Bolehkah Merokok Di Dalam Pesawat?

Baru-baru ini, ada sahabat bertanya, jika merokok di dalam pesawat dilarang, mengapa bekas abu rokok masih ada di dalam tandas pesawat?

Pertama sekali, merokok dalam pesawat adalah suatu kesalahan. Di Amerika, undang-undang udara mereka memperuntukkan hukuman denda sehingga $2,000.

Di Malaysia pula, larangan merokok di dalam pesawat termasuklah tandas pesawat, digariskan dalam seksyen 100, Malaysian Civil Aviation Regulation 2016. Pesalah boleh dihukum penjara dan denda sehingga RM 2,500.

*Sumber*

Tujuan bekas abu rokok disediakan di dalam tandas adalah supaya pesalah-pesalah ini tidak membuang puntung rokok ke dalam tong sampah, kerana dibimbangi akan menyebabkan kebakaran. Tong sampah di dalam tandas biasanya akan berisi dengan bahan mudah terbakar seperti tisu muka. Justeru, sedikit bara daripada puntung rokok boleh menyebabkan kebakaran tercetus.

Bagaimana jika berlaku kebakaran?

Setiap pesawat akan dilengkapi dengan sistem pengesanan asap dan pemadaman automatik.

Jika anda perasan, penggera asap (smoke detector) akan dipasang di suatu sudut di siling tandas. Bagaimana sistem pengesan atau penggera ini berfungsi?

Contoh smoke detector

Pertama sekali, penggera ini akan berhubung dengan sistem keselamatan utama pesawat. Bermakna, jika asap dikesan di dalam tandas, penggera akan segera berbunyi. Amaran juga akan dihantar kepada juruterbang di dalam kokpit melalui mesej ‘caution’ di komputer juruterbang. Jadi mereka akan tahu ya!

Selain itu, lampu di luar tandas juga akan berkelip-kelip bagi menarik perhatian krew kabin.

Bagaimana penggera asap ini berfungsi?

Senang sahaja, hampir serupa dengan smoke detector kita di rumah. Jika ketebalan partikel udara meningkat ke tahap preset, penggera akan dinyalakan.

Namun, ini juga bermakna bukan asap sahaja yang boleh menghidupkan penggera, tetapi juga semburan daripada pewangi badan (body spray), dan seumpamanya.

Berkenaan dengan sistem pemadaman automatik, satu botol pemadam api akan dipasang berdekatan dengan tong sampah. Pemadam api ini akan mengeluarkan ejen pemadam jika sensor yang dipasang pada badannya mengesan haba yang tinggi.

Selain itu, krew penerbangan juga dilatih untuk mengendalikan pemadam api mudah alih (portable) sekiranya api tidak berjaya dikawal di kawasan itu.

Kesimpulannya mudah. Walaupun bekas abu rokok ada disediakan, tetapi tetap merokok adalah suatu kesalahan. Ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s