Al-Hawari, kadi Damsyik yang membatalkan puasa di tengah-tengah masjid.

Tak banyak sebenarnya kita tahu tentang Perang Salib yang pernah menjadi mimpi ngeri kepada umat Islam di Jerusalem. Para ksatria Kristian merempuh masuk ke dalam kota mereka, membunuh, merampas, dan memusnahkan harta benda mereka.

Peristiwa ini berlaku pada tarikh 7 Jun 1099, iaitu lebih 2 tahun selepas para peserta ekspedisi ‘suci’ ini meninggalkan kampung halaman mereka di Eropah. Mereka menyahut seruan Paus Urban II dengan penuh tanggungjawab, dan boleh dikira sebagai sebuah ‘kejayaan’.

Kejayaan kepada mereka, tetapi musibah buat kita.

Sejarawan merekodkan angka korban kaum Muslim adalah sebanyak 40,000 orang dalam tempoh 2 hari sahaja sehinggakan timbulnya mitos, darah yang bertakung di atas jalan bergenang setinggi paras lutut dan tali kendali kuda mereka.

Seorang sejarawan arab yang terkenal pada abad ke-12, Izzuddin ibn al-Tasir pernah menyebut bahawa sekalipun Jerusalem dikelilingi oleh kerajaan-kerajaan Islam ketika itu, terutamanya khilafah Abbasiyah yang berpusat Baghdad, pemimpin-pemimpin Islam memilih untuk berpeluk tubuh. Pendekatan berdiam diri kerajaan Islam adalah kerana kerana mereka bimbang sekiranya Tentera Salib yang diketuai oleh Godfrey dan adiknya Baldwin dari Boullin akan mara, menjarah tanah air mereka pula.

Mujurlah kadi Damsyik (modern day Damascus, Syria) ketika itu, Abu Saad al-Harami mengambil pendekatan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin Islam ketika itu. Beliau mendepakan tangan, menerima pelarian-pelarian dari bumi Palestin itu dengan penuh simpati dan kasih sayang. Pemerintah Damsyik itu bahkan berjanji untuk membantu para pelarian Palestin yang terselamat tadi bagi mendapatkan kembali tanah air mereka yang dijarah tanpa perikemanusiaan oleh Tentera Salib yang barbarik terutamanya kaum frank.

Al-Harawi telah memimpin rombongan pelarian Palestin itu menuju ke Baghdad, ibu kota empayar Abbasiyah. Di sana, beliau memimpin sebuah demostrasi dengan penuh semangat. Sayangnya, sambutan yang diterima sangat dingin. Justeru, Al-Harawi tekad meluru masuk ke dalam sebuah masjid besar milik khalifah. Peristiwa ini berlaku di dalam bulan Ramadhan. Al-Hawari mulai makan dengan lahapnya di tengah-tengah masjid.

Tindakan beliau telah menaikkan kemarahan orang ramai. Mereka beranggapan perbuatan Al-Harawi yang dengan sengaja makan di siang hari bulan Ramadhan itu sebagai suatu penghinaan atas kesucian bulan ini.

Dengan tenang, beliau berpidato,

Hairan sungguh. Mengapa kamu semua begitu marah kepada aku hanya kerana aku membatalkan puasa, tetapi kamu mengabaikan tragedi perampasan kota Jerusalem, dan menutup mata daripada melihat penderitaan mengerikan saudara-saudara kita yang kini hidup dalam buangan”

“Bagaimana para lelaki dibunuh, perempuan-perempuan ditawan, dan rumah-rumah dijarah!”

Kaum Muslim di Baghdad menangis sedih dan bersimpati atas nasib para pelarian. Khalifah ketika itu pula berjanji untuk mewujudkan suatu jawatan kuasa khas bagi membincangkan hal ini. Namun, hasilnya menghampakan. Tiada apa-apa tindakan daripada kerajaan Abbasiyah ketika itu. Mereka sendiri sedang berdepan dengan konflik kuasa dan masalah dalaman tersendiri. Hal ini menyebabkan Al-Harawi menjadi muak dan marah. Beliau lalu memimpin para demonstaran ke jalan raya dan berteriak, “Saya melihat para pengamal iman yang ternyata lemah”.

Seruan jihad daripada Al-Harawi disambut sepi.

Pemimpin Islam ketika itu lebih ghairah untuk merebut kuasa dan berperang sesama kabilah. Terlalu sedikit fokus diberikan kepada bidang ketenteraan hinggakan walaupun mereka ‘tuan rumah’ di benua itu, mereka hanya mampu memandang para ‘penceroboh’ dengan geram dan marah sahaja.

Tak banyak beza pun dengan dunia arab dan dunia Islam sekarang. Tanpa sedar, kita sedang mengulangi sejarah sambil mengharapkan supaya penanya akan menoktahkan kepada penamat yang baharu.

Sukar sekali untuk umat Islam bersatu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s