Benarkah jika membaca buku tanpa guru, kita sebenarnya bergurukan syaitan?

Polemik “tudung” di dalam masyarakat melayu bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukanlah aurat kerana tidak disebut secara khusus tentang rambut di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan “orang paling beriman di zaman ini” mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata.

Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengakui bahawa agama Islam mempunyai hubungan yang erat dengan dua buah agama samawi lain iaitu agama Yahudi dan Kristian. Ajaran hanif, tauhid, atau monotheism adalah core value di dalam agama Yahudi, sebelum dorongan politik membawa kepada wujudnya agama kristian, dan kelahiran agama Islam.

Sekalipun berasal daripada keluarga yang sama, perbezaan paling ketara agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah pada Nabi Muhammad S.A.W. Pendeta-pendeta dan rahib-rahib yang menghafal kitab-kitab suci, telah pun meramalkan akan kedatangan seorang Rasul akhir. Mereka ternanti-nanti akan datangnya Rasul terakhir itu kerana mereka percaya, Rasul itu adalah ‘messiah’, penyelamat mereka. Mereka berfantasi, kononnya messiah kali kedua ini akan membimbing mereka, menyelamatkan mereka, dan memenangkan mereka, seperti Musa A.S saat dikejar firaun, dan seperti Isa A.S sebelum disalib oleh gabenor Rom yang bimbang dengan pengaruh politik Nabi Isa A.S.

Sedar atau tidak, sebenarnya kunci untuk melemahkan orang Islam dan menimbulkan keraguan kepada kita, adalah dengan mencetuskan syak, prasangka, dan prejudis terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Para orientalist cuba memainkan persepsi-persepsi jahat seperti Nabi Muhammad S.A.W melakukan kesilapan, melampaui batas, tidak berhikmah, dan bertindak di atas sifat-sifat manusiawi. Akhirnya, umat Islam sendiri tidak lagi mempercai sunnah, meninggalkannya, dan menolaknya. Mereka berfantasi dan romanticism sendiri kononnya cukuplah dengan al-Quran daripada Tuhan, tidak perlu lagi sunnah kerana sunnah adalah daripada manusia.

Inilah yang berlaku kepada kita.

Kita kata rambut wanita bukan aurat tetapi budaya, kerana di sisi kita, apa yang Nabi buat, atau apa yang Nabi suruh sahabat buat, tidak mempunyai makna di sisi kita.

Kita terlalu jauh daripada sikap Ibnu Umar R.Anhuma, yang secara tiba-tiba menundukkan badannya saat melalui suatu jalan walaupun tiada halangan di jalan itu. Saat ditanya akan sebabnya, beliau memberitahu, dahulu pernah ada sebatang pokok di jalan itu dan beliau pernah melalui jalan itu bersama-sama Nabi S.A.W, lalu saat melepasi halangan pokok itu, Baginda akan tunduk. Perkara itulah yang diingati dan diikuti oleh Ibnu Umar R.A kerana rindunya kepada momen-momen bersama dengan Baginda.

Menghilangkan rasa hormat, cinta, dan kagum kepada Nabi Muhammad S.A.W, malang sekali, bukan hanya agenda musuh Islam. Sebaliknya ada gerakan-gerakan yang menyuruh umat Islam untuk “mencintai Nabi seadanya”, daripada kalangan agamawan.

Mereka takut umat Islam terjatuh ke lembah kesyirikan, lalu menyembah Baginda.

Kerisauan ini tidak berasas sebenarnya. Kecintaan kepada Nabi Muhammad sama sekali tidak membawa manusia kepada kehinaan, tetapi sikap ‘cukup’ dan merasa diri sudah ‘complete’ itu adalah berganda-ganda lebih menghancurkan. Tidak pernah lagi ada orang yang cintakan Nabi, berzina, rasuah, dan gangster. Yang gangster dan suka mengkafirkan orang ini, selalunya dengan kopiah, jubah, dan janggut pun dia sudah ‘allergy’.

Justeru, pesan saya kepada pseudo-islamist, yang beranggapan dia lebih alim daripada Imam Syafie, atau beretorik, “Imam Syafie cuma menyebut tentang hal-hal di tempatnya dan di zamannya”, supaya sedar diri. Membaca buku yang banyak, memang boleh menjadikan kita semakin dekat dengan Allah, tetapi silap perkiraan, boleh menjadikan kita semakin jauh daripada-Nya.

Sebab itulah ulama silam tak pernah silap dalam membuat kiasan, “Orang yang membaca tanpa guru, adalah berguru dengan syaitan”.

Nah, tahun 2019 ni kita dah nampak siapa dia anak murid syaitooon tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s