Homoseksualiti Dalam Islam

Sudah tahun 2021, sepatutnya saya sudah boleh berhenti bercakap tentang LGBT. Namun, baru-baru ini saya tanpa sengaja tertonton rakaman video seorang pelakon lelaki yang mengaku dirinya pondan, tidak bernafsu kepada mana-mana wanita, dan berbangga kerana dilahirkan sebegitu.

Benarkah dakwaannya?

Di Malaysia, pondan, gay, atau lesbian adalah tabu di dalam masyarkat. Aktiviti begitu dianggap hina, jijik, dan kotor. Golongan pondan dan maknyah ini seringkali mendapat pandangan serong daripada masyarakat.

Saya ingat lagi kepada drama ‘Sutun’ yang pernah ditayangkan di TV3 pada tahun 2005 dan 2006. Itulah satu-satunya drama berkenaan ‘lelaki lembut’ yang berbentuk hiburan. Yang lain-lain semuanya drama berbentuk advokasi dan pengajaran, seperti drama Tanah Kubur.

Di Malaysia, semua orang maklum bahawa aktiviti homoseksual adalah suatu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah. Undang-undang Malaysia memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta sebatan kepada pesalah-pesalah homoseksual.

Menariknya, sekalipun memiliki peruntukan, bilangan pesalah yang didakwa atas kesalahan seksyen 337A dan 337B ini adalah sangat sedikit sepertimana yang dilaporkan oleh The US Department Of States Human Rights Rerports pada tahun 2017. Salah seorang pesalah homoseksual berprofil tinggi yang pernah dicaj dengan penal kod ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kembali kepada tajuk, saya sebenarnya tertarik untuk bercakap tentang pondan dan Islam, kerana saya dapati, isu ini dibincangkan dengan sangat meluas di luar negara, tetapi tidak di Malaysia.

Di sini, kita menutup rapat-rapat pintu homoseksualiti.

Tetapi di UK, ada masjid khas untuk kelompok LGBT. Imamnya, elok berjubah dan berjanggut seperti imam di masjid taman perumahan kita, namun terang-terangan mengaku gay. Begitu juga di Australia, dan beberapa negara Eropah lain.

Ini menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah kominiti kita yang salah, atau interpretasi mereka yang tersilap.

Saya ada membaca kertas kerja Dr. Samar Habib, seorang penyarah pengajian Islam di University of Sydney berkenaan dengan homoseksualiti. Beliau adalah segelintir ahli akademik yang menolak premis homoseksualiti adalah kesalahan, dan mempromosikan agar muslim dan LGBT untuk co-exist.

Salah satu hujah yang dibawanya adalah daripada pendapat Ibn Hazm, ulama yang tinggal di Cordoba pada abad ke-10.

Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa kritikan Ibn Hazm dan beberapa ulama yang sependapat dengannya kepada hukuman terhadap pelaku homoseksual, telah disalah erti dan dimanipulasi oleh pejuang dan aktivis LGBT. Ketika menyatakan bahawa tiada hadis sahih yang menyokong hukuman berat kepada pelaku homoseksualiti, itu tidak bermakna beliau setuju dengan homoseksualiti.

Hakikatnya, Ibn Hazm sentiasa vokal dan konsisten dengan pandangan bahawa kegiatan LGBT adalah haram dan berdosa besar.

Begitu juga dengan pendapat beliau tentang kisah kaum Nabi Luth. Ibn Hazm menyatakan punca utama kaum Nabi Luth diazab oleh Allah S.W.T bukanlah kerana jenayah gay atau lesbian mereka, tetapi kerana mereka tidak beriman kepada Nabi Luth dan mereka telah cuba untuk merogol dua orang tetamu Nabi Luth (malaikat yang diutus sebagai manusia).

Persoalannya sekarang, adakah dengan berbeza penafsiran, bermaksud anda menyokong LGBT ?

Ini bahayanya pemikiran binari.

Tambah mengelirukan adalah apabila aktivis, advokatis, dan pensimpati (sympathizer) LGBT Muslim mengambil dalil untuk menghalalkan LGBT daripada perbuatan Abu Nawas (atau Abu Nuwas).

Siapakah Abu Nuwas?

Abu Nuwas cuma seorang penyair. Abu Nuwas bukan agamawan, jauh sekali orang alim. Dia hanya seorang penyair yang terkenal kerana hikayat 1001 malam (One Thousand and One Night). Justeru, hanya kerana wujud manuskrip-manuskrip sastera zaman Khalifah Abasiyah yang mengatakan Abu Nawas melakukan aktiviti homoseksual, itu bukanlah lesen besar untuk kita mengabsahkan perbuatan tidak bermoral itu.

LGBT tetap salah sekalipun ada pecahan kecil dan terpencil dalam kalangan agamawan yang memberi keringanan, seperti ‘perasaan’ sahaja tidak berdosa, yang berdosa adalah ‘perbuatannya’.

Pendapat saya, islamisasi-LGBT di Malaysia dan di luar negara, mempunyai agenda yang sangat berbeza. Di padang kita, kita bermain dengan corak bertahan. Di padang orang, kita bermain dengan corak menyerang.

