Ikhtilat Orang Dewasa

Tak ramai orang yang sanggup bercakap tentang ikhtilat. Mungkin kerana bimbang dikatakan seperti meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Betapa seriusnya masalah ini hinggakan bukan orang biasa sahaja yang terlibat, pelajar jurusan agama dan ustaz sendiri pun terlibat dalam ikhtilat.

Iktilat dalam bahasa arab bermaksud percampuran, manakala pada sudut syarak bermaksud pergaulan di antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

Hukum Ikhtilat.

1. Harus; iaitu ketika darurat seperti menerima rawatan, dan berkeperluan seperti urusan jual beli dan di dalam pendidikan.

2. Haram; jika tiada keperluan atau suka-suka.

Banyaknya Aktiviti Luar

Sesetengah orang beranggapan, tidak salah jika lelaki dan perempuan terlibat di dalam aktiviti-aktiviti fizikal dan sosial seperti jungle trakking, camping, hangout, night run dan seumpanya.

Jika dahulu, lelaki hanya sering dilihat melepak sesama lelaki sahaja dan wanita pun hanya akan bersama dalam kumpulan wanitanya juga, tetapi kini tidak lagi. Saya ingat lagi di kampung-kampung, perbuatan lelaki dan perempuan berdua-duaan akan dianggap sebagai tabu dan akan mencemarkan maruah keluarga.

Tetapi hari ini, cara pandang kita dah berubah. Lelaki keluar bersama perempuan dilihat sebagai fenomena biasa. Lebih membimbangkan, wujud trend sekumpulan lelaki menyewa chalet, resort, bunker, homesty dan tinggal bersama-bersama sekumpulan rakan wanitanya.

Seperti yang saya tegaskan tadi, saya TIDAK MENGHUKUM. Normalisasi ini telah wujud sebelum kita lahir lagi. Bahkan, bukan kita seorang sahaja yang terlibat, orang yang lebih ‘alim’ daripada kita pun terlibat walhal mereka belajar Quran, Hadis dan menghafaz nas-nas agama.

Islam mempunyai pandangan yang tegas dalam soal pergaulan di antara lelaki dan wanita. Lebih-lebih lagi kepada kita yang hidup dalam suasana di mana Islam menjadi agama rasmi dan bebas diamalkan tanpa sebarang sekatan dan diskriminasi.

The DOs;

1. Letak barrier dan boudaries dalam perhubungan, sama ada halangan dalam bentuk fizikal seperti berjabat tangan, ataupun interaksi dalam talian seperti whatsapp.

2. Bentuk kumpulan kecil yang sama jantina. Partisipasi daripada orang berlainan gender ini selalu membawa gurauan dalam kumpulan bertukar ‘masam’.

3. Hadkan hubungan hanya dalam hubungan professional dan kerjaya.

4. Cipta alasan untuk mengelak jika diajak untuk aktiviti-aktiviti bebas seperti berhibur, bermalam, dan melancong.

The DON’Ts

1. Elakkan mengadu dan berkongsi masalah dengan orang yang berlainan jantina kecuali kounselor terlatih.

2. Jangan balas whatsapp, DM atau PM yang tidak perlu. Mahalkan diri anda.

3. Elakkan keluar makan atau aktiviti selepas waktu kerja bersama rakan sekerja yang bukan muhrim.

4. Elakkan daripada terlibat dalam aktiviti luar yang didominasi oleh opposite gender. Kebanyakan aktiviti ‘team building’ pun seringkali tidak mengambil kira hal-hal Ikhtilat begini.

Mujurlah kerajaan Arab Saudi masih meletakkan muhrim sebagai salah satu syarat kemasukan bagi tujuan haji dan umrah. Jika tidak, tidak mustahil akan ada sepasang kekasih akan ‘check in’ dalam bilik hotel yang sama, sambil membawa plakad, “Kami tahu jaga batasan, kami bukannya berzina”.

Zaman orang ‘celik dalil’ ni, susah. Ada-ada je hujahnya nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s