Suami Yang Dibanggakan Nabi

Saya faham jika ada perempuan ‘perasan’ kononnya mereka dipinggirkan oleh agama. Sangkaan ini pun bukannya sebuah serkap jarang. Ada asasnya. Jika kita membenam mata dan telinga kita cukup jauh ke dalam masyarakat, kita pasti boleh melihat di mana kegobrokan ini. Sayang sekali, kita terlalu idealis sehingga kita menafsirkan kebenaran secara salah.

Wanita adalah mangsa birokrasi sosial. Di mana-mana sahaja, orang akan bercakap tentang masalah wanita. Semua benda tidak kena dengan penampilan mereka. Memakai warna gelap, dituduh syiah. Memakai warna terang, dituduh mahu mengurat lelaki. Memakai yang jarang, dituduh jalang. Memakai yang menutup, dituduh berfikiran tertutup.

Wanita juga sering disuruh memikul dosa lelaki. Kata-kata mereka sering dianggap bohong dan alasan. Jeritan dan tangisan mereka pula sering dipekakkan, manakala ketegasan mereka akan diertikan sebagai kurang ajar.

Mengapa perkara begini berlaku? Bukankah Allah S.W.T menyintai hamba-hambaNya diluar batas gender dan tidak membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W juga adalah pelopor kepada perjuangan membela hak wanita.

Jawapannya Adalah Lelaki.

Lelaki pada zaman Baginda S.A.W tidak loser seperti lelaki di zaman kita, baik yang berpangkat ustaz mahupun berjawatan pengarah.

Lelaki pada zaman Nabi S.A.W benar-benar berfungsi sebagai pelindung kepada wanita. Mereka memelihara maruah wanita, sehingga boleh menjadi sebab berperang. Pada zaman dahulu, ada seorang wanita muslim yang diusik oleh orang-orang Yahudi Bani Qainuqa. Mereka mengejek dan menganggu perempuan itu hingga terselak hijab wanita itu dan menampakkan auratnya.

Perkara itu dilakukan di kawasan terbuka iaitu di pasar. Ia adalah daylight crime. Sebelum itu yahudi Bani Qainuqa ini juga mempunyai reputasi sebagai pengkhianat, mungkir janji, dan gunting dalam lipatan. Apabila sampai ke telinga Rasulullah S.A.W akan pembulian itu, Baginda S.A.W melancarkan perang kepada Bani Qainuqa. Yahudi ‘bangsat’ ini dihalau keluar daripada Madinah.

Sebaik-baik Suami.

Nabi S.A.W sangat menitik beratkan hubungan di antara suami dan isteri. Suami disuruh untuk berbuat baik kepada isteri sebagaimana sabdaan Baginda yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu, adalah yang paling baik dengan ahli keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada ahli keluargaku“.

Suatu hari, Nabi S.A.W didatangi oleh pemuda yang meminta izin untuk berzina. Permintaan itu mengejutkan para sahabat yang berada di sekeliling Baginda. Ada yang mengetap bibir, geram dengan permintaannya yang kurang ajar itu.

Nabi S.A.W tenang. Baginda sekadar bertanya, “Apakah pendapatmu jika saudara perempuanmu berzina dengan orang lain”. Lelaki itu jujur mengatakan bahawa dia tidak rela. Baginda S.A.W menghancurkan keinginan pemuda tadi dengan ledakan bom yang lebih besar, “Apakah pendapatmu jika ibumu dizinai oleh orang lain?”.

Lelaki itu terus terdiam, tidak mampu membayangkan betapa remuknya hati jika kelakuan sejijik sebegitu berlegar di dalam keluarganya.

“Nah. Begitulah juga perasaan mereka!”

Dalam bahasa urban, kita panggil ini sebagai ‘psiko’ namun sebenarnya ini adalah empati. Rasulullah S.A.W mengajar pemuda itu empati di dalam tindakan.

Tudung.

Wanita pada zaman ini rasa terperangkap kerana mereka selalu ‘dibebel’ dan diremehkan kerana penampilan. Saya tidak berhajat untuk bercakap soal tudung lagi kerana dalam polemik tudung ini, pendirian saya tidak pernah berubah.

Saya bekerja di syarikat multinasional. Justeru saya faham benar posisi tudung dalam diri wanita.

Kerjaya.

Wanita mahu masyarakat tahu yang mereka juga mempunyai impian dan cita-cita. Bukan semua orang mahu menjadi suri rumah. Ramai juga yang mahu membina karier. Namun, mereka sanggup melupakan jawatan dan gaji besar, kerana mahu memberi fokus kepada rumah tangga.

Perkara ini sering diremehkan oleh suami. Contoh terdekat ialah apa yang menjadi punca pergaduhan pasangan selebriti. Wajarkah si suami hanya memberi wang belanja RM 500 sahaja sebulan?

Ramai netizen menyuruh perempuan itu bersyukur. Tidak kurang pula ada yang menambah ‘lauk-pauk’ dengan berkata, “Kalau bekas suami aku beri RM 500 sebulan, aku dah bersyukur dah woi”.

Eh, engkau pun minta cerai…

Anak-anak

Bukan semua anak dianggap sebagai rahmat. Ada juga yang dianggap sebagai musibah. Tak percaya? Lihatlah betapa mudahnya remaja kita membuang bayi. Ditinggalkannya di depan surau, di muka pintu rumah orang, bahkan di dalam longkang. Ada yang dibuang bersama-sama nota meminta maaf. Katanya sayang, tetapi tak boleh nak jaga.

