Kenapa Konsert Dibenarkan, Solat Jemaah Tidak Dibenarkan?

Tenang dulu.

Pada saya, soalan ini sah dan munasabah. Lebih-lebih lagi apabila program hiburan di kaca televisyen kembali rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Buka sahaja TV3. Bermacam-macam program ada. Itu belum masuk siaran televisyen yang lain.

Justeru, apabila ada segelintir kecil antara kita yang meluahkan keresahan, merungut, dan mempersoalkan situasi yang janggal ini, janganlah kita terlalu defensif. Lebih-lebih lagi jika kita ialah ‘kluster’ ahli agama yang secara langsung atau tidak langsung, mempengaruhi keputusan dan tindakan kerajaan.

Saya, secara personal, juga berasa canggung, bingung, dan serba salah dengan ‘kebiasaan’ ini. Saya juga tidak pasti usul fiqh sad’u zaaraih (mencegah kemudharatan) itu benar-benar teraplikasi, atau hanya lulus di tahap teori sahaja.

Lebih-lebih lagi apabila semalam, seorang lagi artis mewar-warkan bahawa dirinya terkena wabak COVID-19.

Adakah kita sebenarnya terlalu risaukan sesuatu (paranoid) seperti kluster agama walaupun hakikatnya kita ada S.O.P yang cukup baik untuk membolehkan urusan ibadah kita berjalan seperti biasa.

Pada sayalah, S.O.P penjarakan saf, memakai pelitup muka dan hidung, serta berwuduk dari rumah, adalah antara prosedur yang baik. Mungkin kerana keberkesanannya jugalah, belum ada lagi yang terkena jangkitan besar-besaran kerana mendatangi masjid dan surau.

Namun, saya juga merasakan bahawa tindakan kita mempersoalkan autoriti juga bukanlah suatu tindakan yang baik.

Sebagaimana Saidina Ali R.A ketika mula-mula diangkat menjadi khalifah selepas kematian Saidina Usman R.A. Orang ramai mendesak Khalifah Ali R.A supaya segera menangkap dalang pembunuhan Saidina Usman, hingga ada yang mencaci maki dan merendah-rendahkan autoriti beliau.

Jawapan Saidina Ali R.A ini rasanya adalah jawapan yang sama kepada kita.“Aku ini tidaklah lebih jahil daripada kalian

Hakikatnya, semua kita ini adalah rakyat biasa yang bernaung di bawah pemerintah yang sah. Ketaatan kita kepada pemerintah adalah sebuah kefarduan yang dituntut.

Kita wajar bersyukur sebenarnya kerana kita bernaung di bawah payung mufti. Fatwa daripada mufti memang boleh dicabar, tapi tetap perlu dihormati, kerana apabila tiba hari bertemu Allah S.W.T nanti, kita sudah ada jawapan di hadapan-Nya.

Sebaliknya, mereka yang membuat undang-undang itulah yang perlu lebih risau, kerana merekalah jawapan-jawapan kita dan lebih 19.5 juta muslim di Malaysia seperti kita.

Kesimpulan

Sekalipun kita tak bersetuju, ingatlah bahawa di dalam al-Quran (surah al-Hujurat), wujud larangan keras daripada melakukan sirriyah iaitu sindiran, cacian, dan ‘cakap-belakang’.

Tapi sebelum kita lebih ‘terkejut’ mengapa solat jemaah dan solat jumaat boleh ditangguh, kita kena ‘lebih terkejut’ lagi dengan keluasan hukum fiqh, kerana bukan setakat wabak COVID-19 sahaja boleh mengangkat kefarduannya, tetapi juga cuaca buruk, ancaman keselamatan, dan lain-lain.

Pernah dengar cerita doktor yang menjamakkan solat kerana melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa?

Itu juga contoh fleksibiliti dan keluasan fiqh.

Mengeluhlah kalau mahu mengeluh. Tulislah di FB jika mahu menulis, tapi ingat, adat orang berteduh, jika benci kepada payung, janganlah kita patah-patahkannya.

Takut nanti bila turunnya hujan, tiada lagi tempat untuk kita tumpang berteduh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s