Tiada Suatu Kehidupan Pun Yang Tidak Salah.

Di dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad’, Robert Kiyosaki menyeru supaya pemuda-pemuda mula melibatkan diri di dalam dunia pelaburan dan hartanah pada usia muda kerana orang muda mempunyai tempoh ‘recovery’ yang lebih panjang dan berkesan berbanding dengan orang tua jika mereka melakukan kesilapan yang serupa.

Hakikatnya, pelaburan yang merugikan bukan sahaja wujud di dalam kewangan tetapi juga di dalam kehidupan. Setiap hari, kita disuruh untuk membuat keputusan. Daripada sekecil-kecil urusan seperti memenuhi selera makan, sehinggalah kepada urusan yang besar seperti pemilihan jurusan di IPT, pekerjaan, dan pasangan hidup.

Sepanjang saya hidup, saya telah melakukan banyak keputusan yang saya kesali. Tetapi banyak juga yang saya berbangga dengannya.

Saya tidak mahu membuka pekung bercerita satu per satu. Namun, tujuan yang lebih utama adalah untuk memberi kesedaran kepada pembaca bahawa kita sebenarnya sedang memperjudikan nasib kita dengan keputusan kita, setiap hari.

Antara sebab mengapa manusia hilang pertimbangan dan salah percaturan adalah:

1. Nafsu

Kita seringkali memilih sesuatu yang menepati nafsu kita. Bila makan, kita mahu yang sedap-sedap sahaja. Bila disuruh memilih jurusan pengajian, kita mahu yang mudah-mudah sahaja. Jika disuruh memiliki pekerjaan, kita mahu yang bergaji besar sahaja, dan jika diminta untuk memiliki pasangan hidup, kita akan meminta yang cantik-cantik sahaja.

Nafsu seringkali memerangkap kita. Pandangan kita akan dikaburkan sehingga kita cuma mampu melihat apa yang berada di depan mata tetapi tidak apa yang dibelakangnya. Kita tak nampak cabaran dan ujian yang menanti. Segala keindahan dan fantasi yang disajikan oleh nafsu menjadikan kita tidak bersiap-sedia untuk menghadapi senario yang paling buruk yang bakal kita hadapi.

Ramai orang gagal bukan kerana diuji, tetapi kerana tiada persediaan untuk diuji.

2. Terburu-buru.

Hakikatnya, manusia memang dilahirkan dengan sikap ini. Oleh kerana itulah, Nabi S.A.W menegur manusia dengan mengatakan sikap ini adalah sikap yang diwarisi daripada syaitan. Sedangkan lawan kepada terburu-buru ialah bertenang, dan bertenang ini adalah sikap malaikat. Sama seperti nafsu, sikap terburu-buru ini akan mengkaburkan pandangan hati kita.

Tanpa berfikir panjang, kita menyambar satu peluang yang ada walhal banyak lagi pintu yang terbuka untuk kita. Akhirnya, peluang yang kita ambil itu bukan sahaja tidak menguntungkan bahkan merugikan kita. Padahal jika kita meluangkan sedikit masa untuk berfikir dan berbincang, kita boleh mendapat sesuatu yang lebih baik dan berkualiti.

3. Tiada Perancangan Hidup.

Bukan semua orang mempunyai perancangan di dalam hidupnya. Padahal mempunyai perancangan yang rapi dan tersusun ini adalah sangat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita sebagaimana kata Saidina Ali R.A, “Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan haq yang tidak tersusun”.

Kegagalan kita meletakkan matlamat hidup menjadikan kita tidak bermotivasi dan tidak bersemangat untuk membuat perubahan kepada hidup. Kita berasa gembira dengan sebuah kehidupan yang statik. Hinggakan selepas dunia ini habis diterokai orang, barulah kita berkesedaran untuk bangun daripada tempat kita berbaring.

Nabi S.A.W adalah seorang manusia yang mempunyai visi yang sangat jelas. Ini boleh dilihat seawal tahun-tahun pertama Islam diutuskan dengan kata-kata Baginda kepada malaikat penjaga bukit,”Sekalipun mereka menolak seruanku, aku yakin anak cucu mereka akan beriman kepadaku juga nanti”.

Sikap optimistik Nabi S.A.W ini diteguhkan lagi dengan anjuran Baginda S.A.W kepada kita dengan sabdaan, “Jika kamu meminta syurga, mintalah Jannatul Firdaus (syurga yang tertinggi”.

Benar, kita perlu bersyukur dengan yang sedikit. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu mencapai yang banyak.

Kesimpulan.

Aim big and work for it.

Selarikan di antara matlamat yang baik dengan cara yang baik bagi mendapatkannya. Jangan terlalu kesal dengan kesilapan-kesilapan lalu kita.

Hidup ini tiada butang ‘restart’ seperti di dalam permainan video. Oleh itu, penting untuk kita sedar bahawa satu keputusan yang kita buat hari ini, mungkin mempunyai kesan yang selama-lamanya kepada kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s