Ku Lebih Mengenalinya

Saya sebenarnya tak berminat nak ambil tahu hal keluarga orang. Tapi biasalah, manusia. Bila dah selalu sangat lalu di timeline, saya tewas kepada curiosity. Tonton dan ikuti juga polemik dalaman di antara balu seorang pelawak dengan keluarga mertuanya. Ada sebuah komen yang menarik perhatian saya.

Tulisnya lebih kurang begini;

“Ali tu kan adik dia. Hidayah tu pula isterinya. Sudah tentulah Hidayah lebih tahu dan kenal suaminya sendiri”

Ayat ni kedengaran simplistik, tapi benar.

Tahu tak kenapa ada pasangan suami-isteri bercerai?

Kerana antara suami isteri, tiada lakonan. Kita sebagai contoh. Kita boleh berlakon baik di depan ibubapa kita. Tapi kita mustahil dapat berlakon depan pasangan kita, kerana kita terikat 24 jam sehari dengan mereka. Walaupun kita tinggal sebumbung dengan ibubapa, kita tidak sekatil atau sebantal. Jadi apa yang ibubapa kita tahu tentang kita adalah sekitar masa-masa singkat kita di ruang tamu, di meja makan, di dapur, dan di halaman rumah.

Sedangkan isteri, dia tahu dengan siapa kita whatsapp, apa kita buat lama-lama dalam bilik air, dengan siapa kita marah sekarang, dan sebagainya. Bahkan lebih jauh daripada itu, mereka tahu dengan detail aib kita.

Ada kita nak cerita kalau-kalau kita ada bisul besar di punggung?

Perkara seaib itu, hanya isteri kita yang tahu.

Bahkan sebelum kita tahu punggung kita ada bisul, mungkin isteri kita sudah tahu dahulu!

Bukan seorang dua yang dapat early detection bagi kanser payudara kerana dikesan bukan olehnya, tetapi oleh pasangannya. Kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan dia ada lump atau benjolan.

Bermakna, antara suami dengan isteri, keakrabannya luar biasa. Suami isteri bukan hanya berkongsi cerita-cerita bahagia, tetapi juga berkongsi aib, rahsia, dan cerita yang memalukan. Banyak cerita yang ibubapa dan adik beradik tak tahu, hanya diketahui oleh si isteri sahaja.

Justeru sangatlah munasabah premis, “Dia kan isteri, mestilah dia lebih tahu”.

Namun, ini juga berbalik kepada karakter individu itu. Kalau jenis memang sejak awal nak menipu isteri, memanglah isterinya tak akan tahu apa-apa tentang rancangan sulitnya itu.

Sebenarnya kita boleh mengambil ibrah daripada khilaf yang terjadi di antara Saidatina Fatimah R.A puteri Rasulullah S.A.W dengan Saidina Abu Bakar R.A, manusia yang paling akrab dengan Rasulullah S.A.W.

Kisah ini, kalau kita sekadar baca, merbahaya. Silap-silap kita boleh mengguris hati dan perasaan Rasulullah S.A.W, mengurangkan adab terhadap sahabat Baginda, dan menimbulkan sangka buruk kepada kekasih-kekasih Allah.

Adapun, saya suka dengan penjelasan Ustaz Dr Syamsuri, bahawa Saidatina Fatimah R.A hanya berkecil hati sahaja. Adapun tanah Fadak yang dituntut oleh Saidina Abu Bakar itu, sebenarnya Saidina Abu Bakar lebih tahu kerana beliaulah yang paling akrab dengan Nabi S.A.W. Saidatina Fatimah R.A mungkin “apple in the eyes” pada Rasulullah S.A.w. namun Abu Bakar R.A, bukan sekadar penasihat, namun lebih akrab daripada itu lagi.

Saidina Abu Bakar R.A bukan lagi BFF. Jika ada perkataan yang lebih mega, maka begitulah tingkatan keakraban mereka. Hinggakan di dalam al-Quran, Allah mengiktiraf persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Abu Bakar R.A. Boleh rujuk surah At-Taubah, ayat 40.

Nak katanya, hubungan mereka berdua adalah sangat-sangat rapat. Maka mustahil Abu Bakar tidak tahu apa pendirian sebenar Nabi S.A.W tentang tanah Fadak yang dituntut oleh Saidatina Fatimah itu.

Namun awas. Kisah ini sering disensasikan oleh golongan syiah untuk membunuh karakter Abu Bakar R.A. walhal hakikatnya bukan begitu. Mereka berdua sama-sama ahli syurga. Sama-sama berjiran dengan Nabi S.A.W di dalamnya. Khilaf antara mereka cuma hal kemanusiaan sahaja.

Begitulah rasanya manusia seperti kita, yang Nabi S.A.W entah mengaku umat atau tidak (nauzubillah).

Di dalam muamalat kita sesama manusia, kita kena ingat bahawa ada orang yang lebih berhak keatas kita.

Janganlah kata, “…Aku kawan dia sejak kecil, aku kenal dia lebih daripada kau”

Eh, belum tentu. Kau kawan dia saja. Kau tahu parutnya di mana? Kau tahu apa dia buat jam 3 pagi? Kau tahu apa yang yang dia ingin beli di Watson atau Guardian? Kau sanggup bersengkang mata menjaganya ketika dia sakit?

Janganlah juga kita mendabik berkata, “…Dia telah bersamaku sejak saiznya sebesar tapak tangan lagi”

Kalau betullah begitu, mengapa dia memilih untuk menikah dan mengejar bahagia jika bukan kerana fitrahnya tidak cukup dengan hanya memilikimu.

Hayati lirik lagu Saatnya Lafaz Sakinah nyanyian Kumpulan Far East,

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu.

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Point saya mungkin berterabur, ke sini dan ke sana.

Tapi saya cuma nak kata, bonding antara suami dengan isteri, walaupun mungkin tak sekuat bonding emak dengan anak, adik-beradik, atau kawan-kawan, namun bonding suami-isteri adalah paling unik.

Yang benar-benar kenal kita, cumalah si dia yang tidur sebantal, mandi sebilik, dan makan sepiring dengan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s