Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan penularan gambar-gambar model busana pengantin yang bergambar di tanah perkuburan Kristian. Saya tertarik dengan komen-komen orang yang mengaitkan perbuatan itu sebagai “mencari kelaianan”. Jika diamati, rata-rata orang yang memperjuangkan agenda liberal, anarki, berfahaman sosialis dan seumpamanya adalah kerana mereka juga mahu mencari kelainan.

Nama-nama seperti Nukman Afifi dan Mariam Lee, adalah contoh aktivis liberal yang keliru dengan apa yang mereka perjuangkan. Sebagai contoh, Nukman Afifi mengkritik hukuman yang dijatuhkan kepada pelaku-pelaku gay, baru-baru ini. Padahal dalam kalangan pelaku tersebut, ada yang sudah berkeluarga, bahkan ada juga yang sudahpun bergelar bapa. Justeru adalah paradoks apabila hak untuk menjadi gay dipertahankan walhal lelaki gay itu telah mencemarkan hak-hak berkeluarga yang sah. Tidakkah aktivis gay itu pernah terfikir implikasi pelakuan homoseksual kepada institusi kekeluargaan yang sah. Bagaimana pula dengan penyiksaan emosi dan beban aib yang bakal ditanggung oleh isteri dan anak-anak pelaku homoseksual itu.

Begitu juga dengan Mariam. Gadis genit (bukan body shaming okey) mengumumkan kemunculannya di dalam ‘dunia rebel’ ini melaui cicipan (tweet) mengenai hak-hak golongan wanita yang sedang haid untuk makan secara terbuka, contohnya di dalam koc LRT. Malang sekali, bukan sahaja Mariam ditolak oleh golongan wanita muslimah, namun segelintir orang bukan Islam juga tidak bersetuju dengannya atas alasan perbuatan tersebut adalah tidak menghormati bulan Ramadhan.

Kontroversi itu dilakukannya semasa Mariam masih di dalam imej bertudung. Beberapa tahun lepas, Mariam sekali lagi cuba memprovok umat Islam dengan sebuah lagi posting ‘play victim’ dengan katanya, dia telah dihalau dari sebuah masjid oleh kakitangan masjid tersebut. Rupa-rupanya dia sengaja bergambar dalam pakaian yang mencolok mata, seksi dan dengan gaya yang sangat kurang ajar dan tidak sesuai untuk dilakukan di dalam rumah ibadat. Kebodohannya turut mendapat perhatian Alan Azlan, seorang peguam dan juga aktivis kemanusiaan.

“Dulu saya pun selalu pergi masjid”, tulis Mariam Lee kepada MalaysiaKini. Klik gambar untuk baca tulisan-tulisan berapi kolumnis ini.

Sebenarnya, perasaan “mahu mencari kelainan” ini bukan berlegar-legar dalam kalangan orang biasa dan aktivis sahaja, tetapi juga di dalam urusan beragama.

Sebagai contoh, perasaan mahu menjadi lain daripada yang lain telah menyebabkan kita meninggalkan fiqah Imam Syafie dan mengamalkan sesuatu yang kita tidak pernah belajar, sehingga kita bergaduh dengan orang lain. Sebagai contoh, di dalam tahiyyat akhir. Sejak kecil setiap kali kita bersolat, kita akan mengangkat jari telunjuk semasa membaca selawat. Suatu hari, kita lihat ada orang menggerak-gerakan dengan cara mengangkat dan meletakkan jari berulang kali. Kita kagum, lalu mengikutnya.

Begitu juga dengan hal membaca basmallah secara jahar di dalam solat berjemaah subuh, maghrib dan isyak. Kita tidak tahu pun asal usulnya, namun kerana seorang individu atau kerana kita pernah melihat perbuatan sebegitu, kita justeru mengikutnya dan meninggalkan bacaan basmallah secara kuat. Padahal, Syeikh Abdul Rahman As-Sudais semasa jaulah beliau ke Indonesia suatu masa dahulu, beliau membaca basmallah secara kuat semasa menjadi imam di sana kerana menghormati fiqah waqi’ atau amalan penduduk tempatan di situ.

Begitulah juga dengan amalan sambutan maulid Nabi S.A.W. Sambutan Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang terpuji, bebas daripada elemen syirik dan bukan bida’ah yang menyesatkan. Namun, sekelompok manusia entah mengapa, cukup anti dan benci dengan sambutan ini sedangkan di dalam masa yang sama, perbuatan maksiat yang lebih terbuka dan besar-besaran, diredhai (atau tidak pula dikecam secara terbuka juga).

Sikap inferior dan apologetik mereka kepada amalan tradisional dan jati diri bangsa melayu, ditambah pula dengan perasaan mahu menjadi kelompok yang baharu, menyebabkan mereka bermudah-mudahan menuduh orang lain sebagai pelaku bid’ah. Manakala dirinya kononnya pengamal sunnah sejati.

Sikap sebegini telah mengorbankan banyak ukhuwah dan merugikan umat Islam secara kolektif.

Benar, bergambar di kuburan orang Kristian bakal menyebabkan ketegangan antara agama. Namun, bercanggahan dengan uruf juga boleh mencetuskan ketegangan yang serupa.

Biarkanlah orang Malaysia bermazhab dengan Imam Syafie secara damai. Jangan menghasut mereka supaya mempersoalkan Imam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s