Evil Eye Is Real – Kapten Pantun

Anda masih ingat kepada ‘Kapten Pantun’ yang pernah tular 4 tahun lepas?

Kebetulan kapten tu bekerja di syarikat penerbangan yang sama dengan saya. Justeru kami pernah berjumpa sekali semasa bekerja. Saya ingat lagi, malam tu malam selepas hari raya. Pesawat yang bakal dikemudinya mengalami sedikit gangguan teknikal berkaitan sistem TCAS (pernah saya tulis). Jadi saya cepat-cepat tukar komputer yang bermasalah itu.

Tapi itu cerita sebelum beliau tular. Setahu saya jugalah, tidak lama selepas itu, beliau pun berhijrah ke syarikat penerbangan di negara jiran.

Cuma saya teringat kepada sebuah rakaman klip ‘ceramah’ beliau di HQ AirAsia dalam sebuah program agama ASTRO OASIS, beliau ada bercakap tentang ‘evil eye’.

Cerita beliau, selepas menjadi viral, beliau telah menerima banyak new friend request daripada orang ramai. Namun, atas dasar mahu menjaga privasi keluarga, beliau terpaksa menekan butang reject. ‘Kapten Pantun’ memetik hadis riwayat Imam Bukhari, “(penyakit) ain itu benar”.

10 tahun lepas juga, saya teringat kepada nasihat Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari, tentang sifat kita yang terlalu ghairah ‘bermain’ telefon.

Sheikh Nuruddin adalah antara segelintir ulama yang tegas dengan adab. Setiap kali sebelum pengajiannya, pasti akan ada pesanan berulang kali kepada audien supaya mematikan atau menukar telefon kepada mod senyap. Bahkan beliau cukup marah jika ada orang membelek-belek telefon sepanjang kuliahnya.

Bahkan pernah sekali beliau menempelak sikap sesetengah duyufurrahman yang terlalu gemar mengemas kini media sosial mereka dan berswafoto hingga ke depan dinding kaabah.

Kegilaan manusia kepada perhatian, media sosial, dan selfie, telah menganggu ibadat kita sehingga ke tahap itu. Hal yang sama juga dipesan berulang kali oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Selepas 31 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya go under radar di media sosial. Selama bertahun-tahun, syaitan menipu saya untuk riak, ujub dan sum’ah. Mungkin kali ini, pesanan Sheikh Nuruddin supaya tidak menjadi hamba teknologi, benar-benar perlu saya perhalusi.

****Anda sudah subscribe blog Jokai Crest? Mahu bantu ‘like’ FB Page Jokai Crest? Sila scroll ke bawah. Terima kasih***

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s