Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Usia 30 Tahun

Pertama sekali, perlu diingat bahawa setiap manusia tidak sama. Justeru apa yang senaraikan di sini bersifat umum dan general. Hakikatnya, keperluan setiap manusia itu berbeza-beza dan perlu diteliti secara ‘case by case scenario’.

1. Ilmu

Ada ilmu yang datang bersama sijil, ada ilmu yang datang tanpa sijil. Ilmu yang datang bersama sijil ini biasanya lebih bersifat teori dan ‘exam oriented’ tetapi ilmu tanpa sijil ini lebih bersifat praktikal. Hari ini manusia boleh mengenggam awan di angkasa pun kerana ilmu. Kalaulah bukan kerana Ibnu Firnas yang menemukan theory of flight, dan The Wright Brothers mencipta kapal terbang pertama, maka rasanya sampai sekarang manusia masih menyeberang Laut China Selatan dengan kapal layar.

Memetik kata-kata Saidina Ali R.A;

“Jika kamu mahukan dunia, carilah ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, carilah ilmu. Jika kamu mahu kedua-duanya maka carilah ilmu”

2. Pendapatan

Kita perlu tahu bezakan di antara ‘berpendapatan tetap’ dengan ‘tetap berpendapatan’. Berpendapatan tetap ni lebih rutin. Keluar pagi, balik petang. Hujung bulan, gaji masuk. Namun, apabila datang krisis seperti Covid-19 ni, mulalah kita tak senang duduk. Ada yang ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja, dan dibatalkan tempahan.

Kalau tetap berpendapatan pula, selalunya orang begini mereka lebih faham konsep rezeki dan usaha. Kalau usaha lebih, mungkin ada rezeki lebih. Otak mereka akan lebih ganas bekerja mencari lubang-lubang rezeki.

Nabi S.A.W menggambarkan mereka dalam sebuah hadis yang mafhumnya,

Orang yang keluar pada waktu pagi untuk mencari kayu dan memikulnya untuk dijual sebagai kayu api, adalah lebih baik daripada yang meminta-minta”

3. Simpanan

Semua orang tahu simpanan ini perlu. Kalau kita tanya pakar pengurusan kewangan, mereka akan berbeza pendapat tentang berapa banyak simpanan minimum yang kita perlukan. Ada kata 3 bulan gaji. Ada kata, 6 bulan gaji.

Yang penting, kita semua sepakat yang kita memerlukan simpanan untuk kegunaan di waktu kecemasan. Ini bertepatan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf A.S semasa baginda berdepan dengan krisis makanan dan kemarau yang panjang di negara baginda. Dalam surah Yusuf, dirakamkan financial intelligence Baginda ketika Baginda memerintahkan agar kerajaan membuat reserve terhadap bahan makanan dek kerana musim kemarau yang bakal menyelimuti negara.

4. Memiliki harta

Ini bukanlah sebuah kemestian pun. Jika dahulu, semua orang menggesa kita untuk cepat-cepat membeli rumah. Sebenarnya tidak ada sedikit masalah pun dengan menyewa bahkan kadangkala menyewa lebih menguntungkan.

Namun, macam saya kata tadilah, ini adalah nasihat secara umum. Kalau kita mampu, maka belilah rumah atau hartanah. Kalau tidak, janganlah mudah terikut-ikut dengan orang. Takut nanti terciduk.

5. Berkahwin.

Saya tak berani nak cakap panjang bab nikah kahwin ni. Jodoh itu datang pada momen yang tepat, bukan cepat. Cepat atau lambat bukan indikator bahagia. Ramai sahaja yang bahagia tanpa perkahwinan tetapi ada juga yang derita di dalam rumahtangga. Cuma itulah, kalau boleh, (sekali lagi: on case-by-case basis), segerakanlah bernikah. Antara manfaatnya yang saya boleh senaraikan:

  • Cepat dapat zuriat
  • Lebih terpelihara mata dan hati
  • Ladang pahala
  • Pintu rezeki
  • Networking yang lebih besar
  • Jaminan ketenteraman jiwa, ketenangan hati dan perasaan berkasih sayang
  • Ada teman untuk saling ‘menyusahkan’
  • Dan lain-lain

Bonus; 6. Upgrade diri.

Yang ini sebenarnya tak perlu tunggu 30 tahun. Setiap hari kita perlu upgrade diri. Hakikatnya, kita bukanlah menjadi semakin tua setiap hari. Kita cuma menjadi semakin hampir dengan mati. Kerana tua bukanlah kepastian sebaliknya mati, pasti. Ramai juga yang mati tanpa sempat menunggu tua. Justeru, jadilah orang yang sentiasa mempersiapkan kematiannya. Tinggalkanlah kenangan-kenangan yang baik, bukannya dosa-dosa yang tidak sempat dimaafkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s