Pesanan Buat Wali

Setiap orang mahukan yang terbaik untuk anak mereka, termasuklah dalam soal jodoh. Kalau boleh, biarlah anak kita berjodohan dengan orang beriman yang berharta, tapi kalau tidak boleh, cukuplah jika jodohnya itu dengan orang yang beriman.

Tak dapat beri sebuah istana pun, paling tidak, dia tidak akan pukul anak kita. Dia layan anak kita baik-baik.

Namun sedar atau tidak, kitalah yang sering menyukarkan urusan jodoh mereka. Kadang-kadang tu, pengantinnya sudah sedia cuma kita sahaja yang masih banyak dramanya, risaukan semua perkara.

Walhal sebagai ibubapa, kebahagiaan anak-anak kita seharusnya menjadi keutamaan. Jika ada jalan yang mudah, mengapa diambil jalan yang sukar?

1. Menutup fitnah.

Ada sebuah hadis yang ditujukan khas kepada wali si gadis,

“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” [Hadis Riwayat At-Tirmidzi]

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengambil berat soal cinta dan kasih sayang. Oleh kerana itulah Nabi S.A.W pernah bersabda dalam sebuah hadis,

“Tiada ada jalan lain buat dua orang yang saling mencintai, selain daripada pernikahan” [Hadis riwayat Ibnu Majah]

Ini disokong melalui sebuah hadis yang lain,

“Tidak boleh menikahkan seorang janda sebelum dimusyawarahkan dengannya dan tidak boleh menikahkan anak gadis (perawan) sebelum meminta izin daripadanya. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mengetahui izinnya?” Beliau menjawab, “Dengan ia diam.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Seorang wali tidak mempunyai kuasa veto untuk menikahkan anak gadis mereka kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya, mereka perlu berbincang terlebih dahulu dengan anak mereka, kerana dibimbangi syurga yang diharapkan menjadi sebuah neraka dunia dek kerana si gadis tidak mampu untuk berkhidmat dengan ikhlas dan sepenuh hati kepada suaminya.

Sumber: http://bidadiarysyurga.blogspot.com/2019/01/taman-syurga.html?m=1
2. Autoriti Wali

Saya mengambil pengaran daripada kisah Nabi Ibrahim A.S yang menyuruh anak baginda, Nabi Ismail A.S untuk menceraikan isterinya. Perkara yang serupa juga pernah dilakukan oleh Saidina Umar R.A kepada anaknya, Abdullah Bin Umar R.A.

Beliau pernah menyuruh anaknya menceraikan isterinya. Namun begitu, Abdullah Bin Umar R.A enggan kerana beliau sangat cintakan isterinya, lalu beliau mengadukan hal itu kepada Rasulullah S.A.W. Apabila Baginda mendengar aduan Abdullah Bin Umar R.A, Baginda tanpa teragak-agak menyuruh Abdullah Bin Umar R.A menuruti permintaan bapanya, lalu Abdullah Bin Umar R.A pun menceraikan isterinya.

Ibn Taimiyah berkomentar dalam majmuk al-fatawa, bahawa tidak boleh seorang anak menturuti kehendak ibunya untuk mentalakkan isterinya. Bahkan tambah Ibn Taimiyah lagi, perbuatan itu tidak termasuk dalam ketaatan kepada ibubapa.

Begitu juga pendapat Imam Ahmad Bin Hambal ketika ditanya tentang pendirian Saidina Umar R.A. Kata Imam Ahmad, seseorang itu boleh menuruti kemahuan bapanya hanya jika bapanya ialah Saidina Umar R.A, kerana Saidina Umar R.A tidak memutuskan sesuatu dengan nafsu.

Justeru, dapat difahami bahawa ibu dan bapa tidak mempunyai autoriti mutlak dalam menentukan soal kebahagiaan anak-anak. Jika setakat mahu menasihat, itu bolehlah. Nabi S.A.W pun membimbing Saidatina Fatimah R.A dalam soal rumahtangga.

Namun jika kita masih mahu membuat keputusan bagi pihak mereka, maka itu suatu yang melampau. Mereka perlu diberi peluang untuk meneroka kebahagiaan mereka sendiri.

Kesimpulan.

Seorang bapa berkewajipan untuk mencarikan jodoh yang baik buat anaknya. Dalam hadis di atas, diberitahu tentang ciri-cirinya, iaitu yang elok agamanya dan baik pula akhlaknya.

Agama dan akhlak disebut secara berasingan kerana ada orang yang kuat agamanya, tapi tidak berakhlak dan ada pula yang kurang beragama, tetapi berakhlak.

Dalam masa yang sama, menjadi tanggungjawab setiap anak-anak juga untuk berfikiran matang dan terbuka untuk menilai kehendak ibubapa mereka.

Kehidupan berumahtangga adalah sebuah fasa yang sangat rumit, hinggakan berbohong yang merupakan dosa besar itu pun diberikan keringanan yang serupa seperti dalam peperangan, jika terpaksa dilakukan untuk menjaga hubungan dan kerukunan hidup berkeluarga.

Sesungguhnya tiada kehidupan yang tidak diuji. Tiada rumahtangga yang tidak bergoncang. Selagi boleh, mudahkanlah.

Janganlah kita menjadi salah satu ujian buat mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s