Penyedut hampagas (vacuum cleaner) ini saya beli semasa promosi 11/11 lepas di Shopee. Sebenarnya memang dah lama teringin nak beli vacuum cleaner baru, tapi selalunya tersimpan dalam ‘cart’ sahaja. Tapi untuk jualan 11/11 lepas, saya dapat beli vacuum cleaner ini dengan harga yang murah, iaitu pada harga RM 478.00.
Dalam kotak, ada 6 barang:
- 1 unit motor vakum
- 1 tiub penyambung
- 1 penyedut untuk sofa dan lantai
- 1 berus fabrik ‘dust mites’
- 2 aksesori penyedut
- 1 detachable and rechargeable battery
Positive
- Sedutan dia kuat. Ada 2 mod sedutan, normal dan kuat. Mod normal untuk sedutan biasa, dan kuat untuk menyedut sampah yang kasar dan berat.
- Penyedut sofa dan lantai dia sangat efektif untuk menyedut habuk halus. Contoh karpet tu kita tengok dan sentuh, macam dah bersih. Tapi bila kita vakum, rupanya ada lagi habuk yang mikro yang disedut.
- Vacuum cleaner ini boleh dipusing 180 darjah untuk sedutan di sudut yang sukar dan sempit. Sangat ergonomik.
- Boleh sangkut (ada hook). Jadi nak simpan tu save space.
- Motor tak bising sangat.

Not So Positive
- Berat 1.2kg, jadi kena kerap tukar tangan kiri dan kanan, kalau tak lenguh juga tangan.
- Bateri tahan 40-30 minit je lebih kurang. Tapi sebenarnya semua model ‘cordless’ memang ada masalah dengan battery. Charge 4-5 jam, tapi penggunaan cuma 40-30 minit.
Rating
Kalau saya, saya bagi 5 bintang⭐ sebab saya suka vacuum cleaner jenis ni. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang mempunyai fungsi yang serupa.
Cuma kalau nak beli, saya cadangkan beli semasa ada promosi untuk dapatkan potongan harga yang besar.