Manusia Tsiqah Dan Berintegriti Di Radio IKIM

Ada sebuah essay dalam bahasa inggeris tentang integriti yang menarik perhatian saya. Anda boleh membacanya di sini.

Dalam artikel itu, disebutkan ciri-ciri manusia yang berintegriti sebagai

  • always do the right thing, although no one is looking, or the choice is not easy
  • Staying true to yourself and your word, although you may face a serious consequences for the choices you made

Sebenarnya apa yang disebutkan oleh sarjana Barat adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam.

Saya cadangkan para pembaca cari dan baca kitab Bidayatul Hidayah kerana buku itu pada saya, boleh dikategorikan dibawah genre self-help yang sangat mudah dibaca dan difahami tanpa perlu kepada penerangan yang panjang berjela.

Karya Imam Ghazali yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Syeikh Fahmi Zamzam itu pada saya, adalah panduan sempurna bagi manusia bermasalah seperti kita.

Sebenarnya, bila kita bercakap tentang integriti, tidak boleh tidak, kita akan mengaitkannya dengan soal tsiqah.

Tsiqah adalah satu istilah asing untuk mengambar manusia biasa seperti saya dan anda, tetapi lebih sering digunakan untuk merujuk kepada orang yang berpengaruh dan dikenali masyarakat.

Biasanya pemimpin masyarakat dan agamawan.

Bahkan, tsiqah juga adalah salah sebuah prasyarat utama dalam disiplin ilmu hadis.

Sebuah contoh berkenaan tsiqah adalah, ketika Imam Bukhari yang telah menempuhi perjalanan beribu batu untuk mengambil sebuah hadis daripada seorang perawi, telah melupakan hajatnya kerana Imam Bukhari menyaksikan yang perawi hadis yang mahu ditemuinya itu telah melakukan sebuah perbuatan yang menjatuhkan martabat. Dia telah mengacah-acah dan mengolok-olok (memperdaya) binatang ternakannya, kononnya mahu memberinya makan, lalu apabila binatang ternakannya itu mengikutnya, sebenarnya dia hanya mengumpannya dan tiada makanan pun.

Perbuatan ‘bergurau’ dengan binatang peliharaan sebegitu, hakikatnya kecil, namun sudah cukup untuk menjatuhkan reputasi seseorang, hingga mencalarkan tsiqahnya.

Pagi tadi, saya ada mendengar di balik corong radio IKIM, seorang ustaz bercakap tentang kredibiliti. Nasihatnya baik dan bagus, tapi saya naik ‘menyampah’ hingga saya terpaksa menukar siaran radio itu kepada siaran Zayan (yang lebih pop-islamik).

Puncanya kerana imej ustaz itu agak berdebu di mata saya, kerana disebalik nasihat-nasihat beliau supaya sangka baik, bercakap yang baik, dan berbuat kebaikan, sebenarnya dia adalah di antara sekumpulan manusia daripada gawang agama yang menikam imej Ustaz Ebit Liew (UEL) suatu ketika dahulu, semasa UEL ghairah melakukan kebajikan, dakwah, dan menyalurkan bantuan kepada orang-orang yang terkesan dengan PKP fasa pertama dulu.

Saya tahu, ini adalah semata-mata personal preference saya, dan saya tidak berniat menghasut atau mempengaruhi sesiapa.

Tidak suka, tidak bermaksud perlu membenci. Itulah yang saya lakukan. Kerana tidak sukalah saya menukar saluran radio. Daripada saya terus hanyut dalam kekusutan hati, baik saya tinggalkan apa-apa yang saya tidak suka itu.

Tujuan saya menulis artikel ini adalah semata-mata mahu menjelaskan bahawa:

  • kadangkala kita memerlukan seratus tahun untuk membina reputasi, namun hanya semalaman untuk memusnahkannya.
  • Action speak louder than words
  • Tidak menyukai sesuatu atau seseorang, tinggalkanlah ia. Jangan bazirkan tenaga anda membencinya.
  • Nasihat adalah lebih mudah diterima jika datang daripada orang yang walk the talk, berbanding dengan orang yang hanya “pandai bersembang”
  • Menjaga keaiban sendiri adalah dituntut. Justeru, gunakan media sosial dengan berhemah. Jangan buka pekung di dada sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s