Gejala Default Opinion dan Double Standard Yang Meruncing

Ada sebuah artikel berbahasa Inggeris yang saya baca beberapa hari lepas, dan isinya sentiasa melekat di dalam kepala hingga ke hari ini.

https://stepfeed.com/double-standards-in-the-muslim-world-the-mo-salah-edition-0473

Apa yang ditulis itu sebenarnya agak kontroversi. Jadi sebelum saya ulas apa-apa, penting untuk saya tegaskan bahawa saya bukan seorang feminis, jauh sekali mempertikaikan hukum.

Di dalam artikel tersebut, subjek yang dibincangkan ialah seorang bintang bola sepak dari Mesir yang sedang bermain dengan kelab Liverpool, iaitu Mo Salah. Di dada-dada akhbar dan tabloid, rata-rata komen yang diberikan kepada Mo Salah adalah kononnya beliau ialah contoh seorang muslim yang ideal. Pujian kepada beliau bukan hanya diberikan oleh peminatnya sahaja, tetapi juga daripada golongan agamawan. Nama Mo Salah juga sering disebut-sebut sebagai ikon dakwah terutamanya selepas ramai warga Britain yang memeluk agama Islam kerana terinspirasi olehnya.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang beliau kerana tahun lepas, saya pernah menulis artikel khas yang memuji beliau.

Saya mahu menarik perhatian kita kepada isu yang lebih besar iaitu sikap pilih kasih di dalam berhukum. Di dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil “double standard”.

Sikap pilih kasih ini berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja. Namun, ia paling ketara berlaku kerana perbezaan gender di antara lelaki dengan wanita. Contoh yang paling utama adalah, majoriti kita merasa ‘sakit hati dan geram’ apabila segelintir kaum wanita membuka aurat. Namun, apabila lelaki tidak menutup aurat mereka, kita tidak merasakan apa-apa pula.

Di dalam acara sukan khususnya, seperti di dalam acara renang, kita merungut apabila anak-anak gadis ini berpakaian renang yang terdedah di sana sini, namun kita tidak terganggu pula dengan pakaian atlet lelaki yang hanya berseluar dalam.

Sikap selektif di dalam berhukum akan menjadikan kita semakin dekat dengan kezaliman. Perkara yang sama juga berlaku di dalam politik. Ketaksuban kita dengan lambang dan warna parti, menyebabkan kita sering lantang menghukum orang yang tidak sehaluan dengan kita tetapi hanya tak berkutik apabila kesalahan yang sama dilakukan oleh rakan-rakan daripada blok kita.

Sebenarnya, kecenderungan kita untuk menghukum orang dan melepaskan diri (tidak menghukum diri sendiri atas kesalahan yang serupa) adalah suatu sikap buruk yang semua orang miliki. Begitu juga dengan perasaan ‘benar’ walaupun sudah dipersembahkan dengan hujah, data, dan bukti. Setiap manusia memiliki ‘default opinion’ mereka, yang mana otak mereka akan bekerja keras mencari alasan termasuklah dengan cara memutar belit fakta, semata-mata mahu memuaskan ‘default opinion’ mereka.

Sebagai contoh, bagi hipotesis “lelaki wajib menutup aurat mereka”, bagi orang-orang yang tidak mempunyai penyakit jiwa, mereka akan segera akur (comply). Sebaliknya bagi manusia yang mempunyai ‘default opinion’ yang salah, mereka akan bersilat lidah, dengan hujah-hujah tidak masuk akal seperti ”wanita kena tutup aurat dulu sebab dalam al-Quran ada ayat khas pasal jilbab” atau ”kalau lelaki pakai seluar pendek pun tak ada siapa pun yang akan ghairah tetapi kalau perempuan pakai seluar pendek, ramai yang akan bernafsu”, dan sabagainya.

Itulah juga yang berlaku kepada golongan perokok, terutamanya pengguna rokok elektronik seperti vape. Datangkanlah hujah apa pun, pasti mereka akan menyangah. Terdahulu tular (viral) di Facebook tangkap layar (screenshot) perbualan di antara seorang pengguna vape, yang mana dia telah menulis equation sains dan kimia bagi meyakinkan temannya bahawa vape tidak merbahaya.

Jikalau semua kita ikhlas menerima kebenaran, sudah tentu tidak akan wujud golongan anti-vaksin, pro-choice dan seumpanya. Namun, kewujudan golongan yang suka mencari ‘alternate evidence’ memang telah lama, lebih-lebih lagi di zaman kebanjiran maklumat ini. Manusia tidak akan berhenti berhipoletikal kerana sememangnya akal sifatnya percuma dan tiada had.

Cuma, perlu diingat yang seseorang yang intelektual adalah ‘tuan’ keatas akalnya, dan bukan ‘hamba’ kepada ideanya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita sama-sama mengurangkan retorik dan bersikap kurang dramatik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s