7 Karakter Kehidupan yang Simple

Semua orang mahukan kehidupan yang mudah. Tidak rumit, tidak juga penuh protokol. Kita mahu bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu atau pergi ke mana-mana saja yang kita rancang.

Namun kita perlu ingat, kehidupan yang ringkas bukan bermakna kita akan kalis ujian, tidak perlu berusaha, atau kebal daripada kegagalan.

Pernah suatu ketika, ada seorang yang alim datang berjumpa dengan sahabatnya. Dia terkejut melihat keadaan sahabatnya yang nampak tidak terurus dan melarat.

Dia bertanya, “Apakah yang menyebabkan keadaanmu begini?”

Jawab sahabatnya, “Kecintaanku kepada akhirat dan kebencianku kepada dunia menyebabkan aku tidak mahu lalai mencarinya”

Orang alim itu berkata, “Kamu benar. Tapi bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Mengapa kamu tidak mahu menjadi orang yang boleh memberi, sebaliknya menjadi orang yang menerima bantuan”.

Sahabatnya terdiam.

“Kamu telah menyedarkanku…”

Sebenarnya apa maksud sebenar easy life?

1. Perlu tetap berpendapatan.

‘Berpendapatan tetap’ dengan ‘tetap berpendapatan’ tidak serupa. Islam tidak menyuruh kita untuk punyai pekerjaan tetap, tetapi Islam menyuruh kita supaya berusaha dan tidak meminta-minta kepada orang.

Hinggakan Nabi S.A.W memuji orang yang masuk ke hutan mencari kayu, dan memotongnya lalu dijual sebagai kayu api. Berusaha dengan kudrat sendiri jauh lebih baik daripada meminta dengan manusia.

2. Bebas daripada pengaruh orang lain.

Kita semua suka bercakap-cakap, tapi bukan setiap cakap-cakap kita, praktikal dan bernas. Bila masuk musim semua orang menonton drama 7 Hari Mencintaiku, kita pun layan juga. Orang lain tukar perabot dan perhiasan baru, kita pun tak nak kalah. Akhirnya apa yang orang lain buat, kita nak buat.

Maka hidup kita sampai bila pun tak akan tenang. Kita akan penat untuk memuaskan hati orang. Buat apa sahaja, mesti ada yang tak betul. Akhirnya memakan diri kita sendiri.

3. Bebas hutang.

Jika terpaksa berhutang, maka pilihlah pinjaman islamik dan jangan lupa beli polisi perlindungan takaful untuk hutang-hutang kita. Mudah-mudahan jika mati mengejut, takaful boleh cover segala hutang dunia kita.

4. Bijak berbelanja

Berbelanja ikut keperluan dan kemampuan. Jangan menambah hutang. Beli sesuatu yang benar-benar diperlukan sahaja. Hutang ni ibarat air laut. Makin diminum, makin haus.

5. Menambah sahabat

Menjalinkan hubungan silaturrahim ialah suatu sangat elok dan dituntut. Bahkan dalam hadis disebut bahawa umur orang yang suka bersilaturrahim ini akan dipanjangkan Allah. Bila ramai sahabat, senang. Ada masalah, ramai yang boleh membantu.

6. Tidak bersengketa

Jika ada orang buat tak baik kepada kita, kita sabar. Jika tak mampu bersabar, kita jauhi manusia toksik begitu. Ingat kepada hadis Nabi S.A.W,

“…siapa yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di pihak yang benar, maka akan didirikan rumah baginya di pinggir syurga…”

7. Seimbangkan dunia dengan akhirat

Jika siang kita disibukkan dengan dunia, maka malam kita perlu ‘allocate’ masa urusan akhirat . Jangan terlalu gigih bekerja. Bab kerja ni, sampai mati pun tak habis.

Teladanilah sikap para sahabat Nabi yang digambarkan seperti singa di siang hari, tetapi seperti tikus di malamnya.
Ingat pesan Allah S.W.T dalam surah al-Qosas ayat 77

“Carilah apa-apa yang Allah berikan kepadamu untuk bekalan akhirat, tetapi jangan pula kamu lupa bahagianmu di dunia”.

Akhirat itu destinasi abadi kita. Rumah kita buat selamanya. Dunia cuma rumah tumpangan kita. Belum ada lagi manusia yang dikafan bersama tiang dan bumbung rumahnya. Tapi siapa kata kita tak boleh berseronok, berehat, dan bergembira di dalam rumah dunia kita sekarang?

Yang penting, sediakan bekalan. Keretapi yang membawa kita ke alam barzakh bila-bila masa sahaja akan meninggalkan terminal. Tiketnya dah pun dibeli, takut tuannya saja masih berdengkur lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s