Dr. Mujahid Rawa, 1 Bintang Untuk Idea, 1 Lagi Untuk Transformasi

Saya bukanlah peminat Dr. Mujahid. Jika boleh memberi skor, saya cuma memberi markah 2 daripada 10. Tidak dinafikan beliau ada sumbangan dan jasa dalam merejuvinasi JAKIM. Tidak dinafikan juga bahawa beliau seorang idealis yang kaya dengan buah fikiran. Namun, di sebalik kekuatan-kekuatan beliau,satu kelemahan beliau iaitu bersikap apologetik, lebih menyerlah hinggakan potensi dirinya menjadi malap dan kabur.

Sebelum ini pun saya banyak mengkritik beliau. Dr Mujahid sedang duduk di kerusi panas padahal predecessor beliau dahulu tidaklah teruk diserang dengan isu dan kontroversi seperti beliau. Saya pasti, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dapat tidur lebih lena dan makan dengan lebih berselera berbanding beliau.

Dr Mujahid sebenarnya mempunyai potensi yang besar di dalam kepimpinan. Beliau ialah anak kepada Tuan Guru Yusuf Rawa, Mursyidul Am PAS pertama yang juga pernah menjadi presiden PAS dari tahun 1982 hingga 1989.

Dr Mujahid juga memiliki taraf pendidikan yang baik. Beliau memiliki ijazah daripada Universiti al-Azhar, ijazah sarjana muda daripada UPM dan seterusnya menyelesaikan PhD di UM. Selain itu, beliau juga banyak menulis buku. Antaranya adalah sebuah buku yang berjudul ‘Berdialog dengan gereja; sebuah travelog kedamaian’.

Buku ini menarik perhatian saya kerana ia diterbitkan semasa beliau masih seorang jaguh di dalam PAS, dan salah seorang juru komentar bagi buku itu adalah Mursyidul Am PAS ketika itu, iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih menarik lagi, komentar pertama Allayarham tuan guru adalah,

“Saya berpendirian dialog antara agama bukanlah bererti bertolak ansur dalam isu-isu yang melibatkan akidah. Hakikatnya ia lebih kepada membina keharmonian di antara penganut-penganut agama yang pelbagai agar tidak mudah terjebak dengan api permusuhan di dalam menangani isu-isu panas”.

Sayangnya, Dr Mujahid kelihatan terlalu ‘bertolak ansur’ di dalam isu yang melibatkan akidah. Beliau nampaknya sekapal dengan ahli-ahli politik daripada blok kerajaan. Sebagai contoh, di dalam menjawab soalan wartawan berkenaan khutbah solat jumaat yang menghentam syiah, beliau kelihatan defensif dengan menyatakan, “Sila rujuk JAIS. Saya tiada kena mengena”.

Sebagai entiti yang minoriti dan terbukti salah, kesesatan syiah wajar di war-warkan. Justeru, apakah yang menyebabkan beliau runsing dan takut untuk memberi penegasan tentang pendirian negara kita terhadap fahaman falasi itu.

Dr Mujahid juga dilihat seperti lebih sudu dari kuah di dalam isu tabung haji, seperti dalam prestasi kewangan dan juga kuota haji. Sebaliknya, kefahaman dan pegangan beliau kepada konsep rahmatan lil a’lamin menyebabkan beliau ‘memilih-milih’ isu untuk disentuh.

Banyak isu domestik yang dilupakan, alih-alih keluar satu kenyataan pra matang; Islam tak ajar pilih produk ikut kaum dan agama.

Kenyataan seperti ini, jika terlalu kerap keluar daripada lidah orang yang terpelajar, akan menimbulkan keraguan dan was-was kita kepada kelayakan akademiknya. Takkanlah tidak pernah sampai ke telinganya kisah Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A yang membuka perniagaan di pasar sejurus selepas hijrah dari Mekah. Bukankah kaum muslim ketika itu berpusu-pusu menyokong perniagaannya.

Ini belum kita cerita tentang lawatan Dr Mujahid ke ‘institusi vokasional dan latihan’ di Xinjiang, China. Selepas dibidas oleh beberapa agensi kemanusiaan seperti Amnesty Malaysia dan Islamic Renaissance Front (IRF), barulah terkocoh-kocoh pembantunya tampil memberi penjelasan bahawa Dr Mujahid bukan bermaksud menafikan kewujudan kem tahanan dan penindasan terhadap umat Islam China.

Kesimpulan.

Walaupun pada saya Dr Mujahid ini tidak cemerlang, saya menolak sekeras-kerasnya trend membunuh figur politik dengan cara keji ala ad hominem. Kita tak dapat lawan mereka dengan hujah dan fakta, kita ikut cara Fahmi Reza, lukis muka badut. Cuma kali ini, kita memberi gelaran-gelaran yang buruk kepada mereka dan tak henti-henti ber ‘kanda-adinda’ dengan tujuan mahu menyindir dan mentertawakannya.

Beliau mungkin apologetik, tapi kita jangalah gedik!

One thought on “Dr. Mujahid Rawa, 1 Bintang Untuk Idea, 1 Lagi Untuk Transformasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s