Nota Kemenangan Buat Penyokong The Toon Army!

Kemenangan Newcastle United keatas kelab gergasi Manchester United ahad lepas telah mendapat liputan yang sangat meluas daripada media tempatan dan antarabangsa. Pendapat jujur saya selaku peminat Newcastle United, perlawan malam itu bukanlah aksi terbaik daripada dua-dua belah pihak. Kedua-dua pihak tidak banyak menyerang dan lebih banyak bergantung kepada kemampuan teknikal individu. Larian-larian solo dan deras daripada pemain-pemain Newcastle United adalah kunci kepada kemenangan pasukan yang pernah beberapa kali tersingkir daripada liga utama dunia ini.

Sebenarnya, perlawanan malam tadi mendapat liputan yang meluas kerana;

1. Kedua-dua kelab ini sedang bergelut dengan prestasi. Newcastle United berada di tangga ke-17 liga dengan cetakan gol terendah di dalam liga, dengan hanya 7 gol sahaja. Lebih buruk, di dalam perlawanan sebelum itu, Newcastle United telah dibelasah oleh Leicester City dengan jaringan 5-0. Justeru, sekalipun prestasi Manchester United buruk, namun mereka sebenarnya mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang pada malam itu.

2. Barisan tengah Newcastle United direncanakan oleh adik-beradik Longstaff yang masing-masing masih terlalu muda terutamanya penjaring gol kemenangan malam itu, Matthew Longstaff. Matt Longstaff (19 tahun) dan abangnya Sean (21 tahun) adalah produk akademi Newcastle United. Lebih indah buat Matt, pelawanan itu adalah penampilan sulung beliau di dalam pasukan senior. Di dalam penampilan sulungnya, beliau sudah berjaya mencetak gol kemenangan buat kelab.

3. Perlawanan ini juga membuktikan bahawa pengurus Newcastle United, Steve Bruce sebenarnya masih mampu menyusun tektikal dan keputusan yang waras. Antara perkara yang bijak beliau lakukan adalah dengan memasukkan pemain ‘wing back’ dari Amerika Syarikat, De Andre Yedlin. Untuk formasi 5-2-2-1 berkesan, pasukan itu memerlukan ‘wing back’ yang cukup mantap untuk bertahan dan berkemampun untuk menyerang.

Steve Bruce juga membuat pertukaran awal dengan memasukkan Andy Caroll seawal minit ke-55. Walaupun Caroll tidak memberi impak segera, namun kemasukannya bagi menggantikan Joelinton yang langsung tidak berkesan pada malam itu, ternyata berjaya menaikkan dan membakar lagi semangat rakan sepasukan.

Seperkara lagi yang wajar diberikan kredit adalah kesanggupan Steve Bruce untuk merehatkan pemain senior yang gagal beraksi dengan baik, Jonjo Shelvey. Shelvey adalah bekas pemain antrabangsa England dan juga merupakan pemain yang menerima gaji terbanyak di dalam pasukan iaitu sebanyak 70,000£ seminggu.

4. Newcastle United adalah kelab yang miskin. Mereka jarang berbelanja besar di dalam jendela perpindahan. Namun, di dalam jendela perpindahan yang lalu, kelab ini telah membeli penyerang Brazil dari kelab Jerman, TSG Hoffenheim dengan rekod kelab iaitu 40 milion £. Di dalam sukan bola sepak era moden, 40 milion £ adalah amaun yang sangat kecil bagi sebuah kelab EPL. Seperti Manchester United yang dikawal oleh David de Gea yang berharga 18.9 milion £ (tahun 2011 punya harga) dan Harry Maguire yang berharga 80 milion £, mereka seharusnya malu kerana gawang mereka telah dibolosi seorang ‘budak kecil’ yang belum pun mempunyai kontrak dengan pasukan senior.

Sebenarnya, selain daripada kemenangan ahad lalu, ada dua lagi kemenangan yang lebih manis yang dikecapi oleh kelab dengan jolokan The Toon Army ini. Pada 04 Januari 2012, Newcastle United pernah menang selesa 3-0 dengan gol jaringan Demba Ba, Cabaye dan gol sendiri daripada Phil Jones. Sebelum itu juga, Manchester United pernah kalah 5-0 dengan pengurus United sekarang, Ole Gunnar Solksjaer berada dalam pasukan United yang dibelasah itu.

Kedua-dua Newcastle United dan Manchester United adalah kelab bola sepak lagenda di Eropah. Cuma penyokong Newcastle United ini sudah biasa ‘bersembunyi di dalam gua’ dan hanya keluar apabila menang sekali sekala, tidak seperti penyokong Manchester United yang baru nak belajar-belajar ‘hidup di dalam gua’.

Howay the lads!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s