Mujurlah ada aktivis seperti Syed Azmi dan pusat perlindungan kepada remaja-remaja ini. Terkawallah sedikit jenayah ini. Apabila berlaku sebegini, kita jarang sekali menunding jari kepada lelaki. Siapa bapa kepada bayi itu? Paling penting, siapa bapa remaja perempuan yang hamil itu?

Saya pernah menonton dokumentari ‘teenage mother‘ di Filipina. Di wilayah-wilayah miskin, bilangan remaja yang sudah bergelar ibu ini sangat ramai. Ada yang baru berusia 13 atau 14 tahun tetapi sudahpun bergelar ibu. Kesemua mereka gagal menjawab soalan ‘siapa bapa bayi itu’. Menyedikan, bukan.

Adakah kita mahu anak-anak kita menjadi begini?

Mahkamah Syariah

Wanita juga sering beranggapan bahawa mereka bukan sahaja dipukul oleh suami, tetapi mereka juga ‘dibelasah’ oleh undang-undang. Saya tak berani nak komen bab itu kerana ia diluar kemampuan dan bidang saya. Saya cuma boleh memberi nasihat:

  • Jangan berkahwin dengan lelaki panas baran. Panas baran lelaki ini, samasa couple pun boleh nampak dah. Masih ingatkah kita lagi dengan kes pelajar IPT yang mati dikelar di leher oleh teman lelakinya semasa mereka berdua-duaan di dalam kereta teman lelakinya. Mayat budak perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja.
  • Lelaki jika marah dengan isteri, jangan sesekali gunakan kekerasan fizikal. Ambik kunci motosikal, tidurlah di masjid. Mengadu kepada Allah S.W.T yang isteri anda telah melukakan hati anda.
  • Jika pasangan sudah tidak tahan dan tiada lagi penyelesaian, maka bercerailah dengan baik. Sebagaimana kalian bernikah dengan senyuman, bercerailah dengan aman damai juga. Walaupun anda akan menjadi penambah statisik penceraian di Malaysia, setidak-tidaknya anda melakukan perkara yang betul.

Iddah.

Ini pun masalah juga. Tujuan iddah ini bukannya untuk menghukum wanita tetapi untuk menjaga keperluan emosi wanita itu. Hari ini, praktis iddah memang sudah dilupakan. Masih adakah wanita yang berkabung selama 4 bulan 10 hari selepas kematian suami? Jarang-jarang. Yang menjadi calon dan berkempen untuk PRK pun ada (beberapa tahun lalu).

Justeru, wanita perlu besarkan hati dan menganggap itu adalah ujian Allah S.W.T.

Rezeki.

Percaya atau tidak, kaum lelaki bertanggungjawab untuk mencukupkan keperluan utama wanita. Ini jelas dalam hubungan suami-isteri. Kita panggil sebagai nafkah. Namun, di dalam kes kematian suami, nasib balu masih lagi terbela. Ini dipanggil pusaka. Antara sebab adik beradik suami diberikan hak pusaka adalah untuk menjaga keperluan balu dan anak-anaknya yang sudah menjadi yatim itu.

Praktis yang salah tentang pengurusan pusaka ini bukan hanya menjadi dosa kepada adik beradik lelaki-lelaki si mati (termasuklah datuk atau ayah si mati), tetapi juga menimbulkan banyak masalah lain terutamanya kepada anak-anak si mati. Justeru KAU, bila dapat harta warisan, jangan meloncat dahulu. Jaga wanita-wanita yang sudah jatuh ditimpa tangga ini.

Aktiviti

Perempuan juga selalu rasa dizalimi kerana sikap suami yang tak mahu berkongsi tanggungjawab. Suami bebas keluar melepak dengan kawan-kawan. Isteri pula terperangkap dengan anak-anak.

Justeru, suami yang baik bukan sahaja sentiasa bersama keluarganya, tetapi juga memberikan isterinya ‘me time’ yang bermanfaat dan mengembirakan. Jangan hanya fikir kita sahaja mahu ‘me time’. Isteri kita pun sama. Apa kata sekali-sekala bawalah isteri ke pasaraya dan ucapkan mantra ini, “Just pick anything you want”.

Komfem isteri akan bertambah sayang!

“Me time” terbaik sebenarnya adalah dengan memberi isteri masa untuk beribadah dengan setenang-tenangnya di masjid. Kadangkala kita tak perasan. Kita pergi solat di masjid, anak-anak ditinggalkan di rumah. Isteri sedang sujud, anak panjat belakang. Isteri duduk tahiyat awal, anak berbading di atas riba. Paling sedih, baru sahaja mengangkat takbir, anak sudah memanjat meja, mengacah mahu terjun.

Kesimpulan

Saya suami, tetapi saya tidak akan memenangkan para suami. Lebih-lebih lagi, ini bukan sebuah pertandingan. Kita sebenarnya sangat jauh jika mahu dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W. Kita patut malu dengan Baginda, dan lebih malu lagi jika terdetik di hati kita, isteri kita bukanlah seperti Siti Khadijah pun.

Ada hati nak bandingkan isteri kita dengan isteri Nabi konon.

Isteri adalah ikutan agama suaminya dan kitalah pendidik di dalam rumah tangga.

Oh ya, ada sebuah filem Inggeris yang sangat bagus yang boleh kita ambil pengaran. Tajuknya Tully. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang ‘nightime nanny’ berjaya menyelamatkan sebuah keluarga terutamanya si ibu daripada stress yang berlebihan dek menjaga tiga orang anak termasuk seorang anak autistik dan juga seorang bayi. Agak menghiburkan dan membuka mata terutamanya bab suami yang balik kerja, penat, dan mahu berehat- apa dia fikir isterinya tak perlukan rehatkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s