Seronoknya troll orang

Ketika isteri Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah R.Anha difitnah kononnya beliau berzina (nauzubillah) dengan seorang sahabat mulia bernama Safwan Ibnul Muatthal R.A, ada segelintir orang beriman yang turut sama memarakkan lagi api fitnah. Mereka terikut-ikut dengan hasutan orang munafik. Mereka membawang dan bercakap-cakap berkenaan berita palsu tersebut.

Kesalahan sebesar ini pun pernah berlaku kepada sahabat nabi. Saya kira, kita ini lebih-lebih lagi.

Sebab itu kita lihat, dalam bab mengumpat, memfitnah, membawa berita palsu, menyindir dan mentertawakan orang, bukan setakat orang awam yang terjebak, golongan agamawan pun terikut sama. Ini termasuklah juga golongan ‘moderate’, yang mengikuti proses tarbiyyah, usrah, dan pernah bercita-cita besar; melihat Islam berkuasa di dalam dunia.

Paradoks kan.

Sebenarnya kita tak perlu tunggu sehingga SS Dr Zulkifli al Bakri menegur dan memberitahu kita tentang hukum ‘troll’ orang.

Takkanlah selama kita ikut tarbiyyah, kita masih tak sedar hukum menyindir, mempersenda, belittle, dan mentertawakan orang?

Saya ingat lagi dahulu, pernah dalam suatu majlis, seorang panelis memberitahu, “Sebenarnya tak ramai orang yang suka untuk bercakap bab akhlak ini. Orang lebih suka bercakap bab akidah, tauhid, ibadah, dan lain-lain, tetapi tidak akhlak. Tahu tak kenapa?”

Tanpa menunggu respon daripada audien, beliau menyambung,

“Kerana ramai yang masih tidak berakhlak, termasuklah saya”.

Ini membuatkan saya terkenang pada pertemuan singkat saya dengan Tuan Guru Nik Radzi iaitu adik kepada almarhum Tuan Guru Nik Aziz, mantan Mursyidil Am PAS. Saya sempat bertanya kepadanya hukum bersolat di belakang imam yang fasik.

Jawapan beliau mengejutkan saya.

“Dalam dunia sekarang ni, siapa yang tidak fasik?”

Menyindir, troll, mentertawakan orang, membuat meme, semua itu termasuk di dalam perkara-perkara yang tidak bermoral dan tidak berakhlak.

Dan barah ini semakin serius sekiranya dilakukan oleh orang-orang yang tahu hukumnya. Imam al-Ghazali pernah berkata, “Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya”.

Saya mempunyai banyak pengalaman buruk dengan ‘orang baik-baik’ ini. Bukan sedikit orang yang defensif jika ‘dijentik’. Orang sebegini perlu diingatkan, bahawa apabila kita mulai mencari-cari alasan dan justifikasi, maka itu adalah permulaan kepada keangkuhan.

Seperti Iblis yang beralasan, “Aku diciptakan daripada api, sedangkan dia (Nabi Adam A.S) diciptakan daripada tanah”,

Begitulah kita dengan klaim kita, “Siapa suruh dia yang mula-mula buka aib sendiri”.

Susah nak menang lawan orang yang ‘terlalu baik’ ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: