Tragedi Beita 1988

Zionisme mempunyai sejarah yang panjang tentang pertumpahan darah. Ideologi ini pada mulanya hanya tertumpu kepada misi kepulangan (aliyah) bangsa Yahudi ke Jerusalem, sebelum menjadi semakin ekstrem dan radikal dengan idea ‘Negara Taurat’ mereka.

Parti Buruh yang memerintah sehingga tahun 1977, seringkali bersikap waras dan berhati-hati dalam menangani permusuhan di antara orang Arab, sebagai penduduk asal dan orang Israel, sebagai pendatang. Polisi mereka adalah menimumkan kemusnahan dan melaksanakan ‘damage-control’. Sekalipun Israel beroleh kemenangan tidak terjangka dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967, tidak seperti para pelampau agama, para rabai, dan kaum Yahudi berhaluan kanan, kerajaan Israel yang baru setahun jagung itu masih ‘trauma’ dengan peperangan.

Faktor demografi negara Palestin itu boleh menyebabkan dengan hanya satu kekalahan sahaja, segala titik peluh mereka musnah.

Namun, idea untuk berunding, diplomasi, dan perjanjian damai bukanlah idea yang popular bagi sebuah kaum yang ‘menjajah’. Mereka percaya, demi survival bangsa mereka, mereka perlu menghalau keluar kesemua orang Arab.

Dalam pilihanraya tahun 1977, Parti Buruh yang lebih moderat kehilangan majoriti kepada Parti Likud, sebuah parti politik berhaluan kanan yang radikal. Menachem Begin, seorang pelampau veteran dalam Irgun (sebuah kumpulan rasis yang pernah bertanggugjawab membunuh wakil British di Israel) diangkat menjadi Perdana Menteri.

Idea perdamaian yang cuba diperjuangkan oleh Parti Buruh (berhaluan kanan) dibakul sampahkan. Seorang pelampau Yahudi bernama Meir Kahane pernah menyuarakan idea untuk ‘menghantar’ Orang Arab ke Jordan. Dia menyarankan agar mereka ditawarkan wang, tetapi jika mereka enggan, orang-orang Arab ini akan dihalau menggunakan kekerasan dan ketenteraan. Sebenarnya, idea Meir Kahane untuk menghalau orang Arab masih tidak popular pada masa itu. Orang Israel masih tertekan dengan ‘kebencian orang Arab’ dan masih trauma dengan peperangan (Perang Lubnan). Bahkan, Presiden Israel ketika itu, Haim Herzog menggelar Kahane sebagai ‘Hitler Yahudi’.

Namun, idea Kahane ini dihidupkan semula oleh seorang Jeneral Israel bernama Rahavam Ze’evi. Dalam PRU tahun 1988, dua buah parti yang memeperjuangkan idea ‘pemindahan’ iaitu Parti Tzomet dan Parti Molodet telah memenangi 4 buah kerusi. Idea pemindahan akhirnya berjaya menyelusup masuk ke dalam dewan parlimen, dengan suara sebanyak 3.6 peratus.

Pada 6 April 1988, sebuah malapetaka tercetus. Sekumpulan remaja dari Elon Moreh, pergi mendaki gunung. Mereka telah diserang oleh orang-orang Arab di sebuah perkampungan dekat Beita. Orang-orang Arab disitu dengan ‘kejam’ menghujani mereka dengan batu. Seorang gadis, Tirza Porat direjam dengan batu sehingga mati. Media-media di Israel saling bercanggah semasa melaporkan berita itu. Sebenarnya, dua orang pemuda Palestin juga turut terbunuh. Bukan itu sahaja, yang memanggil ambulans juga ialah orang-orang Arab. Bahkan ada penduduk yang meluru menyelamatkan kanak-kanak Yahudi ke dalam rumah-rumah mereka.

Mengapa mereka mahu berbuat begitu?

Pengebumian mayat Tirza dihadiri oleh Perdana Menteri, Yitzak Shamir. Orang-orang yang hadir ke majlis pengebumian itu berteriak, “Hapuskan Beita daripada peta!”. Lantas, Tentera Israel bergerak menuju Beita. Mereka telah memusnahkan 17 buah rumah di sana. Namun, semua itu belum berjaya memuaskan hati orang-orang Yahudi. Mereka mahukan pembalasan yang lebih drastik.

Namun, hasil siasatan daripada pihak tentera tentang peristiwa hari itu nyata berbeza. Sebenarnya, anak-anak Israel itu telah ditemani oleh seorang dewasa bernama Romain Aldubi yang membawa sepucuk mesingan M16. Romain Aldubi adalah seorang pendatang Yahudi yang ekstream. Bahkan, sebelum kumpulan remaja itu memulakan perjalanan mereka, salah seorang daripada remaja itu telah menyalakan api provokasi dengan menyatakan kepada sebuah siaran televisyen, perjalanan mereka ke Beita adalah untuk menunjukkan kepada Orang Arab, siapa sebenarnya pemilik tempat itu.

Bukti-bukti forensik telah menunjukkan bahawa Tirza bukannya mati kerana dihujani oleh batu, sebaliknya oleh peluru M16 yang dibawa oleh Romain Aldubi. Kejadian itu bermula dengan provokasi kecil daripada orang Arab (perlu diingat, orang Israel itu yang mulakan provokasi melalui stesen Tv) tetapi dibalas dengan tembakan daripada mesingan M16 milik Romain Aldubi. Aldubi telah menembak secara rawak dan telah membunuh 2 orang pemuda Palestin dan juga Tirza, disamping mencederakan ramai yang lain. Penduduk-penduduk kampung itu sebaliknya melindungi pula remaja Israel yang berada di situ, dengan sebahagian yang lain menyerang Aldubi dan merampas senjata miliknya.

Akhirnya tentera Israel dimalukan dengan begitu teruk. Mereka telah melakukan tindakan yang terburu-buru lalu menawarkan ganti rugi bagi rumah-rumah yang mereka musnahkan di Beita.

Kejadian ini bukan sahaja membuatkan orang Arab menjadi semakin tekad dan bersemangat melawan kezaliman, tetapi ia juga menyemarakkan kebencian dalam kalangan orang Yahudi sendiri terutamanya kepada mereka yang berhaluan kiri. Bukan semua orang Yahudi gemarkan permusuhan dan dahagakan pertumpahan darah.

Yang pasti, Tragedi Beita tahun 1988 ini telah berjaya ‘membogelkan’ idealogi zionisme sebagai sebuah organisasi, pemikiran dan kumpulan manusia yang kuat permusuhan, suka melakukan provokasi, terburu-buru, dan suka mengambil tindakan sendiri serta mengabaikan fakta.

Orang melayu, kalau rasis tak bertempat, suka mengabaikan hasil siasatan dan keputusan mahkamah, dan suka mencetuskan provokasi di dalam masyarakat yang majoriti Islam, sebenarnya lebih zionis daripada Yahudi.

Just saying.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s