Lelaki Baik Yang Sering Di-Friend Zone.

Saya sebenarnya kasihan kerana masih ramai sahabat kita yang single. Bukannya tak mahu bernikah, tapi calonnya belum ada. Bila handsome, tak baik pula. Bila dah baik, tak handsome pula!

Post ini khas buat perempuan-perempuan bujang (single ladies) di luar sana, supaya mereka lebih tahu bagaimana mahu memposisikan ‘baik’ kepada lelaki kerana baiknya seorang lelaki tidak serupa dengan baiknya seorang perempuan.

1. Dalam perkahwinan, 10% adalah cinta dan 90% adalah tanggungjawab. Awal-awal berkahwin, suami pergi ke bilik air sekejap pun isteri dah rindu. Tapi bila dah lama kahwin, suami tak balik ke rumah pun tak apa, asalkan dia beri duit belanja.

2. Jangan bertanding tentang tanggungjawab siapa lebih besar kerana kedua-duanya besar. Semuanya akan dihisab oleh Allah S.W.T di akhirat nanti.

3. Bagi kaum wanita, belum bertemu jodoh adalah lebih baik daripada bertemu dengan jodoh yang salah. Bayangkan jika bertemu suami yang pemarah, kaki pukul, penagih dadah, pervert, dan lain-lain. Sebelum kahwin memanglah nampak yang elok-elok saja. Mana ada orang yang nak tunjukkan sisi buruknya sebelum kahwin.

4. Kehidupan seorang isteri adalah berkhidmat kepada suami. ‘Kunci syurga’ anda sudah berpindah milik daripada bapa anda kepada suami anda saat lafaz nikah menjadi sah. Jadi carilah lelaki yang anda yakin anda boleh berkhidmat kepadanya dengan ikhlas. Anda bukannya hamba, tetapi anda ialah permaisurinya.

Saya percaya bahawa cinta sejati bukannya lahir dari mata tetapi dari hati. Dengan siapa kita jatuh cinta, itu bukannya suatu kebetulan atau random event!

Menghampiri zaman ‘kereta terbang’ ni, nak cari lelaki yang baik itu bukannya mudah. Jika ada pun, mungkin dia tidak berminat kepada anda. Sudah tentulah mereka lebih layak dengan perempuan-perempuan lebih alim dan jauh lebih baik, kan?

Mari bersandar kepada dunia sebenar. Realiti yang pahit adalah lebih baik daripada fantasi yang manis.

Lelaki baik untuk dijadikan suami adalah;

1. Wajib bersolat 5 kali sehari semalam. Zaman sekarang nak jumpa orang yang benar-benar menjaga solat punyalah susah. Tapi kalau dia boleh menjaga solatnya, maka sudah tentu dia boleh menjaga anda nanti.

2. Suka hadir ke majlis agama. Seorang lelaki tu tak perlu alim. Yang dia perlukan adalah keinginan untuk belajar. Jika ke majlis ilmu pun dia tidak suka, bagaimana dia mahu mempunyai ilmu untuk membimbing anda dan bakal anak-anak nanti.

3. Dia tidak bercakap yang lucah (termasuklah dalam mesej whatsapp, facebook, dan akaun media sosial lain). Bezakan antara lelaki yang menghormati perkahwinan dengan lelaki yang menganggap perkahwinan hanya untuk menghalalkan zina.

4. Dia sedia bertemu dengan ibubapa anda secepat mungkin, bukannya asyik beralasan. Pertama, boleh tahu dia komited atau tidak. Kedua, anda boleh menilai setakat mana dia menghormati ibubapa anda.

5. Perhatikan layanannya kepada ibubapa dan adik beradikya. Jika dia mesra, rapat, dan baik dengan keluarganya, itu petanda awal rumahtangga yang terkawal, tersusun, dan rukun.

6. Dia memiliki sumber pendapatan. Konsepnya begini, dia tidak perlu berpendapatan tetap, tetapi dia perlu tetap berpendapatan. Bermakna, dia wajib memiliki semangat yang tinggi untuk mencari nafkah yang halal, tak kisahlah kerja apa sekalipun.

7. Perlu tahu taraf kesihatannya juga. Antara tujuan perkahwinan juga adalah untuk melahirkan zuriat keturunan yang soleh-solehah, supaya nanti bila kita mati, ada juga orang yang ingat dan mendoakan kita. Justeru, perlu tahu jika dia mempunyai penyakit kronik atau penyakit keturunan, supaya kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan rawatan awal. Bab penyakit ini pun salah satu punca penceraian juga, jadi jangan kita mengambil mudah soal kesihatan.

8. Dengar baik-baik apa yang dia sering bualkan. Pastikan ‘zikirnya’ bukan mencarut, sumpah seranah, atau bercakap lucah. Jika dari mulutnya, semua cerita yang buruk-buruk keluar, bimbang nanti dia tak mampu menjaga aib dan rahsia.

9. Dia tak perlu terer mengaji atau bersuara lunak seperti Shamel apabila mengaji Al-Quran. Dapat baca pun cukuplah.

10. Dia bukan jenis yang panas baran. Lebih menakutkan, sikit-sikit ‘naik tangan’. Jika sebelum kahwin sudah ada kesenderungan untuk dia bertindak ganas, maka lepas berkahwin nanti dia mungkin benar-benar akan menjadikan anda ‘punching bag’.

Lelaki yang baik adalah persepsi kita sahaja. Bila hati dah suka, jahat pun kita kata baik. Tapi bila dah benci, yang baik pun kita kata jahat.

Namun, kita perlu ingat kepada satu rule of thumb…

Lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik juga.

Justeru, jadilah perempuan yang baik. Jaga solat, jaga maruah, jaga kehormatan, dan jaga diri sendiri.

InsyaAllah, suatu masa nanti Allah akan datangkan lelaki baik untuk kita. Cuma please… jangan friendzone-kan mereka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s