Hikayat Madu Tualang

Cerita pasal madu, saya teringat kepada gurauan kawan saya. Katanya, kalau nak uji madu tu asli atau tak, cuba bawa balik ke rumah. Kalau isteri marah, makna madu tu asli lah.

Sebenarnya ada beberapa cara menguji keaslian madu.

1. Larutkan sesudu madu ke dalam segelas air.

Jika air itu jernih saja, kemungkinan madu itu tiruan. Madu asli mempunyai khasiat pollen yang halus, jadi jika ia dilarutkan di dalam air, air itu seharusnya menjadi keruh.

2. Ujian struktur madu ketika dipanaskan.

Panaskan madu, kemudian gunakan lidi sate, kemudian tarik madu tu. Madu asli tak akan melekat seperti tali kerana struktur gulanya adalah natural. Sebaliknya madu sintetik, madu tu akan tertarik atau bergulung seperti benang.

3. Lihat pada permukaan madu

Madu asli mempunyai gelang atau kerak halus di permukaan botol. Itu adalah pollen-pollen bersaiz makro yang tidak dapat ditapis dan berkumpul, lalu terapung dan berkumpul di permukaan botol.

4. Tidak beku jika disimpan dalam peti ais.

Ini adalah indikator yang kurang tepat sebenarnya kerana madu yang asli tetap mempunyai kandungan air. Namun, kandungan airnya adalah amat sedikit. Justeru, sekalipun madu asli akan mengeras, ia tidak akan menjadi keras seperti ais atau seperti madu tiruan.

Oh ya, ada yang kata madu asli tidak akan dihurung oleh semut. Mitos ini tidak benar, kerana madu asli juga mengandungi fluktosa, glukosa, sukrosa dan maltosa yang tetap menarik selera tentera semut.

Namun begitu, anda tak perlu runsing.

Saya ada menjual madu tualang asli jenama Madu Quad, yang dituai di hutan-hutan dalam negara kita. Lebah liar ini membuat sarang mereka jauh di ceruk belantara, justeru khasiat madu lebah tualang ini memang tidak boleh dinafikan lagi.

Lebih-lebih lagi, saranan para ulama antaranya di dalam kitab Tibbun Nabawi, bahawa madu yang terbaik kepada sesebuah masyarakat adalah madu yang berasal dari tempat itu.

Justeru, bagi masyarakat arab Yaman, madu terbaik bagi mereka adalah madu Yaman. Bagi masyarakat maori di New Zealand, madu terbaik bagi mereka adalah madu New Zealand. Begitu juga dengan negara China, India, dan lain-lain.

Namun bagi kita, madu terunggul buat kita adalah madu Tualang.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi saya di

Sepang, Selangor 43900

Atau lebih mudah jika anda klik sahaja di http://www.wasap.my/60136852443/maduquad

Penghantaran ke seluruh Malaysia. InsyaAllah selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s