Hilang Pekerjaan Bukan Hal Sepele

Saya membaca kes kematian seorang bekas juruterbang yang terjun dari kondominium miliknya, dengan penuh simpati.

Ada yang tanya saya, adakah saya kenal dengan mendiang. Tak. Saya tak kenal. Mungkin pernah berpapasan di dalam pesawat, tetapi tak pernah ada event yang dirakam di kotak memori.

Saya percaya, beliau telah berperang dengan jiwanya sendiri. Dan minggu itu, dia tewas. Jika pemenang akan mendapat habuan, orang yang tewas pula akan kehilangan sesuatu. Kali itu, yang hilang adalah nyawanya.

Saya sangat bersimpati.

Tapi begitulah hakikat penyakit jiwa. Jangankan orang lain boleh tahu, kadangkala kita sendiri pun tak tahu yang kita sedang berperang untuk kekal waras dan rasional.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu hilang pekerjaan. Saya sendiri, jika di tempatnya, saya pun tak tahu nasib saya bagaimana.

Hilang pekerjaan ni benda besar.

Tak sekecil slogan, “Tak apa, rezeki Allah besar”.

Cakaplah macam tu kepada orang yang baru kehilangan mata pencarian. Silap haribulan, mata engkau yang lebam.

Kebanyakan orang memang boleh survive kerana ada sokongan yang baik. Bayangkan pula kepada golongan ini:

  • Breadwinner
  • Ibu Tunggal/Bapa Tunggal
  • Orang yang mempunyai hutang yang banyak
  • Baru berkahwin
  • Baru mendapat cahaya mata
  • Pesakit kronik
  • Tinggal sebatang kara
  • Orang yang mempunyai skill dan pengalaman yang limited

Sebagai manusia, memanglah kita perlu berusaha. Tapi tak semua orang boleh menjadi seperti Zainudin yang HAMKA gambarkan.

Kebanyakan kita adalah Aziz, yang gagah ketika memiliki segalanya, namun rebah apabila kehilangan segalanya.

Justeru, bagi yang masih boleh mengekalkan perkerjaan anda, bersyukur dan lebihkanlah empati kepada orang.

Jika mereka disuruh untuk meyakini tentang keluasan rezeki Tuhan, kita juga perlu disuruh yakin, bahawa segala nikmat yang kita dapati hari ini, akan Allah soalkan.

Masih mengeluh dengan pekerjaan anda?

Cubalah menganggur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s