Hakikatnya, ada satu isu yang lebih penting daripada orientasi seksual, iaitu isu akidah. Saya tak kenal Imam Daayie Abdullah atau Imam Nur Wasame secara personal. Namun, saya bersangka baik, sebagai Imam komuniti gay, fokus utama mereka hanyalah untuk mengislamkan dan membimbing kelompok gay dan LGBT. Tak tahulah jika dalam ceramah atau khutbah mereka, ada upacara khurafat, bidaah atau agenda sesat lain.

Dan apabila saya katakan yang akidah itu lebih utama dan penting, ini juga bermaksud saya berharap agar kita semua tidak terlalu keras menghukum atau menghakimi golongan LGBT terutamanya pondan dan maknyah. Kita tak mahu mereka semakin jauh daripada agama. Paling kita takutkan adalah jika mereka meninggalkan agama.

Saya kenal dengan seorang ustaz, namanya Ustaz Uthman Daud. Beliau aktif berdakwah dalam komuniti pondan dan maknyah ini. Mereka diajar untuk bersolat dan mengaji, dengan harapan suatu hari nanti, mereka akan ada kekuatan untuk keluar daripada pilihan mereka, menuju kepada pilihan yang lebih baik.

Kesimpulan.

Dilahirkan sebagai pondan adalah ujian, sama seperti bayi yang dilahirkan tanpa tangan, bisu atau buta.

Mengatakan pondan sebagai fitrah, adalah suatu kesilapan fatal. Anda tidak dilahirkan sebegitu, sebaliknya, anda diuji dengan jalan begitu. Ramai orang yang dilahirkan pekak, bisu dan buta. Mereka tidak dapat melihat, mendengar atau berkata-kata. Namun, adakah ini bermakna mereka adalah ciptaan Allah S.W.T yang gagal?

Tidak. Mereka cuma diuji.

Anda juga begitu.

2 thoughts on “Homoseksualiti Dalam Islam

  1. Analogi terakhir adalah analogi janggal. Menyamakan mereka sperti org yg buta, pekak dan oku sebagainya adalah dua perkara yang teramat berbeza. Yg pertamanya di satu sudut, org oku kekurangan dari nilai zahir namun tidak dari segi nilai batin yg mampu untuk ingin kepada wanita – hal yg demikian masih kita melihat ramai kalangan oku berkahwin mendirikan rumahtangga seumpamanya dan meneruskan apa yg Islam sarankan. Ini kontradikisi kepada golongan ini. Justeru, ujian zahir dan ujian batin bukanlah satu ujian yg seharusnya dibuat dlm konteks ujian yg sama.

    Yg keduanya, apabila fitrah seorang oku dicacatkan zahir pendengarannya (cth) maka Allah mengurangi hukuman terhadap apa yg dikurangkan olehNya. Ini adalah amat jelas dalam Islam. Jadi mengapakah mereka ini yang dicacatkan sudut batinnya dari kesukaan pada wanita tidak mendapat pengurangan hukuman? Allah itu tidak bersikap pilih kasih.

    Yg ketiganya, saya sendiri telah berjumpa beberapa golongan oku ketika meneliti dari sudut LGBT di Amerika Syarikat. Saya masih ingat menemu ramah dua org oku yg terlahir buta penglihatan dan merupakan sesama kawan baik di dewan komuniti. Satu orgnya mengaku sebagai gay dan seorang lagi sebagai straight. Saya bertanya bagaimanakah mereka mengenali seksualiti (kesukaan pada wanita dan kepada lelaki). Balasnya oku yg gay adalah beliau suka ketika menyentuh dan disentuh fizikal kasar, kulit kasar dan suara kasar dan dipersetujui oleh kawan okunya yg straight namun berbeza dgn kelembutan fizikal wanita melalui sentuhan. Mereka membezakan ini ketika dari kecil dgn sekeliling kwn² permainan mereka. Ini jelasnya perbezaan fitrah yg umat islam masih lagi menolak wujudnya mereka yg berbeza. Akibat itu umat islam gagal menangani masalah2 begini.

    Yg keempatnya, dari sudut kaum nabi luth yg ditenggalamkan kerana perbuatan sodomi adalah luar biasa. Perbuatan sodomi bukan sahaja merujuk kepada seks pintu belakang, namun merujuk kepada seks secara oral. Maka itu diharamkan dalam islam seks secara oral. Apakah tuan menjamin tiada golongan straight yg melakukan sodomi (pintu belakang dan oral)? Apatahlagi umum kajiannya populasi golongan straight adalah 90% dan mereka ini adalah 10%? Perkara ini perkara luar biasa disalahkan kepada sebelah pihak – LGBT.

    Secara intihanya, umat islam dan negara2 islam sentiasa berada di ambang kekecohan, paranoia agama dan berentakan dari dulu hingga skrg kerana mereka yg mempunyai ilmu tidak membuka pemikiran di luar kotak dan berani ijtihadnya daripada dikurung konsep al wala wal bara. Berapa ramaikah cendekiawan2 islam yang berani membuat ijtihad dari mengikuti konsep islam lama hingga terbunuh dan terlahirnya beberapa pandangan moderasi, mazhab² dan terlahirnya ASWAJA?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s