Kecelaruan Berfikir Yang Menyebabkan Manusia Murtad.

Antara ancaman terbesar umat Islam adalah kelahiran ism-ism yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kita bukan bercakap tentang perbezaan antara aswaja dengan salafi. Yang itu pun masalah juga kerana aspek seperti al-Sawad al-A’zhom (kesepakatan ulama zaman berzaman) telah diabai dan dipandang ringan oleh sesetengah kita.

Tapi untuk hari ini, kita tidak bercakap tentang itu. Kita bercakap tentang murtad.

Gejala murtad ni berlaku sejak zaman dahulu lagi. Bukan sahaja hari ini.

1. Apa yang membuatkan orang murtad?

(i) Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj, umat manusia terbahagi kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama adalah orang-orang yang semakin bertambah kuat iman mereka. Contohnya, Saidina Abu Bakar R.A. Beliau mendapat gelaran ‘as-Siddiq’ kerana beliau tanpa teragak-agak terus menerima dan membenarkan peristiwa itu.

Tambah Saidina Abu Bakar R.A lagi, jika ada peristiwa yang lebih aneh daripada itupun, beliau masih akan tetap percaya tanpa sedikit pun ragu-ragu.

Kumpulan kedua ialah orang kafir yang semakin bertambah kekafiran mereka. Mereka mentertawa, mengejek dan memperolok-olok Baginda S.A.W.

Manakala kumpulan ketiga pula ialah sekumpulan orang Islam yang meragui kesahihan cerita Nabi S.A.W dan akhirnya kembali murtad.

(ii) Di dalam Perang Uhud, jumlah awal tentera Islam adalah seramai 1,000 orang. Namun, 300 orang munafik telah berundur dan kembali ke Madinah, dengan dipimpin oleh Abdullah Bin Ubay.

(iii) Nabi S.A.W pernah mengutuskan seorang lelaki bernama Ar-Rajal Bin Unfuwwah ke Yaman untuk berdakwah. Namun, di sana dia telah berpaling tadah dan terpesona dengan seorang pemimpin yang bernama Musailamah. Musailamah telah mengaku dirinya sebagai Nabi bagi penduduk Yaman. Dia juga digelar al-khazzab yang bermaksud pembohong. Kedua-dua mereka mati dibunuh dibunuh di dalam Perang Yamamah semasa zaman kekhalifahan Saidina Abu Bakar R.A.

Jika diperhatikan, gejala murtad ini berlaku sejak dari zaman Nabi S.A.W lagi. Bukan setakat itu, orang-orang yang melihat sendiri kebenaran Islam, bertentang mata dengan Nabi S.A.W, bahkan melihat sendiri susah payah Baginda Nabi, pun boleh murtad!

Hal ini kerana iman ialah krisis yakin. Ia bukan suatu yang boleh diada-adakan.

2. Bagaimana murtad terjadi?

Manusia boleh murtad melalui perbuatan, kepercayaan, dan percakapan.

Perbuatan: seperti sujud atau melakukan ritual ibadah agama lain, menghina al-Quran dan hadis dengan perbuatan, dan sebagainya.

Kepercayaan: menolak syariat yang umum seperti menolak kewajipan solat dan zakat, dengan anggapan “tak perlu”. Itu termasuklah juga kepercayaan bahawa semua agama adalah sama (pluraslime).

Percakapan: menuturkan perkataan yang syirik seperti menyamakan Allah dengan sesuatu, menghina sunnah atau syariat, dan mempersendakan hukum-hakam.

Akal vs Agama.

Ramai orang menjadi murtad kerana berlebihan menggunakan akal sehingga menolak wahyu. Dalam peristiwa israk-mikraj contohnya, peristiwa itu benar-benar berlaku sekalipun ia ‘seolah-olah’ tidak masuk akal.

Perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin biasanya mengambil masa selama 3 bulan. Namun, Nabi S.A.W menempuh perjalanan itu selama sedetik. Diceritakan bahawa tempat Baginda S.A.W berbaring itu masih lagi hangat semasa Baginda pulang daripada melawat langit ke tujuh.

Mengapa Baginda boleh menempuhi perjalanan 3 bulan dengan hanya beberapa saat sahaja?

Jawabnya adalah kerana Allah berkuasa melakukan yang demikian itu.

Allah S.W.T yang menciptakan masa. Sudah tentu Dia juga mampu untuk memberhentikannya. Tak susah pun bagi Allah S.W.T untuk melakukan demikian.

Bahkan Allah S.W.T boleh melakukan lebih lagi daripada itu jika Dia mahu.

Dia boleh memasukkan seekor unta ke dalam lubang jarum tanpa mengecilkan unta itu, atau membesarkan lubang jarum itu.

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan”, [Surah Al-A’raf, Ayat 40]

Bagaimana Dia buat?

Sudah tentulah Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Kita tak akan mampu berfikir. Kerana akal kita tak mampu mengatasi ilmu Allah S.W.T.

Kapasiti dan kapabiliti akal kita ini seumpama jari telunjuk yang dicelup di dalam air laut. Apa yang melekat pada jari kita, itulah sahaja kemampuan akal kita sedangkan ilmu Allah S.W.T, ibarat air laut dihadapan kita.

Ibarat kalkulator saitifik. Setiap kalkulator ada limit kepada berapa digit yang boleh dipaparkannya. Jika lebih daripada limit atau had itu, ia akan memaparkan angka 9,999,999 atau kod ‘syntax error’.

Kredit gambar: https://depositphotos.com/7959319/stock-photo-calculator-syntax-error.html

Sebagai contoh, 1,000,000 darab 1,000,000. Kita tahu jawapannya ialah 1 trillion, namun kalkulator itu hanya mampu memaparkan angka 9,999,999 sahaja. Bukan kerana tiada jawapan, tetapi kerana kemampuannya terhad kepada angka itu sahaja.

Begitulah adab kita terhadap perkara ghaib. Kita ini bodoh. Kita tak tahu apa-apa melainkan semuanya diberitahu oleh Allah.

Bahkan Nabi S.A.W pernah diturunkan wahyu melalui surah Luqman ayat 34, untuk menegaskan bahawa pengetahuan yang paling tepat tentang sesuatu hanyalah milik Allah S.W.T sahaja.

Benar, kita dimuliakan dengan akal. Kita diiktiraf sebagai sebaik-baik penciptaan (surah At Tin ayat 4). Namun, tolonglah sedar yang kita ini limited. Kita ini terbatas.

Janganlah kita menjadi hamba kepada akal sehingga kita menjadi murtad tanpa kita sedar. Takut-takut nanti kita akan diharamkan daripada mencium bau syurga selama-lamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s