Buku-buku Yang Wajib Dibaca Sebelum Tua

Kita sering mendengar keluhan kononnya bangsa kita pemalas dan tidak suka membaca. Sebenarnya ‘malas’ hanyalah salah satu punca. Sebenarnya banyak lagi punca yang menyebabkan kadar membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

Kajian pada tahun 2014 daripada Perpustakaan Negara Malaysia mendapati secara purata, rakyat Malaysia membaca lebih kurang 15 buah buku setahun. Data ini seakan-akan berlawanan atau kontra daripada klaim dan tuduhan awal kita kononnya rakyat Malaysia malas membaca kerana 15 buah buku setahun bukanlah jumlah yang sedikit.

Negara India contohnya, adalah negara yang rakyatnya paling banyak membaca. Orang dewasa di India menghabiskan secara purata 10 jam dan 42 minit setiap minggu untuk membaca. Ini adalah sebuah pecapaian yang hebat bagi sebuah negara yang mempunyai kadar buta huruf yang masih tinggi (hanya 74% rakyat negara itu tahu membaca).

Tidak hairanlah dalam keadaan negaranya miskin, buta huruf dan dhaif, kerajaan India lebih komited dan bersedia untuk meneroka angkasa lepas. Contohnya, pada 22 Julai 2019 lepas, roket Chandrayaan-2 telah berjaya berlepas dari Stesen Udara Sriharikota. Projek yang menelan belanja £ 116 million ini disasarkan untuk mendarat di kutub selatan bulan. India mahu menjadi negara keempat selepas Soviet Union, Amerika Syarikat dan China, yang melancarkan roket buatan mereka ke bulan.

Di negara seperti India, buku-buku dijual di mana-mana. Para penjaja di kaki lima menjual buku-buku yang diciplak tanpa mengamil berat tentang hak reka cipta. Juteru, sebuah buku yang berharga ratusan rupee di kedai-kedai buku terkemuka, dapat ditemui di kaki lima dengan harga beberapa puluh rupee sahaja.

Orang mungkin tak perasan, tetapi sebenarnya isu harga buku juga adalah antara tembok terbesar yang menghalang orang daripada membeli dan membaca buku.

Saya pernah mengeluh akan hal ini selepas membeli sebuah buku dengan harga lebih daripada RM 20, tetapi isi kandungannya tidak setanding dengan harganya. Ini ditambah pula dengan usaha-usaha mengubah imej buku-buku sebagai ‘hipster’. Seperti teh ais yang berharga RM 2 di kedai mamak, teh ais yang serupa dijual dengan harga berlipat kali ganda di kedai-kedai ‘hipster’ dengan nama ‘boba’.

Begitulah juga buku. Ada buku yang ditulis oleh ‘orang terkenal’ yang kadangkala, cuma dua atau tiga patah ayat sahaja dalam setiap muka surat!

Selain daripada evolusi (yang bersifat regresif) kepada industri buku, kelahiran ‘e-book’ dan ‘audio book’ juga adalah salah satu penyebab orang ramai tidak lagi membeli buku fizikal. Namun, itu bukan isu selagi mana kita membaca.

Selain itu, kita juga tidak gemar membeli dan membaca buku kerana wujud kepercayaan karut kononnya jika kita membaca buku tanpa guru, kita sebenarnya sedang berguru dengan syaitan. Ini bukanlah hadis atau athar sahabat sebaliknya ini hanyalah amaran daripada ulama’ agar kita berjaga-jaga dan berwaspada.

Sesetengah orang, kerana sudah membaca, mereka meninggalkan tradisi berguru. Akhirnya apa yang dia fahami daripada pembacaannya adalah meleset dan terserong daripada kenyataannya yang sebenar.

Akhir sekali, jika kita bimbang dengan tabiat membaca yang rendah ini, usahakanlah untuk, 1. Menjadi pembaca yang lebih konsisten, 2. Mewujudkan tulisan, esei atau buku yang menarik untuk dibaca, atau 3. Memberi cadangan atau maklum balas (feedback) kepada penulis-penulis agar mereka lebih faham akan selera dan keupayaan membaca masyarakat awam.

Kita boleh menjadi seperti Greta Thunberg, timbulkan kesedaran dan ‘adressing’ sesuatu isu dan masalah, tetapi apakah solusi yang kita mampu bentangkan?

Dalam hal ini, apakah ‘viagra’ paling berkesan untuk menaikkan keghairahan dan nafsu kita untuk membaca dan meninggalkan mentaliti ‘pramatang’, “panjang sangatlah, lukis boleh tak?”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s