TIPS MENGHANTAR KARYA RUNCITAN ATAU ECERAN

Penulis: Rozalia Rajali.

Emel: rozaliarajali@gmail.com

Ceritanya begini. Ada kalangan rakan-rakan yang menulis santai-santai meminta perkongsian cara untuk menghantar karya tersebut ke media. Kita faham bahawa tidak semua orang boleh terus menulis sebuah buku sempurna. Ada yang bekerja keras untuk menulis walau hanya sebuah sajak, cerpen atau artikel. Jadi, bagaimana mahu menerbitkan hasil penulisan tersebut?

Jadi, di sini saya kongsikan sekadar yang saya tahu dan berdasarkan pengalaman saya.

1. Kita boleh hantar ke majalah, akhbar atau laman yang menerima atau menawarkan ruangan untuk sumbangan karya daripada orang awam. Mula-mula, kenal pasti sasaran untuk menghantar karya. Baca dahulu dua tiga keluaran untuk mendapatkan konsep terbitan mereka.

Pastikan hari apa, ruangan apa, ada syarat-syarat khusus atau tidak, karya genre apa yang mereka terima.

2. Setelah mengenal pasti sasaran yang kita hendak hantar karya, jangan terburu-buru dahulu. Sila selidik selera editor ruangan tersebut.

Hal ini penting kerana, betapa baik sekalipun tulisan seseorang tetapi selera pembaca berbeza. Bagaimana hendak tahu selera editor?

The power of stalking!

Pertama, baca dahulu karya yang tersiar. Sedikit sebanyak kita tahu apa yang editor mahu. Kedua, cuba ikuti akaun media sosial editor tersebut. Secara tidak langsung kita tahu bahan bacaannya, apa kesukaannya pada karya yang dibaca. Tapi jangan jadi psiko pula. Lihat dan nilai sekadarnya sahaja.

3. Seterusnya ialah cara untuk menghantar karya kita. Semak semula sasaran kita itu sama ada menerima karya secara emel atau salinan keras. (Kebanyakan media mutakhir memang menerima karya melalui emel).

Kemudian, dapatkan emel editor atau emel khas bagi ruangan tersebut. Tetapi ingat! Jangan hantar karya dalam emel. Hantar dalam lampiran dan JANGAN HANTAR EMEL KOSONG. Beri kata alu-aluan sedikit dan kalau perlu, sertakan sekali biodata ringkas berserta cara untuk menghubungi penulis.

4. Selepas itu, apa tunggu lagi? Hantarlah! Pesan saya, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi. Ini percubaan pertama, bukan? Tenang.

5. Lagi satu, perlu sabar menunggu karya tersiar. Ada sesetengah majalah atau akhbar akan membalas emel kita untuk memaklumkan bahawa karya kita sudah diterima tetapi ada juga yang tidak membalas.

Ada juga yang akan balas hanya jika karya tersebut memenuhi syarat untuk disiarkan. Itupun kena tunggu lagi. Ada ramai penulis yang hantar.

Sabar…

Biasanya majalah atau akhbar akan memberi masa dalam 3 @ 6 @ 9 bulan. Sekiranya karya tidak tersiar dalam tempoh tersebut maknanya tidak berjaya. Kita boleh juga menghubungi editor selepas tempoh tersebut untuk memastikan status karya sama ada diterima atau tidak.

6. Walaubagaimanapun, jika karya tidak terpilih, saya berharap rakan-rakan akan terus mengirimkan karya pada masa akan datang. Jangan berputus asa.

Rozalia Rajali
Penulis Iseng-iseng
#inginjadikaktus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s