Ibu Bapa Derhaka

Saya pernah melihat seorang ibu yang sedang menghantar anaknya ke sekolah agama KAFA. Ibunya tidak bertudung dan berambut perang. Bajunya pula ketat dan berseluar jeans. Sebelum anaknya masuk ke pagar sekolah, anaknya yang berbaju kurung dan bertudung itu mencium tangannya. Ibu muda itu lalu menguncup pipi dan dahi anaknya dan berpesan kepada anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh.

Tolong jangan prejudis.

Ibu muda tadi adalah bayangan diri kita sendiri. Sebagai ibu atau bapa, kita mahukan segala yang terbaik untuk anak kita. Kita mahu anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Kita mahu mereka pandai bersolat, pandai mengaji dan mempunyai akhlak yang baik.

Tidak ada seorang ibu atau bapa pun mahu anaknya bersikap kurang ajar, kasar, mencarut, mencuri, terlibat dengan perbuatan lucah dan tidak senonoh, dan seumpanya. Kita semua mahu anak kita baik.

Kita bangga jika ada orang yang memuji anak kita dan kita malu jika anak kita terlibat dengan perbuatan yang buruk. Namun, kita terlupa untuk bertanya, adakah kita ibu yang baik? Adakah kita bapa yang baik?

Hari ini, di pasaran, ada banyak sekali buku berkenaan dengan keibubapaan terjual. Ada yang ditulis oleh mereka yang bergelar doktor falsafah dan ada juga yang mengungguli carta ‘best seller’. Bagi yang berkemampuan, elok sangatlah jika mereka membaca buku-buku seperti itu.

Cuma kalau boleh diringkaskan, tolong beri perhatian kepada 5 perkara berikut:

1. Jaga Mulut Di Depan Anak.

Anak-anak tidak bercakap ‘the bad words’. Mereka cuma cakap ‘the heard words’. Seperti span yang menyerap cecair, begitulah mereka mencerap maklumat. Perkataan negetif seperti ‘bodoh’ dan ‘gila’ hanya akan keluar daripada mulut anak-anak sekiranya ibu atau bapanya terlebih dahulu menuturkannya.

Kadangkala mereka sendiri tidak faham apa maksud ‘bodoh’ dan ‘gila’ itu hinggakan apabila marah, merajuk, dan kecewa sahaja, terus sahaja terlepas perkata-perkataan sebegitu.

2. Apa Yang Berkesan Kepada Kita, Belum Tentu Berkesan Kepada Anak Kita.

Ini adalah kesilapan kritikal ibu dan bapa. Mungkin semasa kita kecil, rotan kecil milik ayah kita berjaya menakutkan dan mendisiplinkan kita. Namun, atas beberapa faktor, rotan yang sama memberikan kesan yang berbeza. Jika dahulu, selepas dirotan, kita akan sedih tetapi jika hari ini anak kita dirotan, mereka sebenarnya berdendam dan memberontak.

Kata Saidina Umar R.A, “Didiklah anak kamu sesuai dengan zamannya”. Sekarang adalah zaman digital dan bukan lagi zaman analog. Justeru, ibubapa perlu satu langkah lebih maju di dalam dunia siber berbanding anak-anak kita.

Contoh paling mudah adalah gejala ‘budak twitter’. Ramai dalam kalangan kita yang ‘bitter‘, prejudis, stereotaip, dan memandang sinis kepada remaja-remaja kita hari ini. Kita mengeluh kerana ‘budak twitter’ ini selalu kering dengan adab hinggakan untuk menghantar resume pun mereka tidak reti. Bahkan dengan orang tua dan bakal majikan pun mereka tidak tahu bagaimana mahu memposisikan diri.

3. Jangan Bermaksiat Di Depan Anak

Maksiat ini general. Setiap perkara yang salah dan berdosa adalah maksiat. Justeru mustahil ada orang yang langsung tidak bermaksiat. Kita manusia biasa bukannya malaikat. Namun, apabila sudah bergelar bapa dan ibu, kita perlu lebih berjaga-jaga. Setiap tindak tanduk kita diperhati dan ditiru.

Contohnya, jika kita membuka aurat, maka anak-anak kita juga lebih suka membuka auratnya. Jika kita panas baran dan sering meninggikan suara, anak-anak pun sama. Jika kita merokok, anak-anak kita pun akan merokok juga suatu hari nanti.

4. Beri Makanan Yang Halal Dan Baik.

Persoalan ‘toyyib’ ini sering diabaikan. Anak-anak kita tak kenal pun gula-gula, jajan, atau minuman berkarbonat. Kitalah yang memperkenalkan makanan-makanan tidak sihat itu kepada mereka. Sebaliknya, jika kita memperkenalkan makanan-makanan yang baik kepadanya, sudah tentu mereka akan terbiasa dengan makanan yang baik dan sihat.

Seperti mana yang isteri saya selalu cakap tentang anak kami, “Tak perlu kesian pun bang. Nanti bila dia dah besar, dia akan ada keinginan sendiri untuk makan apa yang dia nak. Masa dia kecil lagi ni biarlah kita ajar dia untuk makan makanan yang sihat”.

5. Luangkan Lebih Banyak Masa Bersama Mereka.

Ramai orang-orang yang lebih tua yang anak mereka sudah pun besar, mengeluh, “Alangkah eloknya kalau dulu aku spend lebih banyak masa dengan anak aku”.

Kadang-kadang anak tidak akan cakap, dan kita pun tidak akan perasan. Kita sentiasa mempunyai sebab (atau alasan) untuk mengabaikan mereka. Yalah, mungkin ketika itu kita sedang berada di kemuncak karier. Kita bekerja bertungkus lumus, mencari rezeki yang akhirnya untuk mereka juga.

Tapi itulah… Pandai-pandailah mencari peluang. Jangan sampai hati anak-anak sudah menjadi keras, tawar dan terluka, kerana hati anak-anak yang terluka sangat sukar untuk sembuh.

Kata RAIHAN… iman tak dapat diwarisi, ndari seorang ayah yang bertaqwa.

Tetapi adakah kita ini ayah yang mewariskan iman?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s