Adam A.S.

Kita juga sepakat dan yakin bahawa iblis dan juga syaitan berperanan untuk menyesatkan umat manusia, tak kiralah apa-apa bangsa sekalipun.

Jom kita lihat apakah tipu daya paling biasa (common) yang dibuat oleh iblis dan syaitan.

1. Menghasut manusia agar bertangguh.

Ini yang paling biasa berlaku. Syaitan akan menyuruh kita untuk bertangguh. Antara bentuk pengangguhan kita adalah:

  • Nak taubat, tunggu dah tua nanti
  • Nak ke masjid, tunggu bersara
  • Nak sedekah, tunggu kaya dulu
  • Nak bantu masyarakat, tunggu dapat jawatan dulu

Betapa ramai manusia yang menunggu hari esok yang tidak pernah sampai. Walhal yang akan ditanya bukanlah urusan esok, tetapi urusan hari ini.

2. Menakut-nakutkan manusia

Takut juga adalah senjata syaitan. Syaitan menimbulkan ketakutan kepada kita dengan cara,

  • Takut miskin jika bersedekah
  • Takut dipandang rendah jika mengamalkan sunah
  • Takut tak prodaktif bila bersolat
  • Takut nak tinggalkan maksiat kerana faktor rakan-rakan
  • Takut diejek ‘ustazah’ kerana menutup aurat

Malang sekali, ramai yang meninggalkan ketaatan kerana takut. Akhirnya jadilah kita golongan manusia yang difirmankan di dalam hadis qudsi, “…Jika kita melakukan sesuatu kerana mengharapkan keredaan manusia, maka Allah S.W.T akan menyerahkan nasib kita kepada manusia…”

3. Menghapuskan Pahala

Antara requirement nak masuk ke syurga adalah, banyaknya pahala dan sedikitnya dosa.

Justeru salah satu senjata syaitan untuk mengumpulkan pengikutnya adalah dengan tipu helah seperti:

  • Riak, ujub, takabbur, dan sum’ah
  • Mengungkit-ungkit pemberian
  • Menyusahkan orang lain akibat ibadah kita

Riak, ujub, takbur dan sum’ah ini adalah penyakit 4 serangkai bagi hati. Nak merawatnya adalah sukar sekali, kerana ubatnya adalah ikhlas. Tak dijual di mana-mana farmasi pun, sebaliknya perlu dilatih oleh diri sendiri.

Mengungkit pemberian pula adalah amalan orang munafik. Bersedekah, tapi untuk menyakitkan hati si penerima. Mahu mengangkat diri sendiri, tetapi dengan cara memijak maruah orang.

Menyusahkan orang lain adalah seperti perbuatan menghalang lalu lintas kerana mahu ke masjid, dan sebagainya.

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah tiga dahulu. Mungkin lepas ini, kita buat part 2 pula.

Jemput join group Telegram ini untuk dapatkan secara PERCUMA;
  1. BAHAN BANTUAN MENGAJAR
  2. AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK
  3. VIDEO PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
  4. Review produk MH
  5. Info Terkini MH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s