B.J Habibie, You Are Cleared For Take Off.

Selamat berehat tuan presiden kesayangan rakyat Indonesia, bapak Bacharudin Jusuf Habibie atau lebih mesra dipanggil B.J Habibie. B.J Habibie adalah presiden Republik Indonesia ketiga dari tahun 1998 hingga 1999 bagi menggantikan Jeneral Suharto yang telah memerintah selama lebih 30 tahun.

Karier politik B.J Habibie seperti ‘roller coaster’. Dalam tempoh yang singkat sebagai presiden, beliau melakukan banyak reformasi dalam aspek geopolitikal dan juga ekonomi. Sayangnya, tentangan yang dihadapi olehnya terlalu besar dan akhirnya dengan undi 322 berbalas 355 di Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR), beliau mengundurkan diri daripada bertanding dalam pilihan raya presiden tahun berikutnya.

Saya sebenarnya lebih teruja dengan sumbangan B.J Habibie dalam industri penerbangan. B.J Habibie adalah seorang pemuda genius dizamannya. Beliau pernah belajar di RWTH Aachen, Jerman Timur dalam bidang pembuatan kapal terbang (aircraft manufacturing) dan berjaya mendapat ijazah kedoktoran (doctorate) dengan kepujian tertinggi pada tahun 1965.

Beliau bekerja dengan syarikat pembuatan kepal terbang terkemuka Jerman, Messerschmitt-Bölkow-Blohm yang berpusat di Hamburg. Komitmen dan sumbangannya dalam industri penerbangan mendapat perhatian kerajaan Jerman pada ketika itu dan beliau telah ditawarkan kerakyatan Jerman. Namun, kecintaan beliau kepada tanah air beliau sangat tebal, melebihi segala-galanya.

Pada tahun 1973, Presiden Suharto menagih kepakarannya bagi membina tanah air. Walaupun beliau sudah memiliki segala-galanya di Jerman, beliau segera menyahut seruan Presiden Suharto dan pulang ke Indonesia. Beliau dilantik menjadi pengerusi syarikat PT Dirgantara Indonesia, iaitu sebuah syarikat penerbangan milik kerajaan Indonesia (state owned company).

Pada tahun 1978, B.J Habibie telah dilantik menjadi Menteri Inovasi dan Teknlogi. Semasa memegang portfolio tersebut, beliau telah berjaya menghasilkan pesawat turboprop pertama Indonesia, iaitu pesawat N250 yang diberi nama Gatot Kaca. Pesawat N250 ini telah dihasilkan oleh syarikat PT Dirgantara yang beliau pengerusikan.

Projek ini mula dimulakan pada tahun 1986 tetapi hanya diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa semasa Paris Air Show tahun 1989. Lima tahun kemudian, prototaip pertama dengan nombor siri PA-1 siap sepenuhnya dan PA-1 telah melakukan penerbangan sulungnya pada tanggal 10 Ogos 1995. Kejayaan prototaip PA-1 disusuli dengan kejayaan sebuah lagi prototaip yang diberi nama PA-2, bagi model pesawat N250-100.

Pesawat N250-100 adalah variant daripada model asal, dengan saiz cabin yang dipanjangkan sedikit dan mampu membawa lebih banyak penumpang, iaitu seramai 68 orang. Prototaip PA-2 ini membuat penerbangan sulungnya pada 1o Disember tahun berikutnya. Pesawat prototaip ini diberi nama jolokan Krincingwesi.

Syarikat PT Dirgantara juga telah merancang untuk menghasilkan prototaip ketiga dan keempat dengan saiz yang lebih besar, namun projek itu terpaksa dibatalkan kerana krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Pada tahun yang sama juga, B.J Habibie telah diangkat menjadi Presiden Indonesia yang ketiga bagi menggantikan Jeneral Suharto yang terpaksa berundur kerana tekanan daripada rakyat. Ketika itu, B.J Habibie baru beberapa bulan sahaja dilantik sebagai timbalan presiden kepada Jeneral Suharto.

Walaupun program pembuatan kapal terbang nasional yang diketuai olehnya lama tertangguh, semangat B.J Habibie untuk melihatnya berjaya, tidak pernah luntur. Akhirnya semasa pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kerajaan Indonesia bersedia untuk mengeluarkan dana dan menyambung program tersebut dengan syarat, kos pembuatan perlu diminimumkan. Justeru, sedikit modifikasi telah dilakukan kepada enjin dan sistem fly by wire juga sudah tidak lagi digunakan.

Akhirnya, lahirlah model R-80. Model ini dijangkan akan membuat kemunculan sulungnya dalam dunia penerbangan pada tahun 2020. Pesawat R-80 ini mampu membawa sehingga 80 orang penumpang dengan jarak penerbangan sejauh lebih 1,400km.

Setakat hari ini, syarikat penerbangan domestik NAM Air dan Kalstar aviation masing-masing telah membuat tempahan sebanyak 100 buah dan 25 buah pesawat masing-masing. Pada tahun 2014, syarikat penerbangan Trigana Air Services pula membuat tempahan sebanyak 20 buah pesawat.

Inisiatif B.J Habibie ini adalah sebuah sumbangan yang sangat agung. Sebagai sebuah negara yang memiliki lebih daripada 17,000 buah pulau, pesawat jenis turboprop adalah sangat eknomikal bagi tujuan penerbangan domestik. Pesawat turboprop mempunyai ketinggian siling yang lebih rendah berbanding pesawat turbojet. Walaupun pesawat ini terbang dengan lebih perlahan, penggunaan minyaknya adalah jauh lebih efisyen. Ini ditambah pula dengan faktor lapangan-lapangan terbang di Indonesia kebanyakannya mempunyai landasan yang pendek. Justeru, ia adalah sangat sesuai bagi pesawat jenis ini.

Visi B.J Habibie ini sejajar dengan visi negara Indonesia untuk menjadi 10 kuasa ekonomi terbesar dunia menjelang tahun 2030. Tak mustahil juga nanti, syarikat penerbangan tempatan kita seperti Malindo, FireFly dan Mas Wings akan mula membeli pesawat R-80 daripada Indonesia kerana mereka sekarang menggunakan pesawat ATR, yang juga merupakan pesawat jenis turboprop.

Alangkah beruntungnya jika kita turut mempunyai B.J Habibie kita sendiri. Mungkin hari ini, Proton sudah pun menjadi pesaing Boeing dan Airbus.

One thought on “B.J Habibie, You Are Cleared For Take Off.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s