LAE alien.

Puas saya berteka-teki, kenapa ‘budak-budak’ intern/latihan industri/ on job training (OJT) kurang ghairah dan tidak fokus untuk belajar. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai inisiatif sendiri untuk bertanya soalan dan menawarkan diri untuk melakukan kerja.

Selepas berbual dengan beberapa orang pelatih, tahulah saya rupa-rupanya mereka takut untuk ‘hands-on’ kerana bimbang jika mereka akan melakukan kesilapan.

‘Rome wasn’t built in a day’.

Saya pun pernah melakukan kesilapan semasa menjadi pelatih dahulu namun itu tidak mematahkan semangat saya dan kawan-kawan untuk belajar dan volunteer bagi melakukan sesuatu pekerjaan.

Kisah Pertama.

Minggu pertama saya dan kawan-kawan menjejakkan kaki di hangar MAS, kami ditempatkan dalam kumpulan kecil seramai 6 orang di line 11. Antara kerja yang mula-mula diberikan oleh Lead Engineer kami adalah untuk memasang panel lantai (floor board) di dalam kompatmen elektronik (atau juga dikenali sebagai avionic bay).

Saya terpinga-pinga, tak tahu di mana lokasi avionic bay itu. Ketika itu, pesawat yang berada di Line 11 ialah pesawat Boeing 737-800 milik Spice Jet dengan nombor pendaftaran VT-SPM. Saya ingat lagi kerana ia adalah ‘live aircraft‘ pertama yang saya hands-on pada tahun 2010.

Saya ingatkan saya dan kawan-kawan sahaja yang terpinga-pinga, rupa-rupanya Lead Engineer yang memberi arahan tadi pun sama. Dia pun tidak menyangka yang perkara paling asas seperti lokasi avionic compartment pun kami (pernah) tidak tahu!

Walau bagaimanapun, kerja itu tetap selesai dengan bantuan seorang juruteknik yang menunjukkan kami lokasinya dan turut meminjamkan kami screw driver untuk menjayakan ‘misi pertama’ kami.

Kisah kedua.

Saya ingat lagi pada tahun 2011 – 2012, saya pernah praktikal dengan pesawat jenis ATR 72. ATR 72 adalah pesawat turboprop. Pesawat jenis ini lebih kecil tetapi menggunakan bilah propeller yang besar. Ketika sedang memasang suatu barang di dalam kabin, saya telah membuat satu kesilapan. Barang-barang di dalam kabin biasanya bersifat kosmetik, iaitu tidak mempunyai impak kepada keselamatan penerbangan sebaliknya lebih kepada keceriaan dan keselesaan penumpang.

Semasa memasang suatu panel (tak ingat barang apa), saya telah mematahkan satu scew kerana ‘over torque‘. Saya bimbang jika LAE yang menjadi menjadi supervisor saya akan marah, sebaliknya dia terus mengajar dan hanya menasihati saya agar lebih berhati-hati dan sensitif. Barang-barang yang bersaiz kecil memang mudah rosak dan pecah jika dipasang dengan terlalu keras atau ketat.

Itulah kesilapan pertama yang saya pernah lakukan.

Kisah Ketiga.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2013, iaitu 5 atau 6 bulan sebelum saya mendapat lesen jurutera saya. Ada seorang LAE menyuruh saya untuk menukar satu komponen di bahagian enjin. Mungkin kerana mahu menguji dan mahu melatih saya berdikari, dia cuma memberi arahan dan alat ganti (spare). Selebihnya, semuanya saya perlu buat sendiri.

Memandangkan saya tidak pernah membuat kerja ini, maka saya pun meminta bantuan dua orang senior (juga pelatih) untuk membantu menjayakan misi ini. Proses buka dan pasang (removal/installation) lancar tanpa berlaku kesilapan. Namun, barang lama yang rosak itu tidak diuruskan dengan baik oleh saya.

Walaupun saya sudah 3 tahun praktikal di MAS, saya masih tidak familiar dengan prosedur mendokumentasi dan menghantar barang yang sudah rosak. Selama beberapa hari, barang itu saya simpan di pejabat hinggalah Lead Engineer ketika itu terjumpa barang rosak yang telah saya tukar itu.

Dia sangat marah dan kata-katanya yang saya masih ingat sampai sekarang adalah, “Takkanlah sampai sekarang tak reti-reti lagi nak ‘u/s’ kan spare!”.

‘U/S’ itu merujuk kepada perkataan inggeris unserviceable, iaitu prosedur untuk menghantar sesuatu barang yang rosak ke stor atau stesen repair.

Mujur jugalah dia menengking. Jika tidak, sampai bila-bila pun saya tak akan belajar. Saya akui saya salah. Sepatutnya jika saya tak tahu, saya bertanya dan bukannya mendiamkan diri. Tak ada benda yang hendak dimalukan pun. Bertanya bukan petanda bodoh. Bertanya adalah petanda kita mahu belajar!

Sebenarnya ada banyak lagi cerita-cerita yang saya mahu kongsikan tetapi cukuplah yang ini dulu. Saya cuma nak tekankan bahawa LAE-LAE yang ada pada hari ini, adalah pelatih-pelatih hari kelmarin.

Mereka juga bodoh, tak tahu, blurr, dan membuat silap dahulu. Jika ada antara LAE ini garang dan tegas dengan kita, itu bukanlah bermakna mereka tidak mahu mengajar kita.

We can tolerate incompetency, but we can never tolerate your bad behavior.

Jika pada zaman kami dahulu, kami selalu komplen yang LAE tidak accept dan ignore kami, tetapi hari ini, kamilah yang di ignore kan oleh pelatih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s