Mengapa Brad Pitt Bercerai Dengan Jennifer Aniston Dan Berkahwin Dengan Angelina Jolie

Bayangkan jika anda ialah Clint Barton atau Hawkeye di dalam filem Avengers End Game. Sedang menikmati masa berkualiti bersama keluarga, tiba-tiba sahaja seluruh ahli keluarganya ‘hilang’ kerana petikan jari Thanos.

Di dalam filem itu, Clint Barton telah hilang pertimbangan. Dia cuba memujuk diri dan melepaskan kekecewaannya dengan cara memburu dan membunuh orang-orang jahat di seluruh dunia seperti kartel dadah Mexico dan ketua Yakuza di Jepun.

Saya rasa hampir semua orang akan jadi seperti Clint Barton. Rasa hidup ini sudah tiada erti, tiada matlamat dan tiada motivasi lagi. Clint Barton juga tidak teragak-agak menawarkan diri untuk menjadi bahan eksperimen untuk misi ‘time travel’ walaupun tiada siapa pun tahu risiko dan kemungkinannya untuk berjaya.

Namun, bukan semua orang seperti Clint Barton. Ada juga orang yang gembira dan lega jika ahli keluarganya lenyap tiba-tiba. Orang ini merasakan perkahwinannya sebagai suatu kesilapan dan dia cuma bertahan setiap hari daripada berpisah kerana tidak mahu menimbulkan masalah dan memberi aib kepada keluarga.

Seperti lagu Sufian Suhaimi,

“…Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu, di dunia ini…”

Saban hari kita disajikan dengan cerita masalah rumahtangga. Ada yang retak menunggu belah, ada juga yang bercerai. Lebih membimbangkan, ada yang curang. Tidak terlintaskah rasa bersalah, malu dan berdosa. Lebih-lebih lagi jika kecurangan itu melibatkan penzinaan.

Saya ingat lagi suatu ketika dahulu, saya pernah terdengar perbualan dua orang lelaki dewasa. Kebetulan ada seorang kawan kami yang baru sahaja berkahwin. Lelaki pertama berkata sambil tergelak,

“Tak sangka cantik betul isteri si X ni. Dia tu punyalah selekeh tapi dapat isteri lawa”

Kata-katanya itu disambut oleh kawannya dengan spontan, “Biasa je bini dia tu. Tak adalah cantik mana cuma biasalah, bini orang memang sentiasa nampak lebih cantik”.

Memandangkan kedua-dua mereka sudah berusia, saya keliru dan tak dapat menangkap maksudnya. Adakah lelaki kedua itu sebenarnya mahu menyindir kawannya tadi, atau dia sebenaenya serius dan benar-benar bermaksud begitu?

Banyak faktor sebenarnya yang menjadikan perkahwinan menjadi tawar sampaikan orang lain nampak lagi baik daripada pasangan sendiri.

Sebenarnya nak tulis satu per satu ni pun saya seram sejuk. Takut jika Allah S.W.T uji rumah tangga saya.

Cuma kalau saya boleh memberi nasihat, saya akan ingatkan kawan-kawan bahawa perkahwinan adalah lapangan untuk kita beri sebanyak-banyaknya bukannya untuk kita menerima sebanyak-banyaknya.

Tiada raja di dalam rumahtangga, tak kiralah suami ataupun isteri. Hari ini kita selalu dengar orang-orang mengusik dan saling menyindir, “Apa ertinya merdeka jika nak keluar rumah pun kena minta izin isteri”.

Ewah ewah ewah. Memang kalau kita suami, kita boleh sesuka hati keluar bila-bila masa kita suka?

Sebab itulah orang kata ramuan nak bahagia sampai ke tua ialah empati. Empati adalah, bila kita nak buat sesuatu, kita bayangkan jika pasangan kita buat begitu kepada kita. Kalau kita suka isteri kita tinggalkan kita untuk melepak dengan kawan-kawannya, maka bolehlah kita buat begitu.

Kalau kita suka isteri kita berkahwin dua, tiga atau empat, maka kita pun bolehlah berkahwin lagi, bukannya kita senang-senang sahaja berkata kepadanya, “Ini adalah ujian daripada Allah kepada awak, awak kena redho”.

Kenapa isteri orang nampak lebih cantik dan menarik berbanding isteri sendiri?

  • Hasutan syaitan. Jika tidak, takkanlah ada orang yang curang dan lari meninggalkan pasangan sendiri.
  • Mungkin kerana pasangan kita selekeh. Rambut tidak dipotong, janggut tidak dirapi, daki di belakang leher tak disental, ketiak tidak dipakaikan deodorant, dan bermacam-macam lagi.
  • Pasangan kita mungkin membosankan.
  • Pasangan kita tidak pandai bergaya.
  • Kita tidak tahan dengan tabiat buruk pasangan contohnya, tak segan-segan nak kentut di hadapan pasangannya.

Bagaimana mahu sentiasa cantik di mata pasangan?

  1. Akhlak mulia. Cantik hanya berbekas di mata, tetapi akhlak melekat terus di hati. Macam lagu Spring, “Kerana budi, aku jatuh hati”.
  2. Pergi spa, saloon atau pusat dandanan. Janganlah malas.
  3. Jangan kedekut untuk membeli baju baru dan aksesori yang boleh menambahkan kecantikan
  4. Jangan lokek untuk beli alat solek yang berkualiti
  5. Tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di hadapan pasangan seperti korek hidung di depannya, menggaru punggung, dan lain-lain. Masa bercinta dulu bukan main pemalu, dah kahwin ni langsung tak reti nak malu.

Keterampilan adalah elemen penting yang sering dilupakan. Bukannya seorang dua orang yang beranggapan, bila anak-anak dah ramai, tak perlulah lagi nak jaga badan.

Jaga badan bukan hanya perempuan, lelaki pun sama. Mudah-mudahan di mata kita, pasangan kitalah yang tercantik. Tak macam Brad Pitt. Jennifer Aniston tu dah taraf the prettiest woman on earth (Anugerah People’s Magazine; 2016) dah pun, tapi di matanya, Angelina Jolie juga lebih cantik.

Dasar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s