Mudahnya berbuat amal soleh di dalam bulan Ramadhan

Saya tak tahu jika orang lain pun ada masalah ini;

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, badan terasa sangat ringan untuk beribadah. Walaupun berpuasa di siangnya, kita masih rasa bertenaga untuk bersolat jemaah di masjid.

Pada malam harinya pula, kita bertarawih. Adakalanya 20 rakaat dan kebanyakannya 8 rakaat. Tidak cukup dengan itu, kita bertadarus dan bertilawah pula.

Keesokannya, sebelum jam 5 pagi kita sudah bangun. Sebelum makan sahur, kita mampu untuk solat sunat dahulu.

Hebat betul.

Tapi selepas Ramadhan berlalu, semua itu menjadi ‘kenangan terindah’ kita. Kita kembali menjadi orang yang sama, seperti kita pada sebelum Ramadhan.

Hati-hati.

Barangkali kita telah menjadi salah seorang daripada tiga golongan yang didoakan kecelakaan oleh Jibril A.S dan diaminkan pula oleh Nabi Muhammad S.A.W. Tiga golongan itu adalah;

  • Orang yang keluar daripada bulan Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosa-dosanya
  • Orang yang salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya masih hidup, tetapi tidak membuatkannya masuk syurga
  • Orang yang mendengar nama Nabi disebut, tetapi tidak berselawat keatas Baginda.

Sebab itulah para salafussoleh apabila masuk sahaja bulan Syawal, mereka bukan hanya mengucapkan ‘selamat hari raya’, tetapi mereka juga mengucapkan ‘semoga Allah menerima ibadah kita’. Bahkan ada di antara mereka yang selama enam bulan selepas Ramadhan, berdoa supaya segala amalan mereka Allah terima. (Enam bulan yang selebihnya, mereka berdoa agar ditemukan dengan bulan Ramadhan tahun berikutnya).

Saya sebenarnya teringat nasihat Syeikh Yusuf al-Qhardhawi supaya kita tidak ‘menyembah’ bulan Ramadhan.

Ramadhan ini juga adalah makhluk Allah. Ia datang kerana rahmat-Nya, dan ia pergi juga kerana kebijaksanaan Allah. Yang kekal cuma Allah. Justeru, jadilah hamba Allah yang menyembahnya setiap masa dan bukan menjadi hamba yang menyembah Tuhannya pada masa-masa dan bulan-bulan tertentu sahaja.

Saya juga merasakan yang antara lain sebab kita bersemangat nak beribadah pada bulan Ramadhan, adalah kerana ‘kebenaran’ janji-janji Allah.

Secara tidak langsung, kita menjadi manifesto yang membenarkan apa yang Allah janji, dan Nabi S.A.W katakan.

Bukankah pernah disebut di dalam hadis bahawa di dalam bulan Ramadhan, pintu syurga akan dibuka dengan seluas-luasnya. Pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Syaitan pula diikat, supaya tidak mampu membisikkan hasutan kepada kita.

Tiba-tiba pula saya teringat kepada Abu Lahab. Walaupun situasinya berbeza, tetapi secara “awkward”, kita membenarkan wahyu seperti Abu Lahab.

Tahukah kita bahawa Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil disebut dengan jelas dan direct di dalam surah al-Masad.

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama [1]. Hartanya, dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolong [2]. Dia akan menderita kebakaran api neraka yang marak menjulang [3]. Dan isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api [4]. Di lehernya sejenis tali, dari tali yang dipintal-pintal [5].

Kata ulama tafsir, Abu Lahab tahu akan turunnya celaan daripada Allah S.W.T kepadanya. Jika dia mahu, dia boleh sahaja berpura-pura beriman kepada Allah, justeru menjadikan ayat-ayat yang telah turun itu salah, tertolak dan kontradik. Namun, dia tetap dengan permusuhannya keatas Islam sehingga akhir hayatnya, seakan-akan membenarkan sumpahan ‘celakalah Abu Lahab’ itu.

Begitu jugalah kita. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan. Apa yang betul, apa yang salah. Tetapi dalam bab pelaksanaan, kita lemah dan tak berkeupayaan.

Seperti pantun klasik melayu,

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Kita lah tu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s