Ulasan Tentang Boikot Bagi Warga Atas Pagar

Saya terkilan bercampur kecewa sebenarnya apabila melihat terlalu ramai orang yang bersikap apologetik terhadap usaha memperkasakan ekonomi Muslim.

Seorang peguam hartanah dan ‘media social influencer’ (itu yang dia tulis pada profil Facebook miliknya) menempelak kempen ini dengan mengaitkannya dengan elemen sentimen ras dan agama.

Ada juga doktor gigi yang turut senada dengan YB Lim Guang Eng dalam ‘seruan’ beliau untuk ‘memboikot’ telefon bimbit, dengan menambah bank soalan, “Kenapa naik Honda, tak naik Proton”, “Kenapa main Facebook, Facebook kan milik Israel”, dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang tekad, soalan-soalan sebegitu tidak akan menggoyah keyakinan dan prinsip mereka tetapi bagi mereka yang ‘atas pagar’, inilah mangsa-mangsa ‘sentimen’ yang dikelirukan.

Preference bukan boikot.

Kita bukan menyuruh untuk boikot, tetapi kita mahu mengutamakan produk keluaran orang Islam.

Memboikot sesuatu dan mengutamakan sesuatu adalah dua perkara yang sangat berbeza. Di dalam kehidupan Rasulullah S.A.W, Baginda bersama-sama kaumnya (Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib) pernah menjadi mangsa boikot yang sangat teruk. Ini terjadi pada tahun-tahun pertama Baginda S.A.W berdakwah. Penduduk Mekah (yang masih syirik) ketika itu melancarkan sebuah memorendum untuk menyekat sebarang bentuk urus niaga, perkahwinan, dan inteksi sosial dengan qabilah Bani Hashim dan Bani Mutalib.

Mereka dihalang daripada membeli makanan hinggakan mereka terpaksa memakan sisa-sisa daripada kulit binatang dan juga akar kayu. Boikot ini berlanjutan selama lebih 3 tahun.

Selepas peristiwa hijrah, Nabi Muhammad S.A.W mempersaudarakan Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A dengan Saad Bin Rabi’ daripada golongan ansar. Perkara pertama yang dilakukan oleh Abdul Rahman Bin Auf R.A adalah, beliau meminta untuk ditunjukkan di mana pasar, lalu beliau mula memulakan perniagaan beliau di sana.

Pada masa itu, kegiatan ekonomi di Yathrib (nama lama Madinah) dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Mereka memonopoli dan sering melakukan helah, penipuan, berat sebelah, dan amalan riba di dalam perniagaan. Kehadiran Abdul Rahman Bin Auf R.A adalah salah suatu rahmat kepada penduduk Madinah. Mereka bukan memboikot bisnes Yahudi, tetapi mereka mendahulukan dan mengutamakan Abdul Rahman Bin Auf R.A sehingga beliau mencapat kejayaan dengan cepat.

Hasad dan ghibtah

Boikot dan mengutamakan sesuatu, boleh diumpakan seperti hasad dan ghibtah. Hasad adalah kita lihat seseorang memperolehi suatu kelebihan, lalu kita mahu kelebihan itu tercabut dan hilang daripadanya, dan kita tidak kisah pun kita dapat atau tidak kelebihan tadi.

Ghibtah pula adalah kita melihat sesuatu kelebihan pada orang lain dan kita juga mahu memiliki kelebihan itu tanpa berharap supaya kelebihan itu terlucut daripada orang tadi.

Hasad adalah keji, tetapi ghibtah ialah terpuji. Seperti hasad yang boleh membakar segala amal kebaikan menjadi abu, boikot juga mampu untuk membinasakan seseorang sehingga akhirnya sehelai sepingang.

Berbeza jika memilih untuk mengutamakan produk Muslim.

Adakah apabila KFC membuat iklan supaya makan di KFC, mereka menghasut supaya orang ramai jangan makan di McDonalds?

Atau adakah ketika Domino’s Pizza mengajak pelanggan mereka untuk makan piza mereka, mereka menghalang dan memburuk-burukkan piza keluarga seteru mereka?

McDonald’s dan boikot.

‘Social media influencer’ yang saya sebut di awal-awal artikel ini menggunakan rangkaian syarikat makanan segera McDonalds sebagai contoh subjek. Katanya, dahulu pernah ada usaha memboikot rangkaian restoren McDonald’s hinggakan ada yang sampai menyerang dan merosakkan premis restoren tersebut.

Kempen boikot McDonald’s secara khusus, tak pernah ada. Yang wujud cuma kempen boikot kepada syarikat-syarikat yang menyumbang kepada pertubuhan Zionis. Antaranya (waktu itu) adalah McDonald’s Corporation. Kempen ini telah dijalankan seawal tahun 2010 dan digerakkan oleh beberapa NGO seperti MyCARE. Namun, arahan atau seruan boikot kepada McDonald’s telah pun ditarik balik kerana pada 1 Disember 2016, saham bagi McDonald’s Malaysia sudah dibeli dan dimiliki oleh Lionhorn PTE LTD, anak syarikat Reza Group yang berpangkalan di Arab Saudi dengan pegangan milikan sebanyak 90%. 10% lagi pegangan dimiliki oleh syarikat tempatan.

Silap besar jika kita mengatakan, “Dulu boikot, tetapi sekarang tidak. Hangat-hangat tahi ayam lah tu”, kerana boikot besar-besaran pada tahun 2014 dahulu menyasarkan McDonald’s Corporation selaku salah satu ‘funder’ terbesar Zionis. Kini, selepas semua rangkaian McDonald’s bebas daripada pegangan mereka (bahkan menjadi milik syarikat Muslim), maka memanglah kita dapati orang Islam mulai berpusu-pusu.

Sultan Brunei Diboikot.

Ketika pemerintah negara Brunei Darussalam mahu melaksanakan hukuman mati kepada pesalah jenayah LGBT, seluruh dunia histeria. Ramai selebriti-selebriti Barat yang tanpa selindung, menyuarakan bantahan, padahal hukuman itu sedikit pun tidak akan memberi kesan kepada mereka.

Antara selebriti yang menyeru supaya hotel-hotel milik Sultan Brunei diboikot adalah Ellen, George Clooney dan Elton John.

Pada 5 Mei 2019, Sultan Brunei menyatakan bahawa pelaksanaan hukuman rejam itu akan ditangguhkan.

Beli barangan Muslim.

Antara sebab mengapa perlu kita menyokong produk keluaran Muslim dan bumiputera adalah,

  • Usahawan Muslim bayar zakat DAN cukai
  • Perintah taawun (tolong menolong)
  • Kesukaran produk bumiputera menembusi pasaran
  • Muslim lebih memahami konsep halal dan baik
  • Memecahkan monopoli syarikat gergasi
  • Dan lain-lain.

“Boikotlah telefon bimbit sekali”

Tak tahulah siapa yang salah faham sekarang. Mungkin saya, kerana saya tak pernah belajar ‘ilmu mantiq’. Pertama sekali, kita tidak menyeru kepada boikot. Boikot membawa konotasi yang negetif, buruk dan berniat jahat. Boikot adalah seperti kita mahu sampai ada orang terpaksa tutup kilang, buang pekerja dan muflis. Jika begitu baru kita akan puas hati, maka jelaslah kita ini manusia yang kejam. Yahudi di zaman Nabi S.A.W pun diizinkan untuk berniaga dengan aman, kita pula yang berlebih-lebih.

Kedua, produk-produk yang disebut adalah barangan keperluan harian atau tawaran perkhidmatan yang dihasilkan secara masa (mass) dan mempunyai impak yang signifikan.

Kesimpulan, marilah kita menjadi pengguna yang bijak. Tiada siapa yang benar-benar layak untuk menentukan apa yang kita perlu beli, dan apa yang kita jangan beli. Sebaliknya, sebagaimana kita berfikir untuk mencari duit, berfikirlah juga ketika mahu membelanjakannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s