Nabi Muhammad S.A.W Adalah Seorang Feminis

Saya mempunyai banyak sebab untuk percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang pejuang feminis. Feminisme adalah satu terma yang merujuk kepada suatu gerakan bersifat politikal, eknomikal dan kultural yang mempunyai dua misi utama, mewujudkan hak yang sama di antara lelaki dengan wanita, dan melindungi hak-hak wanita.

Mendapat Hak Yang Sama.

1. Agama Islam muncul pada tahun 610. Pada tahun itu Eropah sedang berpecah dan diperintah oleh kerajaan-kerajaan monarki yang saling berperang.

Di Constantinople (Turki moden), Heriklius (atau Heraclius) bersama-sama bala tenteranya telah menyeberangi Selat Bhosporus lalu menyerang ibu kota Empayar Rom itu serta berjaya membunuh pemerintah agungnya yang bernama Phocas. Heriklius mengambil alih empayar Rom dan menukar bahasa rasminya daripada bahasa latin kepada bahasa yunani.

Dalam kerajaan Visigotic di Toledo (Sepanyol Tengah) pula, Raja Witteric yang bermazhab arian telah dibunuh oleh sekumpulan ekstrimis bangsawan yang bermazhab katolik dalam sebuah majlis makan malam. Tubuhnya ditanam tanpa sebarang upacara penghormatan dan tampuk pemerintahan diambil alih oleh salah seorang pembunuhnya iaitu Gundemar, yang memerintah selama 2 tahun daripada tahun 610 sehingga 612.

Baik di jazirah (wilayah) Arab mahupun di Eropah, wanita pada waktu ini tidak mempunyai hak di dalam masyarakat. Di Eropah, wanita-wanita ini sering dituduh melakukan aktiviti sihir dan akan dibakar hidup-hidup. Di arab pula, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana kepercayaan karut berkenaan dengan rezeki.

Jika anda pernah menonton filem Hansel and Gretel, anda akan tahu betapa mudahnya masyarakat Eropah menuduh seorang wanita melakukan aktiviti sihir lalu membakar mereka hidup-hidup tanpa perbicaraan.

Namun, selepas kemunculan agama Islam, amalan-amalan kuno, regresif dan barbarik seperti menanam perempuan hidup-hidup terus dihapuskan. Sebaliknya di Eropah, amalan membakar wanita yang didakwa terlibat dengan ilmu hitam terus berlaku dengan mangsa terakhir yang direkodkan bernama Janet Horne pada tahun 1727 di Scotland.

2. Nabi S.A.W sangat menggalakkan kaum wanita untuk belajar dan menuntut ilmu. Buktinya adalah isteri Baginda S.A.W sendiri telah menjadi sumber rujukan yang terulung. Kaum wanita pada zaman Baginda S.A.W terkenal dengan sifat malu mereka tetapi tidak dalam soal ilmu. Mereka tanpa segan silu akan bertanya kepada Rasulullah S.A.W atau mewakilkannya soalan mereka kepada Saidatina Aisyah R.A. hinggakan Saidatina Aisyah R.A mengiktiraf mereka sebagai ‘sebaik-baik wanita’.

Kesungguhan menuntut ilmu dalam kalangan wanita juga dibuktikan dengan terbinanya universiti pertama di dunia yang bernama Universiti Al-Qarawiyyin. Universiti ini diasaskan oleh seorang wanita bernama Fatimah al-Fihri. Universiti yang dibina oleh sarjana dalam bidang fiqh dan hadis ini bukan sahaja menjadi pusat pengajian agama lslam, tetapi juga menjadi pencetus kepada penemuan-penemuan di dalam bidang fizik, matematik, dan sains. Ia bukan sahaja menjadi pusat tumpuan orang Islam, bahkan raja-raja daripada Eropah turut menghantar pembesar-pembesar mereka untuk mencedok mutiara ilmu di sana.

Ironinya, ketika Madame Curie diangkat menjadi ikon wanita kerana kejayaannya menemui unsur radium pada tahun 1902, Fatimah al-Fihri sebenarnya telah terlebih dahulu mencipta sejarah di dalam dunia intelektual dan aktivisme. Sayangnya, nama Fatimah al-Fihri jarang sekali diperkatakan, tidak seperti Madame Curie yang mendapat anugerah nobel atas penemuannya.

3. Rasulullah S.A.W juga telah menghapuskan sistem perhambaan secara berperingkat. Kita tahu, wanita seringkali menjadi mangsa eksplotasi terutamanya bagi tujuan seks. Amalan memiliki hamba ini telah wujud sejak zaman berzaman dan telah berakar umbi di dalam masyarakat arab. Justeru, tindakan mengharamkannya secara mengejut juga bakal mendatangkan masalah kepada kedua-dua pihak, baik tuan ataupun hamba.

Selain anjuran untuk memerdekakan hamba secara sukarela, memerdekakan hamba juga digazetkan sebagai salah satu bentuk hukuman atau denda kepada beberapa bentuk kesalahan di dalam agama.

Manakala di Eropah, amalan perhambaan ini direkodkan berlaku sehingga abad ke-12 dengan Dublin mencipta populariti sebagai pusat pedagangan manusia (human trafficking) di Eropah Barat. Wanita dan kanak-kanak adalah bahan jualan yang sangat laris suatu masa dulu. Mujurlah England menjadi negara pertama yang mengharamkan aktiviti pemerdagangan manusia ini pada tahun 1102. Secara tidak langsung, ia memberikan tekanan dan membantutkan urus niaga ini sebelum ia terhapus sepenuhnya beberapa tahun kemudian.

Melindungi Hak-Hak Wanita.

1. Nabi S.A.W cukup sensitif dengan hak wanita. Di dalam khutbah terakhir Baginda pada tahun 10 hijrah, Baginda memperingatkan kaum muslimin untuk menunaikan hak kaum wanita.

2. Nabi S.A.W pernah didatangi oleh seorang suri rumah (bernama Hindun R.A) yang mengadu tentang suaminya yang kedekut. Baginda mengizinkan beliau mencuri wang suaminya bagi tujuan memenuhi keperluan hidupnya.

3. Sebelum kedatangan Islam, hanya anak lelaki yang boleh mewarisi harta pusaka. Namun, Islam telah membetulkan praktis ini, dengan anak perempuan juga sudah boleh mewarisi harta pusaka bapanya.

4. Seorang sahabat wanita yang berstatus janda bernama Khansa’ telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W tentang bapanya yang memaksanya untuk berkahwin walaupun dia enggan. Baginda S.A.W memintanya untuk membuat keputusan dan dia teguh dengan keputusannya untuk menolak. Keputusannya itu dihormati dan diterima oleh Baginda S.A.W.

5. Gerakan feminisme di barat mempunyai tiga fasa. Gelombang pertama muncul pada awal abad ke-19 dengan 3 perjuangan utama iaitu hak untuk mengundi, hak di dalam klausa kontrak, dan hak untuk memiliki hartanah.

Hak untuk memiliki hartanah ini telah lama diberikan di dalam Islam. Antara kisah yang direkodkan adalah persengketaan di antara Saidina Said Bin Zaid R.A dengan seorang wanita yang bernama Arwa Binti Aus. Arwa telah memfitnah Said Bin Zaid R.A mengambil sebidang tanah miliknya. Perkara ini dinafikan oleh Saidina Said Bin Zaid R.A. dan kes ini telah diadili oleh gabenor Marwan Bin al-Hakam.

Apa yang saya tuliskan ini hanyalah hasil pembacaan saya. Apa yang saya perhatikan, perjuangan golongan feminis pada hari ini telah terlalu jauh menyimpang daripada matlamat asalnya.

Baginda S.A.W bersungguh-sungguh mahu agar wanita menjadi golongan yang dihormati dan disayangi. Sebaliknya golongan feminis pada hari ini cuba mewujudkan imej wanita sebagai kumpulan yang perlu digeruni dan dijauhi.

Naratif kononnya wanita ditindas dan menjadi mangsa diskriminasi agama, adalah sebuah tuduhan simplistik yang berniat jahat. Justeru, jika kita benar-benar mahu menjadi seorang feminis, jadilah seperti Rasulullah S.A.W.

Usahlah kita menjadi rebellious dan menyerang ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Percayalah, apa yang telah ditetapkan, itu adalah yang lebih baik.

Sumber:

1. http://www.aroundtheworldineightyyears.com/viking-dublin/
2. http://www.gender.cawater-info.net/knowledge_base/rubricator/feminism_e.htm
3. https://m.hidayatullah.com/artikel/tsaqafah/read/2015/02/28/39653/hak-hak-wanita-dalam-islam.html
4. http://ahmadraje.blogspot.com/2012/04/hadis-sahih-bukhari-berkaitan-haid.html?m=1

One thought on “Nabi Muhammad S.A.W Adalah Seorang Feminis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s