Panduan Mengurus Kematian Ahli Keluarga

Saya pernah tulis di Facebook tapi tulisannya tak fokus. Jadi saya tulis lagi sekali dengan supaya ia lebih konstruktif.

Apabila berlaku kematian kepada pasangan, apa yang perlu anda lakukan?

1. Khairat Kematian

Ini perkara pertama dan paling mustahak. Selesaikan proses pengebumian jenazah. Hubungi kariah masjid anda. Ramai dalam kalangan kita tak pernah ambil peduli soal khairat kematian, apatah lagi nak mencarum. Nah, bila dah berlaku kematian, barulah tajam lidah kita menyindir orang masjid apabila mereka memberi ‘sebut harga’ kos-kos pengurusan.

2. Daftar Kematian

Pendaftaran kematian boleh dibuat di cawangan JPN. Namun seelok-eloknya, sebelum kematian didaftarkan, anda buatkan dahulu salinan IC arwah, kerana IC itu bakal diserahkan kembali kepada JPN.

3. Tutup akaun bank

Sebelum tutup akaun, keluarkan dahulu semua wang yang ada tapi syaratnya, anda perlu tahu nombor pin kad ATM. Jika tidak, boleh berurusan di kaunter, tapi ia akan mengambil masa sedikitlah.

4. Selesaikan hutang

Hubungi pihak bank yang arwah berhutang. Maklumkan kepada mereka, dan mereka akan memberi nasihat dan membantu anda untuk proses selanjutnya.

5. Tuntutan sumbangan khairat.

Jika arwah ada caruman ASB, atau pekerja sektor awam, anda layak membuat tuntutan pengurusan jenazah.

6. Tuntutan Insuran

Tuntutan perlu dibuat segera kerana proses pengesahan biasanya mengambil masa yang panjang. Antara bentuk takaful ialah, MRTT@MLTT bagi pinjaman perumahan, Auto-Life Insurance bagi pinjaman sewa-beli kenderaan, insuran bagi hutang kad kredit, dan juga insuran bagi pinjaman peribadi.

*Insuran : takaful

7. Urusan Pusaka Kecil

Bagi proses pindah milik dan faraid, waris perlu berhubung dengan unit pusaka kecil bagi mendapatkan surat kuatkuasa.

8. Bayarkan Hutang

Hutang yang saya maksudkan adalah hutang dengan kawan-kawan, seperti “main kutu”, hutang puasa (fidyah), zakat pendapatan bagi tahun-tahun yang lepas, bil telefon, dan lain-lain lagi.

Persediaan Sebelum Mati

Kematian ialah musibah terbesar yang berlaku kepada seseorang. Apa yang kita nampak, orang itu hanya hilang isteri, hilang suami, atau hilang anak.

Yang kita tak nampak adalah, orang itu kehilangan seorang teman rapat, pembantu yang setia, pengaman jiwanya yang lara, pemotret senyuman di wajahnya, dan pahlawan yang membanting keringat bagi keras memenuhi nafkahnya.

Maka, kita wajib berusaha mewariskan legasi terbaik kepada ahli keluarga kita. Tinggalkan kenangan yang baik-baik, memori yang indah-indah, dan harta yang halal, yang tidak direbutkan, dan tidak menjerut pasangan ke dalam lokap di langit.

Semulia-mulia mati syahid pun, jika berhutang, maka pahala syahid itu akan tertangguh.

Seperkara lagi, meninggalkan warisan terbaik juga adalah tuntutan dalam agama. Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis; “…kamu mati dengan meninggalkan harta kepada waris, adalah lebih baik daripada mati tanpa meninggalkan harta, agar mereka tidak perlu meminta-minta…”

Suka anak dan isteri kita meminta-minta?

Lantas, apa yang kita perlu persiapkan kepada mereka?

1. Hibah Takaful

Hibah adalah hadiah. Sebelum mati, jika kita tukar nama rumah kepada nama isteri, itulah hibah. Tukar nama kereta kepada anak, juga hibah. Namun, ada satu lagi bentuk hibah yang terpenting, iaitu dengan kita membeli sijil takaful yang bernilai enam hingga tujuh angka. Bukan nak kata duit itu segalanya, tapi selepas suami atau isteri kita mati, kita sangat memerlukan duit. Tidak seperti rumah atau kereta, bayaran hibah ini tidak perlu melalui proses perbicaraan mahkamah. Ia bukan harta yang perlu difaraidkan atau perlu ‘dicairkan’ dahulu.

2. Wasiat

Saya bukan maksudkan wasiat harta. Sebab wasiat bagi harta cuma 1/3 daripada keseluruhan harta, dan tidak terpakai kepada waris. Waris tetap perlu kepada faraid.

Wasiat yang saya maksudkan adalah wasiat kepada waris supaya jangan bergaduh, berpecah, dan bertegang urat. Sebagai contoh, jika saya sebagai suami, saya akan wasiatkan kepada isteri saya untuk menjaga anak-anak kami. Kalau dia ada keperluan untuk berkahwin semula, maka kahwin sahajalah. Kasihan kepadanya dan kepada anak yang masih kecil kerana tiada figur seorang lelaki di dalam keluarga.

Dalam al-Quran, wasiat yang baik ini dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam Surah Luqman, sepertimana pesanan Luqman al-Hakim kepada anakandanya supaya jangan sesekali mensyirikkan Allah S.W.T.

Akhir kata, sebagaimana kita berusaha menyediakan syurga untuk kita, persiapkanlah syurga buat orang-orang yang kita cinta. Mereka menderita kerana pemergian kita, dan akan lebih menderita jika kita pergi, tanpa khabar berita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s