PS One, ‘The Grandfater’ Kepada Konsol Permainan Video

Saya rasalah, suatu kerugian bila budak-budak zaman sekarang sudah tidak lagi bermain video game. Pada pandangan saya, bermain permainan video adalah 1,000 kali lebih baik daripada ‘bermain’ tik-tok, Tumblr, WeChat, Telegram dan juga Twitter. Konten pornografi di dalam aplikasi tersebut adalah terlalu luas dan kadang kala, sulit. Ibu dan bapa ingatkan anak-anak mereka sekadar ber-IG live, tetapi rupa-rupanya anak mereka mengakses kepada perkata-perkara yang erotik.

Sekali lagi, semua ini adalah berpunca daripada jurang teknologi di antara ibubapa dengan anak-anak.

Zaman saya remaja dahulu, kanvas saya banyak diwarnai dengan bermain permainan video PlayStation One (PS One) atau nama kodnya, PsX. PS One telah dipasarkan sejak tahun 1995 dan hanya berhenti dipasarkan pada bulan March 2006. PS One adalah antara permainan konsol video yang paling popular dan terlaris, dengan 102.49 milion unit telah terjual di seluruh dunia.

Banyak game yang menarik yang saya masih ingat dan teringin untuk bermain semula. Game-game seperti Pro Evolution Soccer, Tekken, Metal Slug, Crash Bandicoot, dan Tony Hawk Pro Skater adalah game yang epik. Namun, ada beberapa game yang saya sangat enjoy bermain.

1. Digimon World 2

Ini adalah sekual kepada siri pertamanya, Digimon World. Konsep permainan ini adalah hybrid dan mirip kepada Pokemon. Saya menyukai konsep mengangkap digimon yang kita suka. Di dalam permainan tersebut, kita boleh memberi hadiah sebagai umpam. Hadiah yang paling hebat adalah ‘toy plane’ kerana ia barang gred A dan boleh mengumpan semua jenis digimon.

Selain itu, kita juga boleh melakukan digivolve kepada digimon kita, dan DNA digivolve iaitu dua ekor digimon akan dicantumkan menjadi seekor digimon yang lebih kuat. Cuma kekurangannya adalah, jika kedua-dua ‘parent’ Digimon itu adalah di tahap champion (tahap kedua), maka digimon yang lahir adalah satu tahap dibawah, iaitu rookie. Tidak seperti Pokemon yang hanya mempunyai dua hingga tiga bentuk evolusi, Digimon boleh digivolve beberapa tahap daripada rookie, champion, ultimate sehinggalah tahap terkuat iaitu mega.

Digivolution ini juga kadang-kala tidak tepat dan annoying. Contohnya Patamon pada level 11, akan digivolve menjadi Ninjamon. Sepatutnya Patamon menjadi Angemon. Walau bagaimanapun, saya tetap terhibur dengan permainan ini kerana misinya yang mudah iaitu menjadi penjaga (guardian) di ‘alam digi’ dan menumpaskan evil digimon.

Selain Digimon World 2, saya juga bermain permainan Digimon World 3. Walaupun grafiknya jauh lebih cantik dan jalan ceritanya lebih menarik, saya tetap merasakan Digimon World 2 adalah permainan Digimon yang terbaik pernah dihasilkan di platform PSOne.

2. Suikoden II

Saya tak pernah bermain Suikoden I jadi saya tak tahu adakah ini sekual ataupun bukan. Suikoden II adalah sebuah lagi permainan daripada genre rpg (role-playing game). Di dalam permainan itu, kita memegang watak sebagai seorang pahlawan yang terlibat dalam peperangan di antara dua buah kerajaan.

Permainan ini mirip dengan sebuah lagi permainan rpg iaitu Final Fantasy. Apa yang saya paling suka dengan permainan ini adalah kita boleh merekrut hero-hero yang ada, menyusun strategi, dan menggunakan kelebihan-kelebihan yang mereka miliki. Atara plot twist di dalam permainan ini adalah, Jowy iaitu kawan baik karakter hero akan membelot dan Nanami, iaitu kakak kepada karakter hero akan mati kerana melindungi hero.

3. Harvest Moon: Back To Nature

Siapa tak tahu game Harvest Moon? Inilah antara game paling ikonik dan menjadi revolutionary kepada permainan video yang ada hari ini. Hay Day, Farmville dan Township, semuanya adalah permainan yang mempunyai konsep yang hampir serupa.

Abang sulung saya pernah mengejek, “Eh, apalah main tanam-tanam pokok ni”. Dia tak tahu, adik bongsunya bukan setakat menjadi ‘petani’, tetapi juga pengembala, pelombong, nelayan, peniaga, dan juga ‘orang kampung’ yang semua ‘orang’ hendak jadikan sebagai menantu.

Permainan ini adalah menggunakan simulasi sebenar dengan masa, musim, tarikh dan festival-festival yang sebenar. Cuma kecepatan masanya sahaja tidak sama. Saya cukup teruja dengan konsep memberi hadiah, mengorat dan berkahwin dengan salah seorang watak gadis di dalam permainan ini. Jika tak silap, saya ‘berkahwin’ dengan Popuri, iaitu gadis berambut merah jambu yang merupakan anak kepada ‘taukeh’ ayam.

Sebenarnya ada banyak lagi game yang boleh dimasukkan dalam senarai ini. Antaranya ialah Dino Crisis, Resident Evil, Silent Hill, WWF, Monster Fishing, dan King Of Fighters (KOF). Kesemuanya adalah kenangan indah zaman remaja saya.

Cuma, zaman ‘bermain game’ bagi saya sudah lama berlalu. Semakin menganjak usia, semakin banyak keinginan yang kita perlu korbankan. Bukan bermakna kita sudah tidak memerlukan hobi, sebaliknya jadikan hobi kita sebagai hobi yang lebih bermanfaat.

Mungkin dalam kalangan pembaca yang mempunyai kenangan manis bersama konsol PS One. Kongsikanlah di ruangan komen.

One thought on “PS One, ‘The Grandfater’ Kepada Konsol Permainan Video

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s