Bolehkah Kita Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Penerbangan?

Saya pernah ditanya mengapa penggunaan telefon bimbit dilarang semasa penerbangan.

Pertama sekali, penggunaan telefon bimbit atau peralatan elektronik seperti tablet atau laptop adalah dibenarkan.

Namun, penumpang perlu mematuhi beberapa syarat seperti meletakkan ke dalam ‘airplane mode’, dan tidak menggunakan telefon dan peralatan elektronik mereka semasa take-off dan landing.

Mengapa?

Ada dua jawapan.

Pertama, kita tidak mahu berlakunya ‘interference‘ kepada sistem navigasi dan instrumen pesawat.

Jawapan yang lebih konvesional pula adalah, kerana kita tidak mahu penumpang terleka bermain dengan telefon bimbit mereka, hingga mereka gagal mendengar arahan krew kabin semasa di dalam kecemasan.

Jawapan yang pertama adalah legit jika kita terbang pada awal tahun 90-an. Ketika itu, telefon bimbit beroperasi dengan teknologi selular GSM protocol second-generation (2G), dan akan mengganggu operasi alat elektronik yang lain terutama sistem audio atau komukasi. Bayangkan bunyi “beep-beep” yang dipancarkan oleh pembesar suara di rumah anda. Bunyi bising yang sama jugalah yang didengar juruterbang dari balik loudspeaker atau headset mereka.

Sekarang, bayangkan pula jika interference sebegitu berlaku ketika juruterbang sedang ‘bercakap’ dengan pegawai ATC di dalam radio.

Namun, pesawat yang ada pada hari ini mempunyai sistem komunikasi yang lebih baik. Gangguan radio seperti bunyi “beep” sudah jarang-jarang dikesan. Lebih-lebih lagi selepas teknologi 2G kini menjadi teknologi yang obsolete dan asing. Tambahan pula, teknologi 2G hanya terhad kepada frekuensi 850Mhz dan 1900Mhz sahaja, tidak seperti spektrum talian 5G yang ada pada hari ini.

Jawapan kedua, pada saya, adalah lebih logik. Fasa take-off dan landing adalah fasa yang paling kritikal dalam sesebuah penerbangan. Ini adalah kerana sesebuah pesawat tidak mempunyai margin yang besar untuk membuat recovery jika berlaku masalah teknikal. Pesawat berada terlalu dekat dengan tanah, bukit, atau laut. Biasanya, juruterbang hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk membuat correction.

Jadi sudah tentu ketika dalam fasa itu, kita tak mahu sebarang bentuk distraction baik kepada pesawat, juruterbang, mahupun kepada penumpang sendiri.

Kesimpulan.

Ya, anda dibenarkan menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik anda jika ia diletakkan ke dalam airplane mode, dan jika anda bukan berada dalam fasa take-off dan landing.

Lagipun, kapal terbang AIRBUS sudah lama memiliki sistem bernama ‘on board mobile telephony system’ atau ‘GSM on-board’. Sistem ini membolehkan penumpang menggunakan telefon bimbit mereka bagi tujuan transmisi suara (voice) dan data (GPRS dan SMS).

Walaupun sistem ini sudah diluluskan oleh agensi EASA sejak tahun 2008, namun kebanyakan syarikat penerbangan sudah tidak menggunapakai sistem ini kerana faktor kos dan permintaan yang tidak memberansangkan.

***Anda sudah subscribe blog Jokai Crest? Sudah ‘like’ FB Page Jokai Crest? Jika belum, sila scroll ke bawah. Tinggalkan emel dan tekan butang like. Terima kasih***

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s