Voyage to Palestine (1)

Palestin adalah sebuah negara yang sangat dekat dengan jiwa kita. Solidariti kita bersama rakyat Palestin bukan semata-mata kerana pertalian agama, tetapi kerana simpati kita ke atas nasib mereka yang tidak pernah sebaik kita. Palestin ibarat sebuah teater yang dilakonkan oleh watak-watak agama dan politik antarabangsa.

Di dalam Islam, ada 25 orang rasul yang wajib kita ketahui. Antara nama-nama yang dominan dalam polemik Israel-Palestin ini adalah Nabi Yaakub A.S, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S. Kita juga tahu bahawa Rasul-rasul ini ramai yang diutus kepada bangsa Yahudi.

Kita berhipotesis, bangsa Yahudi ialah bangsa yang paling bermasalah, oleh kerana itulah ramai Nabi yang diutuskan untuk membimbing mereka kepada jalan yang benar.

Sudah tentu kenyataan ini disanggah oleh mereka. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa mereka adalah bangsa yang terbaik; bangsa pilihan Tuhan.

Dalam al-Quran, ada banyak sebenarnya kisah tentang mereka. Antaranya ialah kisah Nabi Musa A.S. dan Bani Israil (bangsa yahudi). Mereka di zaman itu adalah ‘second-class citizen‘, dihina, diperhamba, dan dikerah seperti seekor haiwan oleh bangsa Mesir yang diketuai oleh Firaun.

Ahli arkeologi dan pengkaji sejarah bahkan pernah menemui suatu tulisan yang diukir pada kubur Firaun Merneptah (meninggal dunia tahun 1203 S.M),

Israel is laid waste, and its seed is no more”.

Kita juga mengetahui jalan ceritanya, di mana Nabi Musa A.S pernah mengetuai ekspedisi penghijrahan besar-besaran bangsa yahudi, menyeberang laut merah kerana mahu melarikan diri daripada ancaman firaun. Ringkasnya, Nabi Musa A.S dan pengikutnya terselamat, manakala Firaun dan tenteranya lemas.

Nabi Musa A.S membawa mereka kepada ‘tanah yang dijanjikan’ iaitu di Palestin. Ancaman daripada Firaun sudah tiada tetapi ‘ancaman’ kebodohan, kesombongan, dan ego pengikut-pengikutnya, dari dahulu sampai sekarang pun tak pernah berubah.

Mereka berbolak-balik, antara mahu masuk ataupun tidak. Walaupun dah berikan keamanan dan diberi makan ‘mann‘ dan ‘salwa‘, iaitu suatu hidangan dari langit, mereka masih lagi boleh berkata kepada Nabi Musa, “Pergilah kamu berperang bersama-sama dengan Tuhanmu”.

Kami tunggu di sini!

Berada di antara Mesir, Lubnan, Jordan dan Syria, dan diselimuti oleh jalan laut melalui Laut Mediterranean, Palestin pernah membentuk sebuah kerajaan yang dipanggil The Kingdom of Israel. Ia terbahagi kepada dua, iaitu Kingdom of Israel di bahagian Utara meliputi Galilee dan Samaria, dan Kingdom of Judah di bahagian Selatan. Juressalam dan baitul maqdis terletak di sini.

Kedua-dua wilayah ini pernah beberapa kali dijajah. Antaranya oleh Empayar Assyrian pada tahun 722 S.M. Kemudian, mereka dijajah pula oleh Empayar Babylon dan diletakkan di bawah jajahan takluk Empayar Parsi sebelum akhirnya jatuh ke tangan Rom selepas beberapa siri peperangan.

Selepas seorang demi seorang Nabi-Nya wafat, Allah S.W.T mengutuskan Nabi Isa A.S untuk memimpin bangsa Yahudi yang ketika itu, semakin jauh daripada ajaran Yahudi yang sebenar (autentik). Namun, sekali lagi berlaku huru-hara. Mereka dengki, tak berpuas hati dan menolak kerasulan Nabi Isa A.S. Lantaran itu, mereka merencanakan sebuah komplot jahat, untuk menangkap dan menyalib Nabi Isa A.S.

Rentetan daripada peristiwa itu, lahirlah agama kristian (nasrani) Akhirnya, pemerintah Empayar Rom ketika itu, Constantine I (juga dikenali sebagai Constantine the Great) mengisytiharkan dirinya sebagai seorang kristian, lalu berpusu-pusulah rakyatnya menjadi kristian.

Saya sebenarnya tak faham. Yang menyalib Jesus (Isa A.S) ialah orang-orang Yahudi. Jadi mengapa Kristian mahu bermusuh dengan orang Islam, bukankah sepatutnya mereka lebih berdendam kepada orang yahudi kerana merekalah orang yang membunuh Jesus.

Oh ya, sebelum terlupa, naratif Nabi Isa disalib ialah naratif yahudi dan kristian. Sebaliknya, kita mengimani bahawa Nabi Isa A.S tidak disalib sebaliknya telah diangkat ke langit. Yang disalib itu adalah salah seorang anak muridnya yang diserupakan rupanya oleh Allah S.W.T dengan rupa Nabi Isa